CAPE TOWN, Afrika Selatan, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Singclean Medical, melalui perkongsian bersama Kayan Al-Seha Medical (KSM) berserta Profesor Osama Shawki, mengadakan kemunculan sulung dengan jayanya di Kongres Ginekologi dan Obstetrik Sedunia FIGO 2025 yang diadakan mulai 5–9 Oktober bertempat di Cape Town International Convention Centre. Penyertaan di FIGO menyaksikan suatu pencapaian penting berhubung strategi global Singclean dan pengaruh yang kian berkembang dalam aspek penjagaan kesihatan wanita.
Ucaptama oleh Profesor Osama Shawki Mengetengahkan Penghalang Lekatan Singclean ®
Salah satu detik yang paling dinanti-nantikan di Kongres ini ialah syarahan utama oleh Profesor Osama Shawki, seorang pemimpin yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang pembedahan ginekologi invasif minimum dan ahli lembaga International Society Gynecologic Endoscopy (ISGE). Sesi beliau yang bertajuk "Sharpen Your Skills, Make Your Throne in Hysteroscopy" ("Asah Kemahiran Anda, Jadikan Histeroskopi Kepakaran Anda") menarik perhatian yang luas daripada golongan profesional perubatan antarabangsa serta pakar akademik.
Semasa sesi pembentangannya, Profesor Shawki berkongsi perspektif rintis berhubung teknologi histeroskopik yang canggih dan strategi pencegahan lekatan dengan memberi tumpuan khusus pada kelebihan klinikal Gel Natrium Hialuronat Singclean® untuk Antilekatan dalam prosedur ginekologi.
Penghalang Lekatan Singclean® memberikan tempoh penyerapan teroptimum selama 7–14 hari, lalu mewujudkan penghalang pelindung andal yang sejajar secara tepat dengan fasa penyembuhan luka kritikal apabila risiko lekatan berada pada tahap paling tinggi. Reka bentuk tersuai ini dapat meningkatkan pemulihan pesakit serta menyokong hasil klinikal yang unggul.
Mempererat Kolaborasi Global
FIGO 2025 turut berperanan sebagai platform penting bagi memperkukuh perkongsian antarabangsa Singclean.
Seiring bersama rakan kongsinya Kayan Al-Seha Medical (KSM), Singclean komited untuk mempromosikan penyelesaian antilekatan yang inovatif di Arab Saudi bermatlamat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan tempatan.
Kongres ini juga memberi peluang untuk menjalin kerjasama yang lebih erat bersama rakan kongsi Singclean Afrika Selatan, Sure Medical bagi tujuan meletakkan asas demi kolaborasi yang lebih erat dalam aspek penyetempatan produk, latihan profesional serta pembangunan pasaran di seluruh rantau Afrika.
Perkongsian yang strategik ini menggambarkan visi jangka panjang Singclean bagi meningkatkan capaian kepada teknologi perubatan yang canggih dan memupuk pembangunan mampan dalam sistem penjagaan kesihatan serantau.
Memandang ke Hadapan
Dengan mempamerkan penyelesaian pencegahan lekatannya di samping pembentangan yang berpengaruh oleh Profesor Shawki, Singclean memperlihatkan falsafah jenama terasnya: "Innovation Leading • Technology Empowering" ("Inovasi Menerajui • Teknologi Memperkasakan"). Syarikat ini akan terus bekerjasama erat bersama KSM, Sure Medical dan juga rakan-rakan kongsi global yang lain bagi memajukan penyelesaian biobahan, meningkatkan hasil pembedahan dan membawa manfaat kesihatan yang bermakna buat wanita di serata dunia.