![]() |
SINGAPURA, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Cambridge English mengeluarkan panduan yang komprehensif untuk membantu calon-calon menempuhi proses dalam mendapatkan pensijilan bahasa Inggeris. Cambridge English Certificates diiktiraf di peringkat global dan menyediakan penanda aras yang dipercayai bagi tujuan akademik, profesional dan imigresen.
Di dalam dunia yang sudah semakin terhubung, kecekapan dalam bahasa Inggeris menjadi kemahiran yang penting. Sama ada untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, mengukuhkan permohonan pekerjaan atau memenuhi keperluan imigresen, kemahiran bahasa Inggeris yang diperakui membuka pintu kepada peluang antarabangsa. Dengan maklumat dalam talian yang amat banyak, calon-calon sering berdepan dengan maklumat yang salah, penyedia palsu dan prosedur pendaftaran yang tidak jelas. Panduan ini memberikan langkah-langkah rasmi yang jelas bagi memastikan laluan yang sah dan berjaya untuk mendapatkan pensijilan.
Memilih Pusat Peperiksaan dan Ujian yang Tepat
Cambridge English menawarkan kelayakan yang disesuaikan mengikut tahap pembelajaran yang berbeza:
Penilaian ke atas kemahiran semasa disyorkan sebelum membuat pendaftaran. Cambridge menyediakan ujian dalam talian bagi tujuan semakan kecekapan yang pantas. Ujian penempatan di pusat-pusat yang dibenarkan atau perundingan dengan ahli-ahli profesional bahasa bertauliah turut menawarkan penilaian yang lebih teliti.
Pemilihan pusat ujian yang diiktiraf merupakan hal yang amat penting. Cambridge English beroperasi melalui 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan berpuluh-puluh ribu pemeriksa bertauliah di serata dunia. Pengesahan melalui laman web rasmi Cambridge memastikan calon-calon dapat mengelakkan ejen tidak rasmi atau penyedia palsu yang boleh mengakibatkan sijil yang tidak sah, kerugian kewangan dan masa membuat persiapan yang sia-sia.
Ketulenan pusat ujian menggunakan pengesan pusat dibenarkan di laman web rasmi Cambridge
Pendaftaran, Persediaan dan Format Peperiksaan
Selepas memilih kelayakan dan pusat ujian, pendaftaran boleh dibuat dengan jelas dan mudah. Peperiksaan disediakan dalam format berasaskan komputer dan juga format berasaskan kertas yang kedua-duanya memberikan kesahan yang sama.
Sumber-sumber persediaan melibatkan kertas contoh rasmi, buku panduan peperiksaan, senarai kosa kata dan tutorial video. Kursus berstruktur, buku teks dan program dalam talian menawarkan pembangunan kemahiran yang sistematik dan peluang belajar bersama rakan sebaya, seterusnya dapat meningkatkan keyakinan dan juga prestasi.
Keputusan, Sijil dan Pengesahan
Keputusan berasaskan komputer disediakan dalam tempoh 5-10 hari bekerja; manakala keputusan berasaskan kertas dalam tempoh 4-6 minggu. Cambridge Results Service membenarkan perkongsian keputusan yang selamat bersama institusi, majikan atau agensi kerajaan. Hanya keputusan yang disahkan melalui platform rasmi Cambridge harus diterima.
Calon-calon yang berjaya menerima Penyata Keputusan dan sijil rasmi yang menunjukkan skor Cambridge English Scale, gred keseluruhan serta tahap CEFR. Dokumen-dokumen ini memberikan bukti jelas berkenaan kecekapan bahasa Inggeris yang boleh ditafsirkan dan ditentusahkan di peringkat antarabangsa.
Asas bagi Peluang Global
Cambridge English Certificates memberikan pengiktirafan dan kewibawaan untuk pelajar, ahli profesional dan juga individu yang mengejar peluang-peluang antarabangsa. Mengikuti saluran rasmi, menggunakan bahan persediaan yang tulen dan bekerjasama dengan penyedia yang dibenarkan dapat memastikan pulangan pelaburan yang maksimum bagi kecekapan dalam bahasa Inggeris. Setiap langkah yang diambil untuk mendapatkan pensijilan menyokong capaian kepada peluang-peluang yang memerlukan komunikasi yang berkesan dalam bahasa sejagat.
Untuk maklumat lanjut dan sumber rasmi, kunjungi www.cambridgeenglish.org.