Integrasi CommScope FLX ODN dengan Nokia Broadband Easy mempercepat dan mengautomasikan pelancaran rangkaian FTTH untuk penggunaan pantas
CLAREMONT, North Carolina, 13 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- CommScope (NASDAQ: COMM), iaitu peneraju bertaraf global bagi ketersambungan rangkaian dan Nokia mengumumkan pada hari ini satu inisiatif bersama untuk memperkemas pasang atur FTTH di APAC dengan mengintegrasikan terminal penyambung tidak terkeras FLX™ ODN CommScope dengan platform automasi digital Nokia Broadband Easy untuk pelancaran gentian. Penyelesaian siap guna tergabung ini memberikan penyedia perkhidmatan dengan laluan digital dan terjamin untuk FTTH dengan ketepatan, kelajuan dan automasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
"Salah satu cabaran yang paling berulang-ulang dalam pasang atur lapangan FTTH ialah mencapai pemasangan dan penyediaan komponen rangkaian yang tepat," kata Andrew Bond-Webster, Naib Presiden, Broadband APAC, CommScope. "Dengan mengintegrasikan Nokia Broadband Easy dengan penyelesaian FLX ODN CommScope, kami memperkasakan penyedia perkhidmatan untuk melaksanakannya dengan tepat semasa kali pertama—setiap kali. Ini dapat meminimumkan kerja semula, mendayakan pemanfaatan juruteknik yang kurang khusus dan meningkatkan ketepatan pelancaran. Platform FLX ODN CommScope memainkan peranan penting dalam mengurangkan jumlah kos pemilikan, mempercepat masa ke pasaran dan mengurangkan kadar penghantaran juruteknik yang tidak diperlukan—lalu dapat menyampaikan kecekapan operasi dan penjimatan kos yang lebih tinggi."
"Dengan Broadband Easy, kami mentransformasikan pasang atur gentian—menjadikannya lebih mudah, lebih pantas dan lebih cekap kos untuk pengendali," kata Vimal Kothandaraman, Naib Presiden, pusat perniagaan APAC Fixed Networks, Nokia. "Dengan memanfaatkan kuasa AI di samping kepakaran mendalam kami berkaitan reka bentuk rangkaian gentian dan pengintegrasian penyelesaian FLX ODN CommScope, kami bukan sahaja membantu pengendali menjimatkan kos dan mengurangkan masa pelancaran tetapi turut membolehkan mereka mempercepat penghantaran sambungan berkelajuan tinggi kepada berbilion-bilion rumah yang seterusnya."
Terminal capaian gentian pasang-dan-pakai FLX™ ODN CommScope menggunakan teknologi pengindeksan dan penyambung termaju untuk menghapuskan penyambatan lapangan dan dalam masa yang sama kekal modular dan boleh skala. Penyelesaian ini diintegrasikan dengan platform automasi digital Nokia Broadband Easy bagi membolehkan pelanggan mengurus secara terpusat seluruh proses pasang atur gentian dengan automasi dipacu AI dan jaminan kualiti – bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Hasilnya ialah rangkaian gentian berkualiti lebih tinggi yang lebih pantas dipasang atur, lebih cekap kos dan bersedia mendepani masa depan.
Penyelesaian bersama ini boleh didapati pada hari ini untuk pelanggan CommScope dan Nokia di APAC. Ia akan dipamerkan di Network-X, Paris, Perancis pada 14-16 Oktober 2025 dan di acara Telecoms World Asia di Bangkok, Thailand pada 18-19 November 2025.
—TAMAT—
CommScope dan logo CommScope ialah tanda dagangan berdaftar CommScope dan/atau sekutunya di A.S. dan negara-negara lain. Untuk maklumat tanda dagangan tambahan lihat https://www.commscope.com/trademarks. Semua nama produk, tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Pertanyaan media
Nokia Communications, Korporat
Emel: Press.Services@nokia.com
Maklumat Perhubungan Media Berita:
Tan Weiwei
weiwei.tan@commscope.com
Siaran akhbar ini termasuk kenyataan pandang ke hadapan yang berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa ini untuk pengurusan, kepercayaan pengurusan, serta beberapa andaian berhubung peristiwa masa depan. Kenyataan pandang ke hadapan bukanlah jaminan prestasi dan tertakluk kepada beberapa ketidakpastian dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar banyak bezanya daripada yang dijangkakan pada masa ini. Dalam menyediakan kenyataan pandang ke hadapan, syarikat tidak berhasrat, dan tidak melaksanakan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab, untuk mengemas kini kenyataan ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.