![]() |
BANDARAYA MELAKA, Malaysia, 12 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS), akan menganjurkan Meet and Greet with International Students in Malaysia 2025 (MAGNET'25).
Acara tahunan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini bertujuan menghimpunkan pelajar antarabangsa dan institusi pengajian tinggi, serta dijangka menjadi antara perhimpunan pelajar antarabangsa terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.
MAGNET 2025
Tahun ini, acara yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka, dijangka menerima kehadiran lebih daripada 1,000 pelajar antarabangsa dari institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Para peserta akan bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang memperkaya pengalaman Study in Malaysia mereka.
Acara ini bertujuan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia serta mengukuhkan jalinan hubungan antara komuniti pelajar antarabangsa. Ia juga akan menyaksikan pelancaran portal Malaysia Edutourism Gateway (MEG) yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.
MAGNET'25 akan menampilkan pelbagai program menarik termasuk Heritage Trail, lebih daripada 20 reruai konsep negara oleh universiti-universiti yang mengambil bahagian, persembahan kebudayaan, dan aktiviti interaktif yang menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia.
Pengunjung turut berpeluang menikmati pengalaman menarik seperti reruai Malaysia Edutourism, aktiviti mencanting Batik, serta sesi temu duga Study in Malaysia Student Ambassador. Orang ramai turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara dengan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah cabutan bertuah turut menanti pelajar antarabangsa.
Menerusi inisiatif seperti MAGNET'25, Malaysia komited untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab pendidikan global, selaras dengan aspirasi untuk menjadi destinasi pendidikan pilihan utama dalam kalangan pelajar antarabangsa di seluruh dunia.
EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
14 OKTOBER 2025
Mengenai Education Malaysia Global Services (EMGS)
Education Malaysia Global Services (EMGS) ialah sebuah Company Limited by Guarantee (CLBG) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. EMGS merupakan agensi yang bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan, serta destinasi pendidikan pilihan utama bagi pelajar antarabangsa di seluruh dunia.
EMGS juga merupakan badan utama yang mengurus pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, termasuk memudahkan proses permohonan visa.
IMBAS KOD QR UNTUK MENGIKUTI EMGS