ABU DHABI, UAE, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan Huawei meluaskan jangkauan perkongsian global Tech4Nature bersama mereka menerusi satu siri acara di Kongres Pemuliharaan Sedunia IUCN di Abu Dhabi.
Bertempat di kongres pada tahun ini, rakan-rakan kongsi Tech4Nature mengambil bahagian dalam satu siri forum yang dirancang untuk menonjolkan kuasa teknologi dalam lapangan pemuliharaan. Projek-projek Tech4Nature utama yang diketengahkan di acara ini termasuk:
Sejajar dengan IUCN Green List dan Huawei TECH4ALL, Tech4Nature bermatlamat untuk meningkatkan hasil pemuliharaan alam semula jadi menggunakan teknologi digital. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, inisiatif ini menjalankan 11 projek andalan di 8 negara melalui kolaborasi bersama beberapa rakan kongsi dan masyarakat setempat.
Selain di China dan Brazil, projek-projek Tech4Nature Fasa II ketika ini dijalankan di Mexico untuk melindungi jaguar di Kawasan Simpanan Negeri Dzilam de Bravo; di Türkiye untuk memantau spesies payung sebagai penunjuk terhadap kesihatan ekosistem keseluruhan, dengan fokus kepada kambing liar dan dama; di Kenya untuk melindungi terumbu karang dan mencegah penangkapan ikan secara haram; dan di Wilayah Barcelona Sepanyol untuk mengkaji impak kegiatan senggang terhadap helang Bonelli.
Kongres Pemuliharaan Sedunia turut menganjurkan Tech4Nature Awards sulung dan mengumumkan pemenang-pemenang dalam tiga kategori:
"Penyelesaian-penyelesaian yang memenangi anugerah ini menunjukkan sejauh mana teknologi yang inovatif, apabila diletakkan pada tangan penyokong pemuliharaan dan komuniti, dapat memacu perubahan sebenar untuk alam semula jadi dan manusia," kata Grethel Aguilar, Ketua Pengarah IUCN. "Tech4Nature Awards menyerlahkan kreativiti dan keazaman mereka yang berkhidmat di barisan hadapan pemuliharaan. Inovasi mereka membawa kita semakin menghampiri sebuah dunia adil yang menghargai dan memulihara alam semula jadi."
Penyelesaian-penyelesaian bagi setiap kategori Tech4Nature Awards diadili oleh panel yang terdiri daripada pakar teknologi dan pemuliharaan dari seluruh dunia.
"Inovasi digital mempunyai peranan yang teguh untuk dimainkan dalam menyokong penyelesaian alam semula jadi yang positif, mampan dan inklusif yang dapat memantau, melindungi dan memulihkan populasi hidupan liar dan ekosistemnya," kata Max Cuvellier Giacomelli, Ketua Mudah Alih untuk Pembangunan GSMA dan salah seorang hakim bagi kategori 'Inovasi Teknologi'. "Terasa amat menggalakkan apabila dapat melihat begitu banyak inisiatif dilaksanakan di lapangan dan berpeluang untuk menonjolkan sebahagian daripadanya melalui Tech4Nature Award."
Kongres Pemuliharaan Sedunia IUCN berlangsung setiap empat tahun yang menghimpunkan pakar-pakar pemuliharaan dari serata dunia. Tema pada tahun ini ialah meningkatkan tindakan pemuliharaan, mengurangkan risiko melampaui batas iklim, melaksanakan kesaksamaan, beralih kepada ekonomi dan masyarakat positif alam semula jadi serta inovasi dan kepimpinan disruptif untuk pemuliharaan.