omniture

Dahua Technology Raih Pingat Perak daripada EcoVadis bagi Prestasi Kemampanan

Dahua Technology
2025-10-14 13:16 5

HANGZHOU, China, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, penyedia bagi penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berpusatkan video yang terkemuka di dunia dianugerahkan Pingat Perak yang berprestij oleh EcoVadis, iaitu peneraju bertaraf global bagi penilaian kemampanan perniagaan. Pengiktirafan ini memberi tempat kepada Dahua dalam kalangan 15% syarikat teratas yang dinilai di peringkat global, seterusnya menunjukkan kemajuan syarikat yang berterusan dalam memajukan amalan alam sekitar, sosial dan etika dalam seluruh operasinya.


EcoVadis ialah salah satu penyedia bagi penarafan kemampanan perniagaan yang paling dipercayai di dunia. Ia menilai lebih daripada 130,000 syarikat di seluruh dunia melalui 21 kriteria kemampanan kepada empat tema teras: Alam Sekitar, Buruh & Hak Asasi Manusia, Etika serta Perolehan Mampan. Penilaian dibuat berdasarkan piawaian kemampanan antarabangsa, termasuk Sepuluh Prinsip dalam UN Global Compact, konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) dan juga ISO 26000.

"Perjalanan kami menuju kemampanan merupakan langkah yang berterusan dan diterapkan secara mendalam dalam segala-gala yang kami lakukan," kata En. Xu Zhicheng, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Pejabat Pengurusan Pematuhan di Dahua. "Pencapaian Pingat Perak EcoVadis merupakan bukti usaha kolektif daripada pasukan kami di serata dunia. Ia sejajar dengan misi kami untuk 'Mendayakan masyarakat yang lebih bijak dan kehidupan yang lebih baik', seterusnya mencipta nilai yang berkekalan untuk komuniti, pihak berkepentingan serta alam sekitar kami."

Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan terhadap ketelusan, amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan peningkatan ESG secara terus-menerus, Dahua mewujudkan kerangka prestasi kemampanan dan tadbir urus yang teguh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat ini memperoleh beberapa pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk ISO 37301:2021 (Pensijilan Sistem Pengurusan Pematuhan), ISO 14001 (Pengurusan Alam Sekitar), ISO 45001 (Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan), ISO 27001 (Keselamatan Maklumat) dan ISO 27701 (Pengurusan Maklumat Privasi). Selain pengiktirafan EcoVadis, Dahua juga menjadi ahli bagi United Nations Global Compact (UNGC) pada tahun 2023, lantas memperlihatkan selanjutnya dedikasinya terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan.

Selama bertahun-tahun, Dahua mengambil langkah-langkah penting untuk mengurangkan jejak alam sekitar dan menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab. Syarikat ini terus meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan emisi karbon dan membangunkan produk mesra alam yang menyumbang kepada masyarakat yang lebih bijak dan juga lebih hijau. Pada masa yang sama, Dahua mendukung standard buruh yang adil, memupuk tempat kerja yang inklusif serta berkolaborasi erat dengan rakan kongsi dan juga pembekal bagi menggalakkan pembangunan yang mampan dalam seluruh rantaian nilai.

Memandang ke hadapan, Dahua tetap berpegang teguh dalam memacu kemampanan melalui inovasi — memupuk dunia yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih mampan melalui teknologi yang bertanggungjawab serta ekosistem kolaboratif.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemampanan Dahua, sila kunjungi: dahuasecurity.com.

Source: Dahua Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services High Tech Security Computer Accessories Awards Corporate Social Responsibility Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things Cision Influencer List - ESG