omniture

HYXiPOWER Tuai Hasil Hijau dengan Penampilan Sulung Barisan Produk Penuh di IGEM 2025 Malaysia

HYXiPOWER
2025-10-15 16:34 50

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- HYXiPOWER, penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga boleh baharu pintar, memperkenalkan pada hari ini portfolio lengkap produk solar dan storan buat julung kalinya di Malaysia bertempat di Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2025 (IGEM 2025).

HYXiPOWER at IGEM 2025, Malaysia.
HYXiPOWER at IGEM 2025, Malaysia.

Memacu Momentum Hijau di Malaysia

Dengan warisan menjalani kehidupan yang seimbang bersama alam semula jadi, ketika ini Malaysia mempercepat peralihannya menuju tenaga bersih. Negara ini menyasarkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 31% menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, dengan kuasa solar menjadi pemacu utama yang disokong oleh waktu cahaya siang yang banyak.

Menjelang tahun 2024, kapasiti solar sudahpun melepasi 2.3 GW. Disokong oleh inisiatif-inisiatif kerajaan yang mantap, pasaran ini terus berkembang merentas sektor kediaman, komersial & industri (C&I) serta utiliti.

Sebagai acara teknologi hijau Asia Tenggara yang terkemuka, IGEM menyediakan platform yang ideal untuk penampilan sulung HYXiPOWER di Malaysia bagi menghubungkan penginovasi global dengan industri solar yang berkembang pesat di negara ini.

Penyelesaian Lengkap untuk Setiap Keperluan: Selamat Ringkas Pintar oleh Reka Bentuk

Di IGEM, HYXiPOWER mempersembahkan rangkaian penyelesaiannya yang komprehensif setakat ini bagi membantu pengguna menuai hasil hijau dengan selamat, ringkas pintar—dalam senario skala kediaman, C&I dan utiliti.

Barisan penyelesaian ini mencakupi setiap aplikasi: penyongsang rentetan daripada 3kW hingga 350kW, Air Cooling ESS 215kW, longgokan PV dan ESS kediaman yang membawakan ESS Semua-dalam-Satu, siri mikropenyongsang dan Container ESS 5MWj yang direka untuk projek-projek berskala besar. Kesemua produk dibina berasaskan tiga tonggak teras:

  • Penuaian selamat mengikut reka bentuk: Barisan pembuatan standard gred automotif, sel gred A+, BMS canggih, pengesanan asap dan injap kalis letupan memastikan keselamatan sistem.
  • Penuaian mudah diamalkan: Reka bentuk pasang-dan-pakai mengurangkan masa dan kerumitan pemasangan.
  • Penuaian pintar sedang beroperasi: HYXiPOWER Smart Energy Platform menawarkan persediaan aplikasi tiga langkah yang mudah, antara muka berasaskan senario dan pembantu AI yang mengupayakan pertanyaan, analisis dan kawalan satu arahan dengan cerapan yang kian berkembang.

Mempamerkan Inovasi, Berkongsi Tuaian Di Peringkat Global

IGEM 2025 turut membawakan ceramah teknikal luar negara pertama oleh HYXiPOWER yang mempamerkan lakuran AI berbilang dimensi yang memacu penyelesaian hijau generasi akan datang dan memupuk dialog bersama pakar tenaga bersih global.

"Industri solar Malaysia sedang memasuki fasa yang amat penting, didorong oleh insentif kerajaan yang kukuh serta permintaan yang kian meningkat," kata David Shen, Pengurus Besar bagi HYXiPOWER Overseas Business Centre. "Dengan memperkenalkan barisan produk penuh kami di sini buat kali pertama, kami komited bukan sahaja untuk memperkasakan rakan kongsi tempatan dengan penyelesaian yang andal dan pintar yang dapat memenuhi keperluan tenaga yang pelbagai tetapi juga memajukan matlamat tenaga boleh baharu negara ini."

 

 

Source: HYXiPOWER
Keywords: Oil/Energy Utilities