SHANGHAI, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Awal tahun ini, Chery Automobile mengadakan Persidangan Ekosistem Rantaian Bekalan 2025 di ibu pejabatnya yang terletak di Wuhu, China. Comau diberi penghormatan menerusi "Outstanding Customer Empowerment Award" ("Anugerah Pemerkasaan Pelanggan Cemerlang") daripada Chery bagi mengiktiraf kepakaran teknologinya dalam pembuatan pintar serta kolaborasi projek yang cekap. Zongcai Zhu, Ketua Pemesinan dan Pasca Jualan APAC Comau, menerima anugerah ini bagi pihak syarikat.
Comau telahpun menjadi rakan kongsi yang dipercayai oleh Chery Automobile selama bertahun-tahun yang menyediakan penyelesaian automasi termaju dalam pemasangan badan kenderaan dan pembuatan rangkaian kuasa. Dengan memanfaatkan teknologi yang terbukti di peringkat global dan kepakaran tempatan, Comau dapat menyediakan sistem pengeluaran fleksibel dan berprestasi tinggi yang meningkatkan kecekapan, mengupayakan pembuatan pintar dan memperkukuh daya saing Chery dalam pasaran automotif yang kian berkembang pesat.
Sepanjang tahun lalu, Comau dan Chery mengukuhkan lagi perkongsian mereka, serta bekerjasama erat dalam beberapa projek berimpak tinggi, termasuk penaiktarafan barisan pemasangan enjin hibrid 2.0L Chery yang baharu. Kepakaran Comau mendayakan peningkatan ketara dalam aspek fleksibiliti barisan pengeluaran, pengurangan masa kitaran dan peningkatan kapasiti dalam penyelesaian pemasangan rangkaian kuasanya yang amat cekap dan boleh skala. Kemajuan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan pengeluaran Chery bahkan turut membolehkan syarikat ini bertindak balas dengan lebih baik kepada tuntutan pasaran serta anjakan teknologi.
Komitmen Comau terhadap kecemerlangan turut melangkaui penyerahan projek. Sokongan pasca jualan segera, pendekatan perkhidmatan profesional dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh syarikat ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pelaksanaan projek yang lancar serta memupuk hubungan berasaskan kepercayaan yang kukuh bersama Chery.
Sebagai perintis bagi teknologi automasi, Comau tetap komited untuk memacu inovasi dan menyampaikan perkhidmatan yang premium kepada pelanggannya di serata dunia. Memandang ke hadapan, syarikat ini akan terus memperkukuh kolaborasinya bersama Chery dan pembuat auto terkemuka yang lain, memanfaatkan pengalaman projeknya yang luas serta kepakaran setempat di seluruh Asia bagi menyokong strategi pertumbuhan global pelanggan. Dengan industri automotif di rantau ini yang memasuki fasa elektrifikasi dan pembuatan pintar yang baharu, Comau bersiap sedia untuk menyediakan penyelesaian automasi termaju dan sokongan profesional di tapak untuk projek-projek baharu di Asia Tenggara, termasuk inisiatif-inisiatif yang akan datang di Thailand.