![]() |
- Inverter Dehumidifier 23L mendapat pujian atas reka bentuk kompak dan perincian berpusatkan pengguna di Good Design Awards 2025
- Pencapaian yang terkini ini menyaksikan Coway mencapai pengiktirafan dalam keempat-empat anugerah reka bentuk global utama pada tahun 2025, menekankan daya saing reka bentuk bertaraf dunia syarikat ini
SEOUL, Korea Selatan, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company", hari ini dengan bangganya mengumumkan bahawa ia dinobatkan sebagai "Pemenang" di Good Design Awards 2025.
Dihoskan oleh Japan Institute of Design Promotion (JDP), Good Design Awards ialah salah satu pertandingan reka bentuk antarabangsa yang paling berprestij dan diiktiraf di samping Germany iF Design Award dan Red Dot Awards serta IDEA Design Awards A.S. sebagai salah satu daripada empat anugerah reka bentuk yang utama di dunia. Menerusi pengiktirafan yang terkini ini, kini Coway mencapai pengiktirafan daripada keempat-empat anugerah reka bentuk global ini pada tahun 2025 yang menjadi bukti inovasi reka bentuk dan daya saing syarikat ini.
Inverter Dehumidifier 23L Coway yang memenangi anugerah ini memberikan fungsi penyahlembapan yang hebat biarpun dengan saiznya yang kompak, selain memberikan prestasi sehingga 23 liter sehari. Berupaya mencapai tahap kelembapan optimum dalam masa hanya 30 minit, iaitu tiga kali lebih pantas berbanding model terdahulu daripada syarikat ini, Inverter Dehumidifier 23L juga dapat mengurangkan keperluan untuk kerap mengosongkan tangki dengan adanya tangki air 6.1-liter yang besar.
Bersempena Good Design Awards pada tahun ini, Inverter Dehumidifier 23L diiktiraf atas reka bentuknya yang rapi dan minimalis yang diserlahkan oleh garis tengah yang menonjol dan ton warna putih kuning lembut serta kuning air yang membolehkannya berpadu lancar dalam mana-mana ruang keluarga.
Selain panel kawalan dibesarkan yang membawakan antara muka intuitif, Inverter Dehumidifier 23L menyertakan fungsian tambahan yang direka untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Bermula daripada tangki air sisi boleh tanggal sebelah tangan dan roda berputar 360° hinggalah pemegang tersembunyi dan ruang simpan kord terbina dalam, setiap perincian berfungsi untuk meningkatkan kebolehgunaan setiap hari.
Di samping Inverter Dehumidifier 23L, subsidiari Coway yang berpangkalan di A.S., NECOA turut diiktiraf di Good Design Awards pada tahun ini bagi siri Smart Water Purifier. Reka bentuk minimalis siri ini yang mengandungi teknologi termaju tanda dagangan syarikat ini, mendapat pujian tinggi lantaran keupayaannya menghapuskan gangguan visual dan berharmoni dengan ruang dalaman moden.
Jin Sang Hwang, Ketua Design Lab Coway, berkata, "Di Coway, kami mengusahakan reka bentuk yang bukan sahaja memberikan kepuasan estetik, tetapi juga dapat meningkatkan kemudahan pengguna saban hari. Melangkah ke hadapan, kami akan terus menyampaikan reka bentuk inovatif yang membawakan pengalaman baharu kepada kehidupan harian pelanggan kami."
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. BEREX, jenama syarikat bagi tidur dan kesejahteraan, bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Pada tahun 2025, syarikat melancarkan Coway Life Solution, platform penjagaan warga tua premium yang menawarkan penyelesaian penjagaan diperibadikan yang disesuaikan untuk peringkat hidup yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.