omniture

Mengubah Telefon Pintar kepada Monitor Profesional: Hollyland Lancar Vcore untuk Penciptaan Ringan

Hollyland
2025-10-15 21:00 8

SHENZHEN, China, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Hollyland melancarkan Vcore secara rasminya, iaitu sistem penghantaran video tanpa wayar rintis yang merevolusikan pengalaman penggambaran "ringan". Direka bagi tujuan kesenangan dan kemudahalihan, Vcore membolehkan pengguna mengubah telefon pintar mereka menjadi monitor kamera sekali gus memberikan fungsi penghantaran video tanpa wayar yang lancar dan pelbagai ciri perisian termaju.

Transforming Smartphones into Professional Monitors: Hollyland Launches Vcore for Lightweight Creation
Transforming Smartphones into Professional Monitors: Hollyland Launches Vcore for Lightweight Creation

"Dengan menyasarkan pengguna aras permulaan dan juga pencipta separa profesional, Vcore mencapai lonjakan yang transformatif dalam bidang penceritaan digital," kata Dave Liu, Ketua Pegawai Teknologi Pusat Pengurusan R&D Hollyland. "Dengan mengintegrasikan secara lancar ciri pemantauan profesional, penghantaran tanpa wayar dan perisian pintar ke dalam ekosistem yang dikuasakan oleh telefon pintar, kami bukan sahaja memudahkan aliran kerja; kami dapat memperkasakan pencipta untuk melihat segala-galanya dan mencipta karya di mana-mana sahaja."

Membawakan reka bentuk semua-dalam-satu, Vcore memudahkan pemantauan profesional. Dengan menyambungkan kamera melalui HDMI dan telefon pintar melalui USB-C, pengguna boleh mengakses HollyView App bagi tujuan pemantauan video 4K masa nyata pada 30 bingkai sesaat. Ciri ini memastikan pencipta dapat mengawasi syot mereka dengan tepat dan juga mudah. Serasi dengan sistem Android dan juga iOS, Vcore diintegrasikan secara lancar dengan penerima siri Pyro dan menawarkan pilihan pemantauan berbilang peranti yang mantap. Sistem ini menyokong konfigurasi 1-pemancar-ke-4-penerima, menghantar isyarat melalui frekuensi 5 GHz, memberikan jarak sehingga 350 kaki (100 meter) dan mengekalkan kependaman ultra-rendah kira-kira 65 ms.

Selain pemantauan, Vcore turut mengoptimumkan aliran kerja keseluruhan bermula daripada penggambaran hinggalah penyuntingan dan penghantaran. Pengguna boleh merakam dalam 1080p yang menakjubkan pada 60 fps menggunakan kodek H.264, lalu menjadikannya amat sesuai untuk pascapenerbitan yang cekap. Vcore mengesan kadar bingkai dan kod waktu kamera secara automatik, mengupayakan pemautan fail proksi yang lancar dalam perisian penyuntingan seperti Premiere Pro dan DaVinci Resolve. Dengan fail proksi yang direkodkan dalam format MP4 dan kod waktu terbenam yang disimpan pada kad SD dalaman, pengguna mendapat manfaat daripada pilihan sandaran yang andal.

Di samping itu, peranti mudah alih yang dihubungkan boleh memulakan rakaman segerak secara automatik dalam format MP4 melalui aplikasi HollyView, lantas memudahkan perkongsian sosial segera dan penyuntingan pantas—yang amat sesuai untuk penggambaran gerak pantas. Bagi pemindahan imej resolusi tinggi, Vcore disambungkan ke kamera melalui USB untuk menangkap fail imej yang tidak dimampatkan seperti RAW atau JPEG yang dihantar secara tanpa wayar pada masa nyata ke peranti mudah alih melalui aplikasi HollyView dan juga ke macOS melalui pemalam Capture One.

Aplikasi HollyView meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan membolehkan penamaan dan penandaan klip pada masa nyata dibuat semasa merakam di set penggambaran. Apa yang penting, rakaman mudah alih dan pemancar berkongsi awalan nama fail asal yang sama yang boleh disesuaikan untuk dipadankan dengan fail kamera sumber. Dengan Vcore yang menyokong rakaman sehingga 1080p pada 60 fps, pengguna boleh mengimport rakaman dengan mudah ke dalam perisian penyuntingan mudah alih bagi penyusunan pintar. Semak rakaman dengan perbandingan skrin pisah, tandakan rakaman kegemaran serta-merta dan biarkan sistem mengisih klip secara automatik ke dalam folder yang dikategorikan bagi membolehkan pencipta tidak meluangkan banyak masa mencari, sebaliknya menumpukan lebih banyak masa berinovasi.

Selain ciri-ciri ini, Vcore juga menonjol dengan matriks ciri uniknya, termasuk kawalan kamera jarak jauh, keupayaan penstriman langsung dan algoritma penguncian kroma masa nyata bagi kesan skrin hijau. Fungsi-fungsi yang dibezakan ini memperkasakan pengguna untuk meningkatkan proses penciptaan kandungan mereka dan meneroka potensi kreatif yang baharu.

Menerusi pelancaran Vcore, Hollyland membawakan perspektif yang baharu kepada penciptaan ringan. Idea teras "Your Phone. Your Monitor" ("Telefon Anda. Monitor Anda") menegaskan cita-cita jenama ini yang konsisten untuk memacu inovasi dan mentakrifkan semula alatan produktiviti dalam era mudah alih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vcore, sila kunjungi https://www.hollyland.com/product/vcore

Source: Hollyland
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Wireless Communications MultiVu Video New products/services