![]() |
BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dalam curahan rasa penuh empati yang tulus dan semangat kemasyarakatan, seramai 15 orang sukarelawan daripada Vantage Foundation meluangkan masa selama sehari di Laws for Paws Vietnam, iaitu sebuah pertubuhan bukan untung tempatan yang dikhususkan untuk menyelamatkan dan memulihkan anjing yang terbiar serta didera.
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada misi Vantage Foundation yang lebih luas untuk mencetuskan impak sosial yang positif melalui kerja-kerja sukarela yang bermakna dan praktikal. Sepanjang hari, sukarelawan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti, bermula dengan membawa anjing berjalan-jalan dan memandikan anjing hinggalah membantu dalam hal penjagaan am bagi memastikan setiap anjing menerima bukan sahaja perhatian fizikal tetapi juga hubungan emosi yang sangat penting untuk pemulihannya.
"Kerja-kerja ini merupakan lebih daripada sekadar aktiviti sukarela; ia merupakan pengalaman yang dapat memupuk sifat rendah diri yang mengingatkan kami tentang kuasa belas ihsan," kata Adam, Pengarah Jualan Vantage Markets. "Ramai di antara kami dapat menjalin ikatan yang tulus dengan anjing-anjing itu dan menyaksikan sendiri bagaimana tindakan kebaikan yang kecil boleh membawa perubahan yang besar dalam perjalanan penyembuhan anjing-anjing tersebut."

Adam, Sales Director of Vantage Markets, create positive social impact through meaningful, hands-on volunteer work
Hari tersebut dipenuhi dengan kemesraan, gelak ketawa dan kasih sayang yang turut sama dikongsi apabila sukarelawan berinteraksi rapat dengan haiwan berkenaan yang kebanyakannya mengalami pengabaian atau penderaan sebelum diselamatkan. Pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada pasukan Vantage, lalu mengukuhkan kepercayaan yayasan ini bahawa keprihatinan dan juga kebaikan haruslah melangkaui komuniti manusia dan melibatkan semua makhluk hidup yang memerlukannya.
Laws for Paws Vietnam terus memainkan peranan penting dalam hal kebajikan haiwan, menyediakan penjagaan perubatan, rehabilitasi dan laluan selamat bagi tujuan adopsi kepada anjing-anjing yang diselamatkan. Vantage Foundation berbangga dapat menyokong misi mereka dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan inisiatif kemasyarakatan yang didorong oleh rasa belas ihsan.
"Melalui perkongsian seperti ini, kami diingatkan bahawa mencetuskan impak tidak selalunya memerlukan program berskala besar, ia boleh bermula dengan rasa empati dan kesediaan untuk meluangkan masa kita," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Setiap usaha oleh sukarelawan merupakan satu langkah menuju dunia yang lebih baik dan lebih inklusif."
Vantage Foundation
Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation
Foundation Laureus Sport for Good
Laureus memanfaatkan kuasa sukan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak dan anak muda daripada komuniti yang paling rentan serta membantu mereka mengatasi keganasan, diskriminasi dan kekurangan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.laureus.com dan laureus.es