SYDNEY, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- VT Markets, broker berbilang aset yang terkemuka mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan strategi pertumbuhan dikuasakan AI yang direka untuk meningkatkan prestasi perdagangan, memperkukuh perlindungan pelanggan dan mentransformasikan pengalaman pengguna. Strategi ini didedahkan semasa VT Markets Dubai Week Gala Night berprofil tinggi yang menghimpunkan pemimpin industri, rakan kongsi dan juga pedagang.
Memandangkan pasaran kewangan menjadi semakin kompleks, integrasi AI yang akan datang oleh VT Markets bertujuan untuk menangani cabaran utama bagi pedagang runcit, termasuk pembuatan keputusan, pengurusan risiko serta pendidikan. Lebih daripada penaiktarafan teknologi, strategi ini menekankan komitmen jangka panjang syarikat ini kepada pelanggan dan juga industrinya.
Ross Maxwell, Ketua Operasi Strategi Global berkongsi: "Kami memanfaatkan AI bagi menyampaikan pandangan yang lebih tajam, pelaksanaan yang lebih pantas dan sokongan yang lebih bijak - membantu pedagang mengemudi dinamik pasaran dengan yakin dan dalam masa yang sama berpegang teguh pada kepercayaan dan ketelusan yang menjadi asas jenama kami." Beliau menambah: "Kami juga memanfaatkan AI untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalaman agar kami dapat menyampaikan produk dan perkhidmatan pada standard tertinggi."
Inovasi Teknologi dan Dikuasakan-AI Akan Datang
Memandangkan landskap kewangan terus berkembang, strategi AI oleh VT Markets memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri, menggabungkan inovasi dengan legasi kepercayaannya tatkala ia memasuki era baharu pengalaman perdagangan yang lebih pintar dan lebih memperkasakan.