omniture

Sinocare Pamer Penyelesaian Pengurusan Diabetes Komprehensif di EASD

Changsha Sinocare Inc.
2025-10-16 13:34 23

VIENNA, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Tahunan ke-61 bagi Persatuan untuk Kajian Diabetes Eropah (EASD 2025) telahpun diadakan dengan jayanya di Vienna, Austria. Semasa persidangan ini, Sinocare menganjurkan simposium industri antarabangsa dan majlis makan malam perangkaian yang eksklusif bagi memperlihatkan sepenuhnya kepakaran profesional syarikat ini dalam pengurusan diabetes.

Pakar-pakar Antarabangsa Memuji Prestasi Klinikal Luar Biasa iCan CGM

Semasa pembukaan EASD 2025 pada hari Isnin di Vienna, Profesor Lori Laffel, Dr. Guido Freckmann dan Profesor Julia Mader diundang untuk berkongsi penyelidikan mereka dengan kerjasama iCanTM CGM. Simposium ini mengetengahkan tema-tema penting iaitu 'Prestasi, Praktikaliti dan Pediatrik' serta membentangkan data yang bagus daripada kajian Jerman dan A.S. baru-baru ini yang melibatkan populasi dewasa dan juga populasi pediatrik. Selain itu, sesi ini memberikan pandangan dalam hal memulakan sistem CGM dalam persekitaran dunia sebenar dengan membawakan kepakaran daripada pusat diabetes pediatrik terkemuka. Perbincangan ini turut meneroka impak yang berpotensi daripada teknologi diabetes ke atas perjalanan dan peluang pekerjaan bagi individu menghidap diabetes yang berminat untuk menjadi juruterbang.

Professor Lori Laffel
Professor Lori Laffel

Pelancaran Global iCan i6 CGM: Pemantauan Lebih Pintar, Pengalaman Ditingkatkan

Sistem iCan i6 CGM generasi akan datang menjadi tumpuan utama di reruai Sinocare. Selain ketepatan 15 hari dan pemakaian yang selesa, iCan i6 memberikan pelbagai penaiktarafan pengalaman pengguna: aplikasi satu langkah dengan penderia yang lebih kecil dan lebih ringan; sokongan 27 bahasa untuk kebolehcapaian global; algoritma pengimbangan altitud terbina dalam untuk bacaan yang andal pada aras tinggi; integrasi aplikasi mudah alih dipertingkat yang mengupayakan pengalaman "pemantauan yang mudah dan boleh diakses di peringkat global".

Pada masa yang sama, rakan kongsi eksklusif Sinocare, A.Menarini Diagnostics s.r.l, mempamerkan sistem GlucoMen® iCan CGM jenama bersama di EASD. Menarini mengetengahkan ciri-ciri yang terkini dan faedah-faedah klinikal daripada sistem iCan melalui pengalaman reruai imersif yang menarik minat dan keterlibatan yang mantap daripada ahli-ahli profesional perubatan di lapangan.

Daripada Pencegahan kepada Pengurusan: Membina Ekosistem Diabetes Gelung Tertutup

Pada 15 September, Sinocare menganjurkan sebuah seminar makan malam peribadi bagi memperkenalkan Ekosistem Pencegahan dan Kawalan Diabetes "A+C" yang baharu kepada rakan kongsi utama. Model ini mengintegrasikan penyaringan tak invasif AGEscan dengan CGM bagi mengupayakan pengesanan risiko awal dan intervensi yang jitu. Sinocare turut memperkenalkan penyelesaian pengurusan glukosa hospitalnya yang menghubungkan senario pesakit luar dan pesakit dalam hospital dengan lancar, bagi mencapai pengurusan diabetes digital hujung-ke-hujung serta meningkatkan kecekapan dan juga kualiti penjagaan.

Bermula daripada penyelidikan klinikal CGM yang canggih hinggalah penyelesaian pencegahan dan pengurusan hospital bersepadu, kehadiran Sinocare di EASD 2025 memperkukuh kolaborasi global bersama pakar dan rakan kongsi, serta memaparkan integrasi yang mendalam antara inovasi teknologinya dengan keperluan pesakit dan klinikal.

Source: Changsha Sinocare Inc.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news