Veteran teknologi industri menyertai perintis teknologi FlexIC yang mengupayakan kecerdasan peringkat item pada skala yang merapatkan dunia fizikal dan digital kita untuk masa depan yang lestari.
CAMBRIDGE, England, 7 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pragmatic Semiconductor Ltd. hari ini mengumumkan pelantikan Peter Herweck sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta. Herweck menggantikan Erik Langaker, yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi sejak tahun 2020 dan menamatkan peranannya selepas lima tahun kepimpinan serta perkhidmatan yang amat bernilai.
Herweck ialah seorang eksekutif global dan ahli lembaga yang berpengalaman luas, dengan pengalaman lebih empat dekad dalam bidang teknologi, automasi industri dan pembuatan termaju. BBaru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Schneider Electric SE, di mana beliau memimpin transformasi strategik syarikat dan memanfaatkan peluang yang tercetus daripada megatrend seperti pendigitalan, elektrifikasi dan kemampanan untuk mencapai pertumbuhan tertinggi dalam sejarah.
Peranan terdahulu Herweck termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AVEVA plc, peneraju perisian industri dalam senarai FTSE 100, di mana beliau mengetuai peralihan kepada model SaaS berasaskan awan (cloud-first) dan menyelia pengambilalihan bersejarah OSIsoft. Pada peringkat awal kerjayanya, beliau memegang jawatan kepimpinan kanan di Siemens AG, termasuk Ketua Eksekutif Bahagian Industri Proses dan Pemacu, yang menerajui teknologi automasi industri dan pembuatan pada skala global. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategi kumpulan, yang membentuk strategi pendigitalan dan portfolio syarikat. Herweck juga bertindak sebagai pengarah bukan eksekutif yang telah lama berkhidmat di Teradyne Inc. (NASDAQ: TER), peneraju global dalam peralatan ujian semikonduktor dan automasi industri, serta mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas setelah tinggal dan bekerja di Jerman, China, Jepun, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Lembaga Pengarah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Langaker atas kepimpinan beliau yang tidak ternilai dan sumbangan yang luas. Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi, beliau mengetuai fasa pertumbuhan dan transformasi yang pesat, termasuk pusingan pembiayaan Siri C syarikat serta pusingan pembiayaan Siri D bernilai AS$231 juta — pembiayaan modal teroka terbesar di Eropah bagi perniagaan semikonduktor — serta peluasan jejak pembuatan global syarikat dan pengkomersialan teknologi litar bersepadu dan fleksibel (FlexIC) yang dipeloporinya. Langaker akan kekal sebagai pengarah syarikat sehingga 31 Oktober 2025, dan menyokong peralihan peranan Pengerusi kepada Herweck.
David Moore, Ketua Pegawai Eksekutif, Pragmatic Semiconductor, berkata: "Saya teruja untuk mengalu-alukan Peter sebagai Pengerusi baharu kami. Kepimpinan dan pengalamannya yang luas di peringkat global dalam bidang automasi industri, teknologi termaju dan pembuatan menjadikan beliau amat sesuai untuk menyokong pertumbuhan pesat Pragmatic dalam proses kami memperluaskan teknologi unik FlexIC bagi mempercepatkan pertumbuhan serta kejayaan pelanggan global kami, seterusnya memberi impak positif kepada kehidupan manusia dan planet kita. Secara peribadi, dan bagi pihak pasukan kepimpinan dan seluruh syarikat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Erik atas perkhidmatannya yang berdedikasi sebagai Pengerusi. Kepimpinan dan sokongan beliau telah memainkan peranan penting dalam membimbing Pragmatic daripada sebuah inovator teknologi peringkat awal menjadi peneraju semikonduktor yang berkembang pesat."
Peter Herweck, Pengerusi Lembaga Pengarah Pragmatic Semiconductor, berkata: "Saya teruja untuk menyertai Lembaga Pengarah Pragmatic dan menyokong perjalanan pertumbuhan syarikat dalam meningkatkan kecerdasan di peringkat item sehingga ke skala trilion. Saya amat berbesar hati untuk menyumbangkan minat saya terhadap teknologi yang dipadankan dengan pengalaman industri seiring dengan perkembangan kita. Saya berterima kasih kepada Erik, Lembaga Pengarah, dan David atas kepercayaan mereka."
Erik Langaker, Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah, Pragmatic Semiconductor, berkata: "Peluang untuk menyaksikan transformasi syarikat ini adalah suatu penghormatan besar — daripada teknologi awal kepada pembuatan produk komersial berskala besar. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemegang saham, Lembaga Pengarah, dan tidak ketinggalan kepada David serta pasukannya atas usaha mereka yang menjadikan tempoh perkhidmatan saya bersama syarikat ini begitu bermakna. Saya benar-benar berbesar hati kerana individu berkaliber seperti Peter akan memegang peranan sebagai Pengerusi ketika kami memulakan fasa pertumbuhan seterusnya."
Maklumat Tentang Pragmatic Semiconductor
Pragmatic Semiconductor mempelopori teknologi semikonduktor fleksibel pada skala untuk merapatkan jurang dunia digital dan fizikal secara lestari. Dengan reka bentuk yang dioptimumkan berasaskan matlamat serta inovasi lestari sebagai terasnya, Pragmatic mereka bentuk dan mengeluarkan litar bersepadu fleksibel (FlexIC) — semikonduktor ultra-nipis dengan faktor bentuk fleksibel.
Produk, platform FlexIC dan perkhidmatan foundri Pragmatic memperkasakan pelanggan untuk menawarkan inovasi fleksibel dengan keupayaan sambungan, penderiaan dan pengkomputeran, seterusnya membolehkan kecerdasan lestari peringkat tepi dan item pada skala serta kelajuan yang tinggi. Foundri FlexIC Pragmatic mengendalikan proses yang unik dan inovatif, menawarkan pengeluaran lestari serta kitaran inovasi yang pantas, di samping memperkukuhkan daya tahan rantaian bekalan.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2650972/5546988/Pragmatic_Semiconductor_Logo.jpg?p=medium600