![]() |
- Menyasarkan pelancaran HDD kelas-40TB generasi akan datang pada tahun 2027 -
TAIPEI, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Toshiba Electronic Components Taiwan Corporation (Toshiba) merupakan yang pertama[1] dalam industri storan yang mengesahkan teknologi tindan 12-cakera untuk pemacu cakera keras (HDD) berkapasiti tinggi. Dengan menggabungkan pencapaian ini dengan teknologi Rakaman Magnet Berbantu-Mikrogelombang (MAMR), syarikat ini menyasarkan untuk memperkenalkan HDD kelas-40TB[2] 3.5-inci[3] untuk pusat data ke pasaran pada tahun 2027.
Teknologi tindan revolusioner ini memanfaatkan teknologi reka bentuk dan analisis termaju yang diusahakan oleh Toshiba bagi membangunkan produk nipis dan padat, serta menambah dua cakera pada trek cakera 10-cakera, 3.5-inci standard yang digunakan oleh syarikat ini dalam HDD hampir dalam talian (nearline). Kemajuan utama melibatkan pembangunan bahagian khusus yang baharu dalam tindanan dan penggantian medium substrat aluminium semasa dengan substrat kaca yang menawarkan ketahanan yang lebih baik dan membolehkan terhasilnya reka bentuk yang lebih nipis. Kemajuan ini memberikan kestabilan mekanikal yang lebih baik dan ketepatan dalam-satah, ketumpatan yang lebih tinggi dan juga keandalan yang lebih tinggi.
Penjanaan dan storan data terus meledak apabila perkhidmatan awan berkembang, perkhidmatan video penstriman menjadi semakin popular sementara AI generatif serta sains data menikmati pertumbuhan yang pesat. Menyedari terdapatnya keperluan untuk meningkatkan kapasiti storan, Toshiba turut meneliti penggunaan teknologi tindan 12-cakera dengan Rakaman Magnet Berbantu Haba (HAMR) generasi akan datang. Matlamatnya ialah penyelesaian HDD berkapasiti lebih tinggi yang seiring dengan permintaan storan yang semakin meningkat daripada pusat data sekali gus merealisasikan jumlah kos pemilikan (TCO) yang lebih rendah untuk pelanggan.
Teknologi tindan 12-cakera baharu daripada Toshiba akan dipaparkan di Simposium IDEMA pada 17 Oktober 2025 di Kawasaki, Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web IDEMA:
https://www.idema.gr.jp/forumseminar/Symposium/2025/OctoberSymposium2025.pdf
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan penuh produk storan HDD daripada Toshiba, sila kunjungi:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products.html
Untuk menerima maklumat lanjut mengenai penyelesaian storan kami, sila ikuti @ToshibaStorage.Asia di Instagram.
[1] Penyelidikan Toshiba, setakat 14 Oktober 2025
[2] Definisi kapasiti: Satu terabait (TB) = satu trilion bait, tetapi kapasiti storan yang tersedia sebenarnya mungkin berbeza-beza, bergantung pada persekitaran pengendalian dan pemformatan. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh daripada pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/atau aplikasi perisian yang diprapasang, atau kandungan media. Kapasiti berformat sebenar mungkin berbeza-beza.
[3] "3.5-inci" bermaksud faktor bentuk HDD. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang disebut di sini mungkin tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, ialah maklumat terkini dan dipercayai tepat pada tarikh pengumuman ini, tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Latar Belakang Toshiba Electronic Components Taiwan Corporation (TET)
Toshiba Electronic Components Taiwan Corporation bertanggungjawab bagi penjualan dan promosi pemasaran serta sokongan pemacu cakera keras Toshiba dan HDD Luaran di Taiwan, China dan negara-negara Asia Tenggara. TET ialah rakan kongsi terbaik kepada pelayan Perusahaan, storan serta komputer buku nota dan misinya adalah untuk menawarkan perkhidmatan dan produk terbaik yang merangkum kualiti tertinggi serta teknologi yang paling canggih. Untuk maklumat lanjut:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products.html
Latar Belakang Toshiba Electronics Asia (Singapore)
Toshiba Electronics Asia (Singapore) ("TEA") berada di bawah Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, subsidiari Toshiba Corporation. TEA ditubuhkan pada tahun 1990 dan bertanggungjawab bagi penjualan, pemasaran dan perkhidmatan untuk penyelesaian storan Toshiba di Asia Pasifik, termasuk Pemacu Keras Luaran Mudah Alih Canvio dan Pemacu Keras Dalaman. TEA ialah rakan kongsi terbaik kepada pengguna serta perusahaan dan misinya adalah untuk menawarkan perkhidmatan dan produk terbaik yang merangkum kualiti tertinggi dan teknologi termaju. Kunjungi kami di:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/storage.html