omniture

Taobao Malaysia Melancarkan Jualan 11.11 dalam Tiga Bahasa, Menyatukan Pembeli di Seluruh Negara

Taobao Malaysia
2025-10-16 22:36 9

Barangan popular bermula daripada RM1! Perkembangan yang disokong perkhidmatan perbankan dalam talian dengan kerjasama 16 bank lokal, dan baucar penghantaran percuma setiap hari untuk dinikmati dari 20 Oktober sehingga 14 November 2025

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pada tahun ini, Taobao Malaysia menganjurkan festival membeli-belah tahunan yang terbesar dengan menjadikannya lebih mudah untuk diakses dan inklusif. Buat pertama kalinya, Jualan 11.11 yang ikonik terdapat dalam tiga bahasa – Bahasa Inggeris, Cina, dan Melayu, bagi memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang membeli apa sahaja dengan pantas dan lancar.

Taobao Malaysia Melancarkan Jualan 11.11 dalam Tiga Bahasa, Menyatukan Pembeli di Seluruh Negara
Taobao Malaysia Melancarkan Jualan 11.11 dalam Tiga Bahasa, Menyatukan Pembeli di Seluruh Negara

Dilancarkan oleh Taobao pada tahun 2009, Jualan 11.11 telah berkembang menjadi acara jualan dalam talian terbesar di dunia, mengatasi Black Friday daripada segi skala dan penyertaannya. Pada tahun ini, Taobao menambah lagi keterujaan membeli-belah dengan tawaran early-bird bermula dari 20 Oktober hingga 14 November, menawarkan potongan diskaun sehingga 15% untuk kesemua barang di dalam kedai (sitewide), pilihan cara pembayaran yang lebih banyak, dan tawaran istimewa untuk pengguna baharu.

"Sejak memperkenalkan paparan dalam Bahasa Melayu di laman aplikasi pada awal tahun ini, kami dapat melihat sambutan yang luar biasa daripada pengguna tempatan," kata Jess Lew, Ketua Pengarah Taobao Malaysia.  "Sempena 11.11 kali ini, kami berhasrat menjadikan Taobao lebih mesra untuk pengguna tempatan, bermula daripada perkhidmatan pembayaran dalam MYR/Ringgit Malaysia dan menyediakan lebih daripada sepuluh pilihan perbankan dalam talian di Malaysia untuk proses pembayaran yang lebih mudah, urusan pemulangan barang melalui proses secara lokal, sehinggalah mengadakan lebih banyak konten dan promosi menarik yang dihasilkan dalam bahasa Melayu. Kami ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman hebat membeli-belah yang telah sekian lama dinantikan. Taobao Malaysia mempunyai lebih tujuh juta cara/idea untuk menghias rumah anda, lebih 300 gaya fesyen untuk penampilan harian anda, lebih sejuta barangan keperluan sukan, lebih 2 ribu juta pilihan untuk raikan detik bermakna serta berjuta barangan unik yang menarik. Taobao menjadikan aktiviti membeli-belah lebih senang, dengan harga berpatutan dan menyeronokkan untuk semua orang di Malaysia."

Beli Lebih Awal, Dapat Lebih Cepat
Festival Jualan 11.11 2025 bermula pada 20 Oktober dari pukul 20:00 dan berlangsung sehingga pukul 23:59:59, 14 November 2025. Pembeli boleh menikmati harga yang tiada tandingan untuk berjuta jenis produk, termasuklah di bahagian fesyen, kediaman dan gaya hidup, hobi pilihan, peralatan sukan, barangan luar rumah yang harus dimiliki, permainan dan aksesori binatang peliharaan serta banyak lagi, kesemuanya dipamerkan di dalam MYR untuk kemudahan semua di Malaysia.

Antara tawaran menarik termasuklah:

  • Diskaun Sehingga 15% untuk barangan di Seluruh Platform(Sitewide): Penjimatan hebat untuk semua kategori produk.
  • Baucar Penghantaran Percuma Harian: Dapatkan baucar penghantaran percuma setiap hari untuk nilai yang lebih hebat.
  • Barangan bernilai RM1 dan Tawaran untuk Pengguna Baharu Sehingga RM65: Pengguna baharu boleh menikmati barangan serendah RM1 dan menikmati tawaran eksklusif yang bernilai sehingga RM65.
  • Penghantaran Percuma dengan belian minimum sebanyak RM129.
  • Nikmati Rebat Segera sehingga RM35 dan pengecualian caj Transaksi sehingga RM12 setiap hari.
  • Nikmati diskaun promosi Bank sehingga RM50.
  • Pilihan Lebih Banyak untuk Bank Tempatan Sempena 11.11: Kini dengan kerjasama bersama 10 bank di Malaysia untuk transaksi dalam talian yang lebih lancar, termasuklah Affin Bank, Agro Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan, Bank OCBC, Bank Standard Chartered dan Bank UOB.

Membeli-Belah secara Lokal dan Lebih Bijak untuk Setiap rakyat Malaysia
Taobao terus mengembangkan platformnya untuk pengguna di Malaysia dengan mengintegrasikan terjemahan berasaskan AI dan aplikasi yang telah dilokalkan. Pengguna kini boleh melayari, mencari imej, dan membeli-belah di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih intuitif dan tiada lagi halangan.

Untuk pembelian perabot rumah secara pukal, Taobao bercadang untuk menjalankan perkhidmatan percubaan (pilot) bagi menambah nilai dalam setiap belian, contohnya kraf buatan kayu dan pemasangan di rumah, yang boleh didapati tidak lama lagi dan akan dimulakan dari Kuala Lumpur.

Memperkenalkan Taobao Wonderland
Untuk menambahkan lagi keseronokan semasa Jualan Mega Taobao 11.11 ini, Taobao Malaysia memperkenalkan Taobao Wonderland, pengalaman membeli-belah berinteraktif berunsurkan permainan di mana pengguna boleh daftar masuk setiap hari untuk mengumpul sehingga 6,000 Super Coins dan menikmati rebat segera menggunakan Super Coins bila anda ingin membuat pembayaran sepanjang tempoh 11.11 ini. Permainan ini hanya boleh didapati dalam aplikasi bahasa Inggeris dan Melayu.

Memperkasakan Affiliate di Malaysia
Menyedari peningkatan dalam pemasaran 'affiliate', Taobao Malaysia kini menawarkan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan melalui model mudah "Kongsi dan Jana". Program ini menampilkan komisen bertindan dan bonus bernilai sehingga RM26 bagi setiap rujukan pengguna baharu, selain komisen berasaskan produk sehingga 30%.

Inisiatif ini membolehkan pengguna Taobao memperoleh pendapatan sampingan sambil berkongsi produk berkualiti dengan komuniti mereka. Untuk bermula, sila masukkan [AFFILIATE] di kotak carian aplikasi Taobao dan mulakan perjalanan Kongsi dan Jana anda dengan serta-merta!

"Kempen tahun ini membuktikan komitmen kami untuk mendekati setiap rakyat Malaysia melalui bahasa, gaya hidup, dan minat mereka," tambah Jess lagi. "Tak kira siapa pun anda atau apa yang anda sedang cari, segalanya ada di Taobao. Semuanya dan apa sahaja yang timbul di dalam fikiran anda, dapatkannya di Taobao."

Aplikasi Taobao boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store. Para pembeli juga boleh menikmati penjimatan istimewa 11.11 dengan menggunakan kod promosi TB1111DEAL untuk mendapatkan diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi dan info terkini Taobao Malaysia 11.11, sila ikuti Taobao Malaysia di laman Facebook, Instagram, dan TikTok, atau layari aplikasinya.

Tentang Taobao Malaysia
Taobao Malaysia bermatlamat untuk menyediakan aktiviti membeli-belah yang mudah di Taobao dan Tmall untuk pengguna di Malaysia. Melalui aplikasi Taobao, pembeli di Malaysia boleh mengakses berbilion jenis produk, lengkap dengan perkhidmatan logistik, pembayaran dan lain-lain, serta tawaran yang sesuai dengan keperluan individu tersebut. Taobao Malaysia adalah sebahagian daripada Syarikat Alibaba International Digital Commerce Group.

Source: Taobao Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail