omniture

Osome Bawakan Platform Pengurusan Perniagaan Didayakan AI Ke UAE

Osome Ltd
2025-10-13 05:30 28
  • AI mempermudah pengurusan perniagaan untuk usahawan
  • Perniagaan dibebaskan daripada tugas pentadbiran untuk memfokuskan pada pertumbuhan
  • Osome akan memupuk ekosistem rakan kongsi yang mantap

SINGAPURA dan HONG KONG, 13 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Osome, iaitu platform pengurusan perniagaan didayakan AI yang dipercayai oleh lebih 30,000 usahawan di peringkat global sudahpun menembusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasminya menerusi pembukaan pejabatnya di Dubai. Langkah ini menekankan komitmen Osome bagi meringankan beban kewangan dan pentadbiran untuk pengasas sekali gus memupuk ekosistem rakan kongsi yang kolaboratif di Timur Tengah.

Osome Brings AI-Enabled Business Management Platform To UAE
Osome Brings AI-Enabled Business Management Platform To UAE

Dianggarkan bahawa Dubai merupakan pusat tumpuan kepada lebih satu juta perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS), namun pengasas menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mengurus keperluan perakaunan, cukai dan kawal selia apabila perniagaan mereka berkembang.

Helena Flores, Ketua Pegawai Operasi Osome dan Pengarah Urusan Osome Dubai, menyatakan bahawa syarikat ini bermatlamat untuk membolehkan pengasas memberi lebih tumpuan kepada visi mereka dan kurang tumpuan pada pentadbiran kewangan melalui platform pengurusan perniagaan didayakan AI yang disokong oleh ahli profesional perakaunan dan cukai. Osome juga akan berkolaborasi dengan rakan kongsi dalam seluruh ekosistem UAE bagi membuka peluang baharu.

Salah satu pelanggan Osome ialah Aesty Labs yang ditubuhkan secara bersama oleh Nadia Zueva (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Andrei Rychkov (Ketua Pegawai Teknologi). Nadia berkata, "Menjalin kerjasama dengan Osome telah mengubah Aesty. Platform mereka yang didayakan AI membebaskan kami daripada tugas-tugas pentadbiran yang memakan masa lebih 30 jam setiap bulan dan membolehkan kami memfokuskan untuk memahami gaya pelanggan kami serta membantu mereka membeli-belah dengan lebih bijak. Dengan kebolehlihatan yang jelas terhadap kewangan kami, kami dapat memacu pertumbuhan dan menambah baik pelaporan pelabur."

Osome menyediakan perakaunan dengan simpan kira tanpa had, sokongan untuk VAT dan cukai korporat serta pemantauan pematuhan terhadap tarikh akhir berkanun dan keperluan penyata kewangan.

Osome berinteraksi dengan ekosistem UAE. Ia akan mengambil bahagian dalam Expand North Star @ GITEX 2025 mulai 12 hingga 15 Oktober 2025 untuk berhubung dengan bakal rakan usaha sama dan memperkenalkan platformnya, sekali gus memacu aktiviti pembinaan komuniti untuk usahawan dan juga rakan kongsi di Dubai.

Dalam pasarannya yang lain, Osome bekerjasama dengan penyedia penyelesaian digital, pemodal teroka dan pemecut. Kolaborasi ini membantu pengasas mengakses perkhidmatan yang mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan mempercepat pertumbuhan. Dengan melaksanakan model ini di Dubai, Osome menyasarkan untuk menjadi pengupaya ekosistem dan terus-menerus mencari rakan kongsi untuk menambah nilai buat usahawan UAE.

Helena berkata, "Pengembangan Osome ke UAE menempatkan kami pada kedudukan yang lebih dekat dengan ekosistem inovasi global yang kian berkembang pesat. Komitmen UAE untuk menarik minat bakat, meningkatkan ketelusan kewangan dan mendigitalkan proses kerajaan sejajar dengan visi kami. Tatkala lebih ramai usahawan berpindah ke rantau ini, matlamat kami adalah untuk menyampaikan penyelesaian yang cekap dan dipacu teknologi bagi memperkasakan pengasas ini dalam mengurus perniagaan serta kewangan mereka secara telus dan juga produktif."

Latar Belakang Osome 

Osome menyediakan penyelesaian pengurusan perniagaan didayakan AI yang menggabungkan alatan digital intuitif dengan bimbingan pakar tempatan, membantu usahawan meringankan beban pentadbiran serta memfokuskan pada pertumbuhan. Sejak tahun 2017, ia menyokong lebih 30,000 syarikat berkaitan perkhidmatan dalam pemerbadanan, perakaunan, cukai, senarai gaji dan tugas kesetiausahaan korporat di Hong Kong, London dan juga Singapura. Setakat ini, Osome memproses lebih 5 juta dokumen kewangan dan menghasilkan lebih daripada 100,000 bulan pelaporan kewangan. Kunjungi www.osome.com untuk maklumat lanjut.

Source: Osome Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Financial Technology Artificial Intelligence