omniture

MiTAC Computing Pamer Penyelesaian Kluster AI Sedia Masa Depan di Sidang Kemuncak Global OCP 2025 Perkasa Pusat Data Terbuka dan Cekap Tenaga

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-10-14 20:24 26

SAN JOSE, Calif., 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology, iaitu peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pelayan yang berprestasi tinggi dan cekap tenaga dengan bangganya mengumumkan penyertaannya di Sidang Kemuncak Global OCP 2025 (13–16 Oktober, San Jose, CA), Reruai C14. Di bawah tema "From AI Server to Cluster – Open for Growth. Built to Cool" ("Bermula Daripada Pelayan AI hingga Kluster – Terbuka untuk Pertumbuhan. Dibina agar Dingin") MiTAC akan mempamerkan infrastruktur boleh skala dan modular yang mencapai kemajuan bermula daripada pelayan AI tunggal hinggalah kluster penuh, dikuasakan oleh reka bentuk pendinginan cecair dan mampan yang canggih.

MiTAC Computing Showcases Future-Ready AI Cluster Solutions at the 2025 OCP Global Summit to Empower Open and Energy-Efficient Data Centers
MiTAC Computing Showcases Future-Ready AI Cluster Solutions at the 2025 OCP Global Summit to Empower Open and Energy-Efficient Data Centers

Berpadu tenaga dengan AMD, Broadcom, CoolIT, Intel, Micron, Murata, NVIDIA dan Solidigm, MiTAC terus memacu inovasi pengkomputeran terbuka dan evolusi pusat data yang cekap tenaga.

Bermula Daripada Pelayan hingga Kluster | Daripada Dingin-Udara hingga Dingin-Cecair, Daripada AI hingga HPC – Mempamerkan Penyelesaian Pusat Data Lengkap

Di sidang kemuncak ini, MiTAC Computing mempersembahkan rak standard OCP ORv3 dan juga EIA yang meliputi seni bina pusat data terbuka dan perusahaan generasi akan datang.

Rak Dingin-Cecair OCP ORv3 — Menyokong sehingga 14 pelayan berbilang nod C2811Z5 yang dikuasakan oleh pemproses siri AMD EPYC™ 9005. Murata 33kW Power Shelf MWOCES-211-P-D dan CoolIT 200kW CHx200+ In-Rack CDU bersepadu memberikan pengurusan kuasa dan terma yang cekap bagi pasang atur berketumpatan tinggi. Reka bentuk modular dan terbuka daripada sistem ini dengan modul-modul storan MiTAC Lake Erie menyediakan integrasi komput, storan dan rangkaian yang lancar bagi mendayakan laluan naik taraf yang mudah bermula daripada pelayan hinggalah kluster.

Rak Dingin-Udara EIA — Dikonfigurasikan dengan pelayan AI MiTAC G8825Z5 menggunakan AMD Instinct™ MI350X/MI325X GPU, rak 45U ini mengintegrasikan suis Dell Z9864F-ON yang membawakan cipset Broadcom Tomahawk 5 untuk saling sambung berkelajuan tinggi 800G di samping pelayan pengurusan MiTAC GC68C-B8056 dan pelayan storan MiTAC TS70A-B8056. Hasilnya ialah pasang atur kluster AI dan HPC yang pantas dan serasi dalam infrastruktur sedia ada, lalu mengupayakan perusahaan untuk meningkat dengan cekap bermula daripada pelayan tunggal hingga kluster.

Demonstrasi Langsung: Perisian Tegar Terbuka untuk Pusat Data Telus dan Terjamin

Di Reruai C14, MiTAC Computing akan menganjurkan demonstrasi langsung yang membawakan OpenBMC dan Open Platform Firmware (OPF) yang dibangunkan melalui kolaborasi bersama Open Source Firmware Foundation, ISV dan komuniti perkakasan terbuka. Demonstrasi ini memaparkan pengurusan pelayan bersatu berasaskan Redfish, dengan pilihan Coreboot, LinuxBoot dan UEFI yang mengurangkan masa POST sehingga 50%. Ia turut mengintegrasikan kad Broadcom MegaRAID 9560-16i / 9660-16i RAID bagi meningkatkan keandalan dan keselamatan data. MiTAC Computing akan memperkenalkan selanjutnya pembuktian konsep (PoC) OPF pada platform pemproses AMD EPYC™ 9005/9004 bagi mengesahkan kebolehskalaan dan ketelusan perkakasan sebenar untuk evolusi pusat data pada masa akan datang.

Selepas mempamerkan penyelesaian peringkat kluster dan inovasi perisian tegar terbukanya, MiTAC Computing akan turut memperkenalkan portfolio pelayan lengkap yang mencakupi aplikasi AI, HPC, awan dan perusahaan yang mengetengahkan keupayaannya untuk meningkat daripada pelayan tunggal kepada kluster penuh dan menyampaikan penyelesaian hujung-ke-hujung.

Platform Pengkomputeran AI | Pendinginan Cecair dan Pecutan GPU untuk Latihan Berskala Besar dan AI Generatif

  • G4527G6: Pelayan 4U berdasarkan seni bina NVIDIA MGX™, dengan dwi-CPU Intel® Xeon® 6767P menyokong sehingga 8 GPU NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition dan SSD Solidigm D7-P5520. Menggabungkan pengkomputeran selari GPU dengan storan berkelajuan tinggi, ia direka untuk pembelajaran mendalam, penglihatan komputer dan pembangunan AI perusahaan.
  • G4826Z5: Membuat kemunculan sulungnya di sidang kemuncak ini, platform GPU dingin-cecair berketumpatan tinggi ini menyokong sehingga lapan GPU AMD Instinct™ MI355X dan pemproses siri AMD EPYC™ 9005/9004. Dengan 24 slot ingatan DDR5-6400 dan pendinginan cecair CPU/GPU penuh, ia memastikan prestasi yang konsisten untuk pasang atur yang padat. Dilengkapi dengan penyesuai rangkaian Broadcom P2200G, G4826Z5 menyampaikan sambungan berkelajuan tinggi dan berkependaman rendah serta berfungsi sebagai sistem dingin cecair andalan daripada MiTAC di pameran pada tahun ini.

Amalan Terbaik HPC dan Awan | Platform Patuh-OCP untuk Beban Kerja Boleh Skala

  • C2811Z5: Pelayan berbilang nod berketumpatan tinggi, dingin cecair, mematuhi OCP yang dikuasakan oleh pemproses siri AMD EPYC™ 9005. Setiap nod menyokong sehingga 12 slot ingatan DDR5-6400 dan kapasiti 3TB, dengan storan NVMe E1.S digandingkan dengan SSD Micron 9550 NVMe untuk prestasi yang konsisten dalam beban kerja intensif-lebar jalur. Direka untuk beban kerja HPC seperti simulasi dan kejuruteraan, pendinginan cecairnya meningkatkan kecekapan terma dan keandalan sistem.
  • Capri 3: Platform pelayan awan berasaskan OCP yang menawarkan kemodularan dan pengembangan fleksibel, diintegrasikan dengan penyesuai rangkaian Broadcom N1400GD untuk sambungan yang stabil dan berkelajuan tinggi. Amat sesuai untuk virtualisasi awan, storan tertakrif perisian dan seni bina tasik data, ia menyediakan kebolehskalaan yang tangkas untuk pasang atur pusat data moden.

Pemprosesan & Storan Data Perusahaan | Prestasi Andal dan Pengembangan Fleksibel untuk Aplikasi Intensif-Data

  • R1520G6: Pelayan perusahaan 1U yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Xeon® 6700P, dilengkapi dengan Micron DDR5 DRAM dan SSD Micron 6550 ION NVMe. Dioptimumkan untuk beban kerja baca/tulis intensif-ingatan dan berterusan, ia memberikan prestasi tinggi dan keandalan untuk persekitaran perusahaan yang mendesak.
  • R2520G6: Pelayan dwipemproses 2U yang menyokong sehingga 24 SSD NVMe U.2, membawakan pemacu Solidigm D7-PS1010 PCIe 5.0 untuk kestabilan prestasi jangka panjang. Direka untuk storan data, analisis data raya dan prapemprosesan data AI, ia membolehkan perusahaan menukar data set besar kepada cerapan masa nyata bagi membuat keputusan yang lebih bijak.

Sebagai tambahan kepada penyelesaian tahap rak penuh dan demonstrasi langsung, MiTAC Computing akan menganjurkan dua Sesi Eksekutif pada 14 Oktober bagi meneroka masa depan kluster AI dan evolusi seni bina pusat data yang mampan.

MiTAC Computing dengan tulus ikhlas mengundang pemimpin dan rakan kongsi industri untuk mengunjungi Reruai C14 bagi merasai pengalaman penyelesaian pelayan dan kluster terkininya secara langsung dan menyertai syarikat dalam menerokai perjalanan inovatif "From Server to Cluster."

Untuk katalog produk dan maklumat lanjut, sila kunjungi:
Laman Penambat Sidang Kemuncak Global OCP 2025 MiTAC Computing
Laman web MiTAC Computing Technology Corporation : https://www.mitaccomputing.com/
Brosur Intel Platform
Brosur AMD Platform

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Trade show news Artificial Intelligence