NINGBO, China, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Oktober, Deli Group mengadakan dengan jayanya Persidangan Rakan Kongsi Automasi Pejabat Sedunia 2025 di bawah tema "Inovasi Menginspirasikan" di Ningbo, Zhejiang, China. Sebagai kumpulan industri budaya dan teknologi global, Deli menghimpunkan para eksekutif kanan dan hampir 200 wakil pengedar yang cemerlang dari lebih 70 negara dan wilayah untuk membincangkan arah aliran inovasi bagi peralatan dan pencetakan serta meninjau peluang baharu untuk menjalin kerjasama global.
Memperdalam Strategi Global: Perniagaan Peralatan Menjadi Pemacu Utama Pertumbuhan Luar Negara
Sebagai satu-satunya syarikat dalam industri budaya dan pendidikan China yang berkembang secara sistematik ke pasaran antarabangsa, dalam sektor pencetakan, Deli mencapai penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan bebas sejak menembusi industri ini pada tahun 2015, seterusnya menjadi syarikat Cina pertama yang menguasai teknologi teras dalam pencetakan laser, jet dakwat, haba dan matriks bintik serta satu-satunya yang memiliki matriks produk rangkaian penuh.
Charlie Huang, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Antarabangsa Deli, menyatakan, "Transformasi Deli bukan sahaja mengenai pengembangan perniagaan tetapi juga berkenaan memperdalam teknologi dalam seluruh senario kerja dan pembelajaran. Kami akan memajukan strategi pasaran antarabangsa kami dengan perspektif yang lebih luas, meningkatkan pelaburan dalam produk, pasaran serta bakat demi meningkatkan operasi setempat."
Produk-produk yang Ditonjolkan: Pencetak Mencuri Tumpuan
Acara ini mempamerkan hampir 600 produk peralatan pejabat baharu dan membentuk "Matriks Sains dan Inovasi" yang penting. Pameran ini dibahagikan kepada sepuluh zon profesional yang meliputi pencetak laser, pencetak jet dakwat, mesin pencincang, peti besi, peranti IoT pintar, sistem pembayaran juruwang, dan produk gaya hidup pejabat. Melalui senario yang imersif dan pengalaman interaktif, Deli memperlihatkan kekuatan sistematiknya dalam R&D teknologi serta inovasi produk.
Dalam kategori teras pencetak, Deli mempamerkan beberapa siri pencetak laser dan jet dakwat. Sebagai satu-satunya syarikat Cina yang menguasai keempat-empat teknologi pencetakan teras dan menawarkan matriks produk penuh, Deli mengetengahkan pencetak laser siri Rosa. Pencetak ini membawakan fungsi sambungan Bluetooth, reka bentuk yang kompak dan bekalan boleh isi semula yang mengimbangi keperluan kegunaan rumah dengan kawalan kos secara efektif.
Bagi penyelesaian pejabat pintar pula, acara ini turut membawakan sistem POS pintar, jalur kuasa berbilang senario dan beraneka produk pintar seperti sistem kehadiran urat tapak tangan, peti besi kalis api profesional dan mesin pencincang "Endless Shred" yang memaparkan kemajuan berterusan oleh Deli dalam integrasi teknologi pintar dan aplikasi berasaskan senario.
Visi Jenama Terkemuka: Memberi Perkhidmatan kepada Pengguna Global dengan Teknologi dan Inovasi
Zhang Lei, Naib Presiden Deli Group, memberi penekanan dalam ucapannya, "Deli akan terus memperkukuh kedudukan strategiknya sebagai 'kumpulan industri budaya dan teknologi global,' memacu inovasi produk melalui teknologi dan menggalakkan kolaborasi ekosistem melalui perkongsian. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi membangunkan Deli demi menjadi jenama bertaraf dunia yang disegani."
Melangkah ke hadapan, Deli akan terus meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologinya serta memperkukuh kehadiran globalnya, melangkah maju dengan langkah-langkah yang teguh menuju matlamatnya untuk "menjadi sebuah perusahaan yang boleh dipercayai dan disegani."