omniture

James Chen Huawei: Rebut Peluang Ganda Tiga Menuju AI UBB dan Inspirasikan Pertumbuhan Perniagaan Baharu

Huawei
2025-10-15 22:05 30

PARIS, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF) 2025 kali ke-11, James Chen, Presiden Carrier Business Huawei, berkongsi beberapa amalan terbaik baharu yang dibangunkan oleh syarikat ini bersama pengendali yang memacu pertumbuhan dengan ultra-jalur lebar (UBB) dikuasakan AI. Dalam ucaptamanya, "Triple Leaps to AI UBB: Inspiring New Business Growth" ("Rebut Peluang Ganda Tiga Menuju AI UBB: Inspirasikan Pertumbuhan Perniagaan Baharu"), Chen berkata pengendali mengambil peluang dalam aspek kedalaman, keluasan dan ketinggian bagi mencipta pertumbuhan baharu dalam era AI UBB.

James Chen, President of Huawei Carrier Business, delivering a keynote speech
James Chen, President of Huawei Carrier Business, delivering a keynote speech

"Inovasi melonjak memacu kejayaan perniagaan yang hebat," katanya. "Pengendali boleh merebut peluang yang besar ini bagi mencipta pertumbuhan baharu dengan memperdalam keupayaan jaminan pengalaman, meluaskan sempadan perniagaan bagi merangkumkan perkhidmatan digital dan pintar serta bersaing di peringkat yang lebih tinggi dengan mempercepat kecerdasan rangkaian." Berdasarkan amalan pengendali dalam sektor-sektor yang berbeza, Chen mentafsirkan lonjakan ini dalam tiga dimensi inovasi: kedalaman, keluasan dan ketinggian.

Lonjakan dalam kedalaman: Memacu anjakan paradigma daripada pengewangan berpusatkan lebar jalur kepada pengewangan berpusatkan pengalaman

Pembawa menggabungkan keupayaan AI dengan rangkaian bagi mengesan dengan tepat di mana perlunya peningkatan pengalaman aplikasi dan memastikan secara proaktif pengalaman aplikasi yang penting seperti permainan awan AI dan penstriman langsung 4K, seterusnya mencapai lonjakan daripada pengewangan pengalaman peringkat pengguna kepada pengewangan pengalaman peringkat aplikasi.

Satu contoh bagaimana model pengewangan baharu ini membantu pengendali ialah pengendali yang terkemuka dari Thailand yang menggunakan penyelesaian AI WAN Huawei untuk membangunkan keupayaan jaminan pengalaman peringkat aplikasi yang baharu. Ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman permainan yang lebih lancar dan dalam masa yang sama pengendali ini dapat meningkatkan purata hasil setiap pengguna (ARPU) secara drastik.

Lonjakan dalam keluasan: Menerobos sempadan perniagaan untuk merangkumkan kecerdasan digital dan perkhidmatan pengkomputeran

  • Dalam pasaran rangkaian rumah: Pengendali global secara kolektif mempunyai lebih 1 bilion get laluan rumah, yang memberi mereka kelebihan semula jadi dalam penaiktarafan daripada penyedia rangkaian rumah kepada penyedia perkhidmatan rumah pintar. Tahun ini, Huawei get laluan rumah baharu – AI Homehub. Satu pengendali melancarkan perkhidmatan rumah pintar menggunakan get laluan rumah ini dan meningkatkan ARPU perkhidmatan rumah sebanyak 60%.
  • Dalam pasaran PKS: Pengendali boleh menggunakan penyelesaian gentian ke pejabat (FTTO) untuk membina platform pengurusan bersatu dan menyediakan PKS dengan perkhidmatan digital dan pintar standard seperti perkhidmatan video dan IoT, bagi membantu perusahaan merealisasikan transformasi pintar. Huawei membangunkan satu siri penyelesaian FTTO. Tiga pembawa utama China sudahpun menggunakan penyelesaian seperti ini secara komersial dengan meluas untuk membangunkan lebih daripada 2 juta pengguna FTTO.
  • Dalam pasaran perusahaan bersaiz sederhana dan besar: Pengendali menggunakan penderiaan dan komunikasi bersepadu berasaskan Wi-Fi untuk membangunkan alatan baharu bagi mencapai pertumbuhan. Sebagai contoh, sesetengah pengendali menggunakan teknologi dalam senario seperti pengesanan jatuh bagi penjagaan warga emas dan pengurusan bilik mesyuarat pintar untuk perusahaan. Pengendali yang terkemuka dari UAE menggunakan AirEngine Wi-Fi 7 daripada Huawei untuk menyediakan tawaran Wi-Fi-sebagai-satu-Perkhidmatan yang dapat membantu perusahaan mengurangkan TCO sistem penderia bilik mesyuarat sebanyak 67%.
  • Dalam pasaran lautan biru perkhidmatan perusahaan AI: Semakin banyak perusahaan mengakses komput awan dan memerlukan pemprosesan data di premis yang memerlukan rangkaian yang dapat menyokong keupayaan baharu seperti penghantaran tak hilang, keanjalan dan keselamatan. Ini bererti adanya peluang perkhidmatan rangkaian-pengkomputeran untuk pengendali. Huawei bekerjasama dengan China Telecom Shanghai untuk membangunkan IP WAN pintar dengan keberkesanan penggunaan pengkomputeran tinggi (CUE). Rangkaian ini membolehkan pelanggan perusahaan meluaskan kapasiti komput dalam hanya beberapa minggu dengan kehilangan CUE kurang daripada 5%.

Lonjakan dalam ketinggian: Transformasi O&M rangkaian daripada operasi dipacu perintah kerja kepada operasi pintar

Pengendali boleh memacu autonomi rangkaian tahap 4 bagi rangkaian yang lebih pintar untuk beralih daripada operasi dipacu perintah kerja kepada operasi pintar.

Sebagai contoh, Huawei bekerjasama dengan MasOrange di Sepanyol untuk membina rangkaian IP autonomi tahap 4 yang pertama di Eropah. Dengan menggunakan iMaster NCE, pengendali berupaya mengurangkan waktu min pembaikan (MTTR) yang hasilnya dapat membantu meningkatkan kepuasan pengguna.

Chen mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa AI UBB baru sahaja bermula dan Huawei teruja untuk bekerjasama dengan pengendali dan rakan kongsi industri bagi mengusahakan inovasi secara berterusan. Syarikat ini bermatlamat untuk membantu pengendali berjaya dalam era AI melalui pengewangan pengalaman, keluk pertumbuhan kedua dan pengurangan OPEX.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Artificial Intelligence