omniture

Sambutan Ulang Tahun ke-50 Linglong Tire Berjaya Diadakan di Madrid

Shandong Linglong Tyre Co., Ltd.
2025-10-16 10:58 28

MADRID, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Sambutan Ulang Tahun ke-50 Linglong Tire telahpun diadakan dengan jayanya di Madrid. Lebih 200 pengedar dari serata dunia berhimpun di Madrid bagi menyaksikan detik yang penting ini.

Mr. Wang Feng in his celebratory speech
Mr. Wang Feng in his celebratory speech

Semasa berlangsungnya acara ini, semua tetamu diundang untuk melawat tempat penting bagi sukan bola sepak yang terkemuka di dunia –Santiago Bernabéu Stadium – bagi menonton perlawanan yang mendebarkan antara Real Madrid dan VillarrealT. Logo "Linglong 50 Years" menonjol di sisi dewan-dewan Bernabéu yang gemilang memandangkan legenda jenama yang berusia separuh abad ini menghargai keghairahan terhadap sukan bola sepak. Lebih mengujakan lagi ialah interaksi langsung bersama legenda Real Madrid Roberto Carlos yang merancakkan suasana hingga mencapai kemuncaknya.

Berkolaborasi dengan IP bertaraf dunia seperti Real Madrid merupakan suatu gambaran yang strategik berkenaan usaha berterusan oleh Linglong untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran bermutu tinggi Eropah dan global. Sejak tahun 2020, Linglong mencapai pembangunan global sebagai enjin terasnya. Setakat ini, produk-produk daripada syarikat ini meliputi 173 negara di seluruh dunia, dengan rangkaian jualan global melibatkan hampir 200,000 tempat jualan. Perniagaan luar negara membentuk separuh daripada portfolio perniagaan Linglong dan berperanan sebagai pemacu pertumbuhan yang amat penting demi mencapai "Matlamat Strategik 2030". Ia turut mendapat pengiktirafan daripada banyak OEM yang terkenal di peringkat antarabangsa dan berjaya menembusi sistem pembekalan bagi pembuat kereta arus perdana di Eropah dan Amerika, lantas mengesahkan pengaruh pasaran global "jenama Linglong."

Semasa majlis penyampaian anugerah, Linglong merakamkan penghormatan setinggi-tingginya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan pengedarnya yang telah mara bersama mereka selama bertahun-tahun. Mereka merupakan kuasa utama di sebalik pengembangan Linglong ke pasaran antarabangsa dan jambatan kukuh yang menghubungkan produk kepada pengguna.

Berada di titik permulaan bersejarah yang baharu ini, Linglong akan terus mendukung falsafah "Kerjasama dan Inovasi" dengan memanfaatkan enam kecekapan terasnya—"Kuasa Strategik, Kuasa Inovasi, Kuasa Produk, Kuasa Organisasi, Kuasa Pemasaran dan Kuasa Jenama"—untuk bersama-sama menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dengan menyatukan kilang, pengedar serta kedai. Seiring bersama melalui inovasi teknologi yang berterusan, kualiti produk yang cemerlang, dan sistem perkhidmatan yang cekap, mereka akan merebut peluang dan menghadapi cabaran dalam transformasi industri. Ketika ini, cahaya bintang yang menyinari Bernabéu tetap berkilauan, namun perjalanan Linglong Tire sudahpun menuju ke arah lautan bintang yang lebih luas. Ini bukanlah suatu sambutan terhadap peringkat akhir kejayaan, sebaliknya seruan yang lantang terhadap perjalanan yang baharu—dengan padang hijau sebagai saksi, semangat sebagai layar dan strategi sebagai dayung, Linglong akan belayar menuju 50 tahun yang gemilang! Sambutan Ulang Tahun ke-50 Linglong Tire, persinggahan seterusnya, jumpa anda di China.

Source: Shandong Linglong Tyre Co., Ltd.
Keywords: Auto Railroads and Intermodal Transportation Sporting Events Sports Transportation