HOHHOT, China, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- National Center for Technology Innovation in Dairy (NCTID) mengadakan persidangan tahunan ketiganya pada 27–28 September di Hohhot, Mongolia Dalam.
Di persidangan ini, NCTID mendedahkan Sepuluh Pencapaian Teratasnya bagi tahun 2025, menonjolkan kejayaan besar yang menetapkan penanda aras baharu untuk industri ini. Pencapaian-pencapaian ini termasuk membiak lembu tenusu bertaraf dunia, memajukan penyelidikan susu ibu, meningkatkan pengeluaran bahan utama, memperhalusi teknologi pemprosesan tenusu termaju, membangunkan produk tenusu untuk penuaan yang sihat dan memacu kemampanan dalam seluruh sektor.
He Jian, Pengurus Besar NCTID, mengulas mengenai kemajuan dan pandangan Pusat ini. "Tiga tahun yang lalu menjadi tempoh penerokaan formatif untuk NCTID yang melaluinya kami dapat mewujudkan platform industri yang bersifat terbuka dan kolaboratif," ujarnya. "Memandang ke hadapan, kami akan mempertajam tumpuan kami ke atas penyelidikan dengan inkubasi perniagaan sebagai terasnya dan dalam masa yang sama mengangkat persidangan tahunan ini menjadi forum saintifik bertaraf profesional pada peringkat tinggi."
Pakar-pakar daripada institusi-institusi yang terkemuka, termasuk China Agricultural University, Beijing Technology and Business University, Inner Mongolia University dan New Zealand Bioeconomy Science Institute, turut berkongsi penyelidikan mereka di persidangan ini.
Dr Stefan Clerens, Pengurus Kumpulan Sains bagi Makanan Pintar & Bioproduk di Bioeconomy Science Institute, membincangkan kemajuan yang terkini oleh institut ini dalam sains makanan. Ceramahnya mengetengahkan rancangan pembangunan untuk makanan kesihatan otak, menekankan bahawa penggunaan model sel paksi usus-otak untuk penyaringan dapat mengurangkan risiko penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memberikan sokongan padu untuk inovasi produk.
Profil antarabangsa NCTID terus meningkat, seperti yang dibuktikan menerusi pelancaran Focal Point on Dairy Research in China, satu penerbitan khas oleh Nature yang menunjukkan pencapaian kolaboratif NCTID dan organisasi-organisasi ahlinya, termasuk Yili. Ia menonjolkan peranan penting Pusat ini dalam merapatkan penyelidikan dan aplikasi industri serta memupuk inovasi dan pembangunan dalam industri tenusu.
Selain itu, NCTID dan Inner Mongolia Intellectual Property Protection Center mengeluarkan penemuan daripada kajian bersama 2025 mereka, A Survey of the Intellectual Property Legal Environment in Southeast Asia and Strategic Recommendations for Dairy Companies' Overseas Expansion (Tinjauan Persekitaran Perundangan Harta Intelek di Asia Tenggara dan Pengesyoran Strategik untuk Pengembangan Luar Negara Syarikat-syarikat Tenusu).
Diketuai oleh Yili Group, NCTID menjadi daya penggerak dalam memajukan dan mengaplikasikan teknologi tinggi, memupuk kemajuan dalam seluruh industri dan menyokong pembangunan yang berkualiti tinggi dalam sektor tenusu China.
Memandang ke hadapan, NCTID merancang untuk mengambil pendekatan yang lebih terbuka kepada kolaborasi yang melibatkan kerajaan, perusahaan, universiti, institut penyelidikan dan pihak berkepentingan dalam seluruh rantaian bekalan. Dengan menyampaikan inovasi yang lebih kerap dan perkhidmatan awam yang lebih inklusif, Pusat ini bermatlamat untuk memberikan sokongan yang lebih padu demi pertumbuhan jangka panjang dalam industri tenusu China.