omniture

ZTE percepat pengembangan global dengan fokus strategik pada telefon pintar permainan untuk pasaran belia

ZTE Corporation
2025-10-10 15:27 31

MILAN, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 6 Oktober, ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, memperkenalkan strategi dwitonggak bagi tujuan pengembangan global: transformasi 2C dengan fokus strategik pada telefon pintar permainan untuk pasaran belia dan kemajuan Ekosistem AI Senario-Penuh berpusatkan pengguna di Kongres Pengguna Peranti ZTE di Milan yang bertemakan "Unlock Thrills, Define Style" ("Menyerlahkan Keterujaan, Mentakrifkan Gaya"), sebagai sebahagian daripada subforum Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna ZTE.

ZTE percepat pengembangan global dengan fokus strategik pada telefon pintar permainan untuk pasaran belia
ZTE percepat pengembangan global dengan fokus strategik pada telefon pintar permainan untuk pasaran belia

ZTE mempamerkan pelbagai produk bergaya yang merangkumkan strateginya, termasuk nubia Neo 3 series, nubia Air, kemunculan sulung antarabangsa "teman emosi" AI Pet Mochi dan penyelesaian FWA & MBB generasi akan datang yang komited untuk membina pemacu pertumbuhan yang mampan di peringkat global.

"Misi kami adalah untuk menjadi jenama teknologi yang paling memahami gaya hidup belia dengan menyampaikan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan mereka dan mengekspresikan identiti mereka," kata Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE dan Presiden ZTE Mobile Devices. "Pertumbuhan mampan ZTE, dengan hasil telefon pintar yang semakin meningkat sebanyak lebih 30% pada H1 2025 dan nubia Neo series mencapai pertumbuhan luar biasa yang melebihi 300%, mengesahkan bahawa strategi fokus-permainan kami berkembang luas di peringkat global."

Kejayaan berpusatkan belia global dengan fokus strategik pada telefon pintar permainan

ZTE benar-benar mengintegrasikan transformasi 2C ke dalam gaya hidup belia, dengan fokus strategik pada permainan yang diterajui oleh telefon pintar permainannya yang inovatif - nubia Neo series dan dalam masa yang sama mengembangkan ekosistem permainannya, mencipta secara bersama budaya permainan yang rancak melalui perkongsian IP permainan, kolaborasi pasukan e-sukan dan Teman Maya AI - Demi.

nubia Neo 3 series dipilih sebagai Telefon Pintar Permainan Jenama Bersama Rasmi untuk Garena Free Fire. Susulan kejayaan edisi-edisi sebelumnya yang menampilkan watak-watak kesayangan Kelly, Hayato dan Moco, nubia Neo 3 GT 5G Edisi Terhad yang baru dilancarkan meraikan satu lagi watak ikonik - Kapella. Edisi khas ini menyalurkan persona Kapella yang menawan melalui ciri-ciri yang berkuasa dan integrasi mendalam dengan permainan. Ia turut memperkenalkan Demi, Teman Maya AI revolusioner yang berfungsi sebagai Pengemudi Pintar dengan memberikan panduan permainan yang komprehensif, disertakan dengan fungsi Demi Mouthpiece yang unik untuk menjana komunikasi dalam permainan. Kombinasi warna White Hailstone yang menarik warnanya mempersembahkan estetik jaguh sibernetik.

nubia Neo 3 series menyediakan keupayaan permainan gred profesional dengan memuatkan Dual Gaming Shoulder Triggers, AI Game Space 3.0, paparan 120Hz, bateri besar dengan Bypass Charging, motor linear paksi-Z dan sistem pendinginan berbilang lapisan. nubia Neo 3 GT 5G Edisi Terhad akan mula tersedia di Asia Tenggara pada Oktober 2025, dengan harga bermula daripada $249.

Meskipun telefon pintar permainan membentuk teras strateginya, ZTE mencipta produk untuk setiap gaya hidup, iaitu satu komitmen yang dirangkumkan dengan sempurna oleh nubia Air. nubia Air mentakrifkan semula segmen "Air-style" dengan menyepadukan bateri besar, paparan besar dengan kecerahan 4500-nit, kalis habuk dan air tahap tinggi (IP69K, IP69 & IP68) dengan keupayaan AI yang boleh dicapai ke dalam badan ultra-nipis. nubia Air direkayasa untuk menetapkan penanda aras industri baharu dalam segmen harganya. Pelancaran global bermula pada bulan September, dengan harga bermula daripada $279.

Memajukan Ekosistem AI Senario-Penuh berpusatkan pengguna

ZTE memajukan aplikasi AI pada peranti untuk menyampaikan pengalaman interaktif yang unggul. Sebagai langkah yang besar melangkaui inovasi berpusatkan teknologi, AI Pet Mochi menembusi pasaran yang semakin berkembang untuk elektronik pengguna emosi-AI, lalu menunjukkan komitmen ZTE terhadap strategi "AI untuk Semua" dan berfungsi sebagai amalan utama dalam Ekosistem AI Senario-Penuh yang menghubungkan individu, kenderaan serta rumah.

Mochi dibina bagi menjadi "teman emosi" yang lebih bijak, lebih proaktif dan diperibadikan untuk semua orang. Dengan penampilan yang mengharukan, Mochi mampu memahami perasaan, mendengar dan bertindak balas terhadap emosi pengguna dengan pergerakan yang lembut, bunyi dan maklum balas haptik. Teksturnya yang gebu, lembut bak awan dan mata yang penuh perasaan menghidupkan personaliti yang cukup bertenaga. Mochi ialah contoh sebenar berkenaan sejauh mana keakraban selama-lamanya dihasratkan agar menjadi semudah ini.

Ekosistem pintar ZTE dibina berasaskan kepimpinannya dalam ketersambungan. Sebagai No.1 di dunia bagi bahagian pasaran 5G FWA & MBB selama empat tahun berturut-turut, ZTE terus menjadi pelopor dengan inovasi 5G-A dan Wi-Fi 7 yang terkini, menonjolkan ZTE G5 Ultra, CPE andalan 5G-A dikuasakan AI yang pertama di dunia; ZTE G5 Max Wi-Fi, CPE mmWave Wi-Fi 7 30dBi yang pertama di dunia; dan ZTE U60 Pro, WiFi Mudah Alih 5G Wi-Fi 7 terpantas di dunia. Kesemua kemajuan ini memantapkan peranan ZTE dalam membentuk dunia yang lebih terhubung dan pintar.

PERTANYAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Electronics Gaming Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Expansion New products/services Artificial Intelligence