omniture

UST Umum Pemenang Global D3CODE 2025 Hackathon dan Raikan Inovator Menjelang Persidangan Teknologi D3 Tahunan

UST
2025-10-15 21:47 4

Penyertaan yang berjaya menerima hadiah wang tunai, pengiktirafan serta tawaran kerja bersyarat daripada UST

PULAU PINANG, Malaysia, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- UST, syarikat terkemuka dalam penyelesaian AI dan transformasi teknologi, telah mengumumkan pemenang D3CODE 2025, edisi kelima hackathon global syarikat tersebut. Edisi D3CODE kali ini, yang menarik penyertaan dari India, Amerika Syarikat, United Kingdom, Mexico dan Malaysia, merupakan yang terbesar setakat ini menghimpunkan lebih 6,600 pasukan dan 25,000 individu dari lebih 2,900 kolej dan universiti di seluruh dunia. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian telah bekerjasama menghasilkan 2,600 idea inovatif, dengan pemenang dipilih bagi setiap negara, manakala seorang pemenang global diumumkan daripada kalangan mereka.

"D3CODE ialah platform untuk pencipta masa depan mengubah teknologi termaju menjadi penyelesaian dunia sebenar. Apabila data, GenAI dan teknologi masa hadapan terus membentuk semula industri serta masyarakat dengan pantas, kami mencabar para pelajar untuk melangkaui sekadar prototaip bagi membangunkan penyelesaian yang mampu memberikan impak nyata, dengan cara yang bertanggungjawab, selamat dan berskala besar. Kami teruja untuk membimbing para inovator ini, menghubungkan mereka dengan komuniti global, dan menyaksikan hasil terbaik daripada projek inovatif mereka," kata Niranjan Ramsunder, Ketua Pegawai Teknologi UST.

Pemenang di setiap rantau ialah:

Pemenang Serantau

Nama pasukan

Ahli Pasukan

Malaysia

Databaes

•  Jun Quan Chin

•  Yong Jiang Woon

India

Pulimada

•  Ashwin Pavithran

•  Linto Jomon

•  Elston Savio

•  Aharon Mathews

Dari College of Engineering, Trivandrum

United Kingdom

safeWalk AI

•  Chris Kakoulis

•  Nathaniel Fisher

•  Sviat latyk

•  Marios Vovides

Mexico

Pasukan JACA

•  Andres Martinez Almazan

•  Josue Tapia

•  Emilio Martinez

•  Diego Arechiga

Amerika Syarikat

Neural Navigators

•  Nagur Shareef Shaik (Georgia State University)

•  Vandna Rajpal (Stevens Institute of Technology (SIT), New Jersey)

Pemenang dari setiap wilayah telah dijemput untuk membuat pembentangan di hadapan Juri Besar pertandingan, yang kemudiannya memilih pasukan Neural Navigators dari Amerika Syarikat sebagai pemenang global menerusi penyertaan mereka bertajuk PRISM: Predictive & Reporting Insights with Science & Models (PRISM). Pasukan Neural Navigators akan membentangkan penyelesaian kemenangan mereka pada Persidangan D3 anjuran UST yang bakal berlangsung pada 16 Oktober di Thiruvananthapuram, India. Pasukan pemenang peringkat global akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 10,000, manakala pemenang peringkat serantau turut akan menerima ganjaran wang tunai. Pasukan pemenang bagi hackathon di India akan menerima hadiah wang tunai sebanyak INR 3,00,000; pasukan naib juara pertama akan menerima INR 2,00,000; manakala pasukan naib juara kedua akan menerima INR 1,00,000. Ahli-ahli daripada pasukan terbaik di India akan berpeluang menerima tawaran pekerjaan (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk menyertai UST India.

Menyambut tahun kesepuluh penganjurannya, D3 merupakan perhimpunan global untuk warga UST yang berfungsi sebagai platform inovasi dan kolaborasi, serta medan untuk mengetengahkan idea-idea berimpak tinggi dan berteknologi terkini. Tahun ini D3 akan menampilkan ekspo teknologi, pameran pelanggan, cabaran pengaturcaraan dan hackathon di seluruh dunia. Para peserta di D3 akan berpeluang untuk bersaing dan berkolaborasi dengan individu paling cemerlang dalam industri, bertukar idea bersama pemimpin teknologi, serta meneroka cara untuk menskalakan penyelesaian, mengoptimumkan operasi, dan memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan. Dengan tumpuan terhadap inovasi berani yang melangkaui batas dan memberi impak sosial yang bermakna, D3 mencerminkan nilai serta aspirasi UST.

Pada persidangan tahun ini, Krishna Sudheendra, Ketua Pegawai Eksekutif UST, akan membawa para hadirin menelusuri visi berani syarikat dalam meneroka masa depan di mana data, kecerdasan buatan dan teknologi kuantum bergabung untuk memacu penemuan, pembaharuan serta memberi impak mendalam kepada pelanggan. Ucapan utama beliau akan membincangkan cara Agentic AI, pengkomputeran kuantum dan ekosistem data pintar membuka peluang baharu serta mempercepatkan transformasi merentas pelbagai industri.

"Sejak tahun 2016, D3 telah menjadi persidangan teknologi global utama UST. Tahun ini, para hadirin akan berpeluang meneroka pelbagai penemuan dan inovasi terkini serta memperoleh pandangan berharga daripada barisan pemimpin industri terkemuka. Acara yang dinanti-nantikan ini menghimpunkan bakat UST dari seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan hubungan penting dan memudahkan kolaborasi dalam kalangan tenaga kerja global kami," kata Manu Gopinath, Presiden UST.

Selain daripada Krishna Sudheendra, penceramah lain yang dijadualkan muncul di D3 tahun ini termasuk: Niranjan Ram, Ketua Pegawai Teknologi (CTO); Greg Williams, Ketua Pengarang, WIRED; Burgess Cooper, Ketua Pegawai Eksekutif – Keselamatan Siber, Adani Enterprises Limited; Shivani Arni, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) Kumpulan Mahindra; Tony Velleca, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberProof; Dahnesh Dilkhush, Ketua Pegawai Teknologi, Microsoft India dan Asia Selatan; Abhinav Aggarwal, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Fluid AI; serta Kailash Attal, Ketua Pegawai Penyelesaian, UST.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.d3.ust.com/

Maklumat Tentang UST

Sejak tahun 1999, UST telah bekerjasama rapat dengan banyak syarikat terbaik dunia untuk memberikan impak berkuasa melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, dipacu oleh AI, diinspirasikan oleh individu dan diterajui oleh tujuan kami, bekerjasama dengan pelanggan kami daripada reka bentuk sehingga operasi. Penyelesaian digital yang dipacu oleh AI kami, platform proprietari, kejuruteraan, R&D, produk dan ekosistem inovasi kami mengubah cabaran teras menjadi penyelesaian yang memberikan impak dan mengganggu. Bersama pengetahuan industri yang mendalam dan minda sedia masa depan, kami menerapkan kepakaran, inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami dengan menyampaikan nilai yang boleh diukur dan perubahan positif yang berkekalan untuk organisasi tersebut, pelanggan masing-masing dan komuniti di seluruh dunia. Bersama-sama, dengan 30,000+ pekerja di 30+ negara, kami membina untuk impak yang tidak terbatas, menyentuh berbilion nyawa dalam proses ini. Lawati kami di www.UST.com 

Hubungan Media, UST:

Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857
+91-7899045194 (India)

Merrick Laravea
+1 (949) 416-6212

Neha Misri
+44-7341787926

Roshni Das K
+91 7736795557
media.relations@ust.com

Hubungan Media, Amerika Syarikat

S&C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com

Makovsky
ust@makovsky.com

Hubungan Media, India:

ust@adfactorspr.com 

Hubungan Media, United Kingdom:

FTI Consulting
UST@fticonsulting.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/5348838/UST_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards Trade show news