RIYADH, Arab Saudi, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Solar & Storage Live KSA 2025, Gotion High-Tech(SHE:002074) memperkenalkan buat julung kalinya di peringkat global dua inovasi yang penting: Penyelesaian Karbon-Sifar Semua-Senario dan GOTION GRID Q 20MWh BESS. Direka untuk aplikasi karbon sifar boleh skala dan boleh direplikasikan, inovasi ini menonjolkan komitmen Gotion untuk menyampaikan penyelesaian tenaga hijau bersepadu kepada Timur Tengah dan seterusnya memajukan Visi Saudi 2030. Gotion turut mempamerkan produk storan baharu, termasuk sistem komersial dan industri GOTION EDGE X.
Penyelesaian Karbon-Sifar Semua-Senario daripada Gotion menyasarkan peralihan Arab Saudi "daripada penggunaan senario tunggal kepada aplikasi skala bandar masa depan," termasuk Taman Karbon-sifar, Industri Berat, Pengangkutan, Kediaman, Pelancongan Budaya dan juga Kilang. Berdasarkan dua tonggak, penyelesaian ini dapat mencapai pengurangan karbon, peningkatan kecekapan dan pengoptimuman kos. Dikuasakan oleh Digital Energy Platform—"otak pintar" dalam sistem ini—Penyelesaian ini menghubungkan penjanaan, penggunaan dan pengurusan tenaga yang mengupayakan penyahkarbonan tersuai merentas pelbagai senario. Platform ini turut menyokong perkhidmatan nilai tambah seperti perdagangan elektrik, pengehosan operasi dan pengurusan karbon, sekali gus menawarkan kawalan hujung-ke-hujung, memastikan jangka hayat yang panjang, keselamatan yang tinggi serta operasi kecekapan tinggi.
GOTION GRID Q 20MWh BESS berfungsi sebagai produk andalan dwienjin daripada syarikat ini untuk storan berskala besar. Reka bentuk modularnya memberikan empat kali ganda kapasiti sistem 5MWj tradisional, mengurangkan kos sebanyak 20% dan masa penggunaan sebanyak 50%. Sistem pendinginan udara-cecair hibrid pula dapat meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 20%, lalu mencapai sistem fotovolta padanan jangka hayat selama 25 tahun. Disesuaikan untuk grid dan projek tenaga solar Timur Tengah, sistem ini menetapkan penanda aras baharu untuk storan tenaga ultra-besar yang memberikan ketumpatan tenaga 400 kWj/m2 dengan pelbagai pensijilan antarabangsa.
Disokong oleh amalan karbon sifar, Gotion terus memperluas jejak hijau globalnya. Beberapa kilang di China sudahpun mendapat pensijilan karbon sifar melalui sistem storan tenaga solar tambah tenaga (PV+ESS), pemulihan haba sisa dan logistik hijau. Kilang Xinzhan diiktiraf sebagai "Kilang Neutral-Karbon Model dalam Industri Bateri Litium". Kilang bahan anod karbon sifar di Mongolia Dalam dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga elektrik boleh baharu dengan loji solar 1GW yang akan mengurangkan 1.097 juta tan CO2 setara setiap tahun, lalu membuktikan kilang sifar karbon merupakan suatu realiti yang boleh dicapai.
Sebagaimana yang diiktiraf oleh Bloomberg NEF (BNEF) dan S&P Global sebagai peneraju tenaga bersih Tahap1, Gotion High-Tech berusaha bukan sahaja untuk menjadi penyedia bagi penyelesaian hijau yang inovatif, tetapi juga sebagai rakan kongsi strategik dalam peralihan tenaga Timur Tengah.