omniture

Pembuat Keluli Fortune Global 500 Shagang Group Raikan 50 Tahun Pertumbuhan dan Inovasi

Jiangsu Shagang Group Co.,Ltd.
2025-10-10 23:46 29

ZHANGJIAGANG, China, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 8 Oktober, Jiangsu Shagang Group Co., Ltd. (Shagang) menganjurkan sebuah upacara di Shagang Gymnasium sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Barian kepimpinan syarikat, pekerja bersara, wakil tenaga kerja dan pegawai perbandaran Zhangjiagang menghadiri acara ini bagi mengimbau kemajuan syarikat selama lima dekad dan menggariskan rancangan berpandangan jauh demi pertumbuhan yang berterusan dan mampan.

Shagang Group presents commemorative plaques to retired employee representatives
Shagang Group presents commemorative plaques to retired employee representatives

Sebuah video ulang tahun khas yang mengetengahkan sejarah 50 tahun Shagang ditayangkan semasa berlangsungnya acara ini. Ia mencatatkan sejauh mana syarikat ini, yang ditubuhkan pada tahun 1975 dengan modal permulaannya sendiri sebanyak RMB 450,000 sebagai sebuah kilang penggelek kecil sepanjang Sungai Yangtze, membangun menjadi pengeluar keluli global yang terkemuka dengan pengeluaran keluli tahunan mencapai lebih 40 juta tan dan jumlah aset mencecah lebih RMB 300 bilion.

Shen Bin, Pengerusi Lembaga dan Setiausaha Parti Shagang Group, menyatakan bahawa sejak lima dekad yang lalu, syarikat ini tetap bertapak kukuh dalam industri keluli, mengekalkan tumpuan jangka panjang ke atas kecemerlangan operasi dan inovasi. Beliau menyatakan bahawa Shagang telahpun membina lima kekuatan teras—disiplin strategik yang berasaskan konsistensi dan ketabahan; semangat inovasi yang didorong oleh teknologi dan kepimpinan; kecemerlangan operasi yang dicapai melalui ketepatan dan kecekapan kos; budaya berpusatkan rakyat yang menghargai bakat dan keterlibatan; set minda kolaboratif yang memfokuskan pada keterbukaan, perkongsian dan kejayaan bersama. Kelima-lima kekuatan ini bersama-sama membentuk asas untuk kejayaan berterusan dan daya saing Shagang di pasaran global.

Memandang ke arah masa depan, Shagang akan terus mengejar matlamatnya untuk menjadi sebuah perusahaan keluli bertaraf dunia dengan menekankan keberuntungan, kecekapan dan pembangunan bakat. Syarikat ini memfokuskan untuk membina sebuah organisasi yang inovatif, cekap, berkualiti tinggi, pintar, bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga bertanggungjawab. Keutamaan strategik Shagang termasuk mengukuhkan operasi pembuatan keluli terasnya, meningkatkan nilai dan prestasi rantaian bekalan kelulinya, meluaskan dan memperkukuh ekosistem industrinya dan mengejar pempelbagaian yang seimbang dan sinergistik. Inisiatif ini direka untuk mempercepatkan transformasi syarikat ke arah pertumbuhan bertaraf tinggi, pintar dan mampan, bagi memastikan kejayaan jangka panjang Shagang sebagai peneraju yang dipercayai dalam industri keluli global.

Source: Jiangsu Shagang Group Co.,Ltd.
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals General Manufacturing