omniture

CGTN: China terajui usaha global untuk pencapaian baharu dalam pembangunan wanita

CGTN
2025-10-16 10:57 5

BEIJING, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, China mengadakan Mesyuarat Pemimpin Global terhadap Wanita bagi menumpukan hak wanita dan pembangunan yang menyeluruh. CGTN menerbitkan sebuah artikel yang mengetengahkan pencapaian China dalam mendorong pembangunan wanita sejak persidangan Beijing 1995 yang penting dan meninjau bagaimana negara ini memajukan kerjasama global dalam aspek pembangunan wanita sebagai sebuah negara yang utama.

Memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 persidangan wanita Beijing yang penting yang menerima Deklarasi Beijing dan Platform Tindakan bersejarah, pada hari Isnin China telahpun mengadakan Mesyuarat Pemimpin Global terhadap Wanita bagi memajukan lagi pembangunan wanita global.

Dalam ucaptamanya, Presiden China Xi Jinping menekankan peranan penting oleh golongan wanita dalam memacu kemajuan sosial serta mencadangkan empat tindakan penting untuk masyarakat antarabangsa mengambil langkah konkrit terhadap kesamaan jantina, perlindungan hak wanita serta pembangunan yang menyeluruh.

Beliau menyeru semua negara agar mewujudkan persekitaran yang aman dan stabil demi pembangunan wanita dan memantapkan mekanisme antikeganasan, memupuk pemacu pertumbuhan yang baharu untuk memperkasakan wanita dan menambah baik sistem tadbir urus wanita global bagi meluaskan penyertaan wanita dalam bidang tadbir urus negara dan sosial.

Di samping itu, Xi menggesa kolaborasi global yang lebih mendalam berhubung pembangunan wanita, menyeru sokongan terhadap peranan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pewujudan platform untuk menggalakkan kerjasama wanita global.

China melakar kemajuan besar dalam pembangunan wanita

Mesyuarat pada hari Isnin berlangsung tatkala China terus mencipta kemajuan yang luar biasa dalam aspek pembangunan wanita.

Sejak tahun 2013, usaha pembasmian kemiskinan bersasar telahpun membebaskan berjuta-juta wanita daripada belenggu kemiskinan, dengan 690 juta wanita kini dapat menikmati taraf hidup yang sederhana makmur.

Hari ini, wanita menyumbang lebih separuh daripada kesemua pelajar pendidikan tinggi dan lebih 40 peratus daripada tenaga kerja. Wanita membentuk 45.8 peratus daripada komuniti saintifik China, lebih separuh daripada usahawan internet dan 42.3 peratus hakim di seluruh negara – lalu menggambarkan peluang yang semakin bertambah untuk wanita dalam bidang kepimpinan serta profesional.

Sementara itu, kesihatan dan kesejahteraan wanita turut bertambah baik dengan ketara. Purata jangka hayat wanita kini melebihi 80 tahun sementara kematian maternal menurun sebanyak 77 peratus antara tahun 1995 dan 2024. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf China sebagai negara berprestasi terbaik dalam aspek kesihatan ibu dan anak.

"Dalam perjalanan pemodenan Cina yang baharu, setiap wanita merupakan pelaksana yang penting," kata Xi di mesyuarat ini.

China menerajui usaha global untuk pembangunan wanita

Selain kemajuan domestiknya, China turut menjadi penggalak yang aktif bagi pembangunan wanita di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Sejak tahun 2015, China menyumbang sebanyak $20 juta kepada UN Women, menubuhkan secara bersama UNESCO Prize for Girls' and Women's Education serta melancarkan projek-projek yang memajukan pendidikan digital, penjagaan kesihatan dan kemahiran vokasional untuk kanak-kanak perempuan di Afrika. Hadiah UNESCO sahaja telahpun menyokong 18 organisasi di 18 negara yang memperkasakan beribu-ribu kanak-kanak perempuan untuk mengejar impian mereka.

Melalui lebih daripada 100 program kesihatan ibu dan anak, 100 inisiatif "Happy School" dan pelbagai projek dalam sektor perumahan, infrastruktur dan latihan, China membantu menambah baik keadaan hidup dan pendidikan wanita di seluruh Selatan Global.

Dengan memanfaatkan Global Development and South-South Cooperation Fund (GDF), China turut melaksanakan projek-projek berfokuskan wanita yang bernilai $40 juta di lebih 20 negara. Dalam aspek latihan dan pembinaan kapasiti sahaja, ia memperkasakan lebih 200,000 wanita dari 180 negara dan menubuhkan Global Exchange and Cooperation Center for Digital Empowerment of Women bagi meluaskan capaian peluang untuk golongan wanita di serata dunia.

Bertempat di mesyuarat pada hari Isnin, Xi mengumumkan komitmen yang selanjutnya terhadap pembangunan wanita dalam tempoh lima tahun akan datang: China akan menyediakan dana sebanyak $10 juta kepada UN Women dan $100 juta kepada GDF bagi menyokong program-program yang memberi manfaat kepada wanita dan kanak-kanak perempuan, membantu 1,000 projek "kecil-kecilan dan cantik" bagi meningkatkan mata pencarian wanita, mengundang 50,000 wanita ke China bagi tujuan pertukaran dan latihan serta menubuhkan sebuah pusat global untuk pembinaan kapasiti wanita.

Menerusi komitmen baharu dan kerjasama yang lebih mendalam, Mesyuarat Pemimpin Global terhadap Wanita bersedia untuk menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan yang berterusan menuju dunia yang lebih inklusif dan saksama buat semua wanita.

https://news.cgtn.com/news/2025-10-13/China-leads-global-push-for-a-new-milestone-in-women-s-development-1Hr25ID2HtK/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Women-related news