TIANJIN, China, 17 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai respons kepada pertumbuhan pasaran basikal elektrik yang kukuh di serata dunia, DAHON Tech (Kod Saham: 02543.HK) mengukuhkan kedudukannya secara strategik dan membentuk perikatan yang kukuh bersama Golden Wheel Group bagi menubuhkan sebuah syarikat baharu DAGOLD Technology. Upacara memotong reben telahpun diadakan pada 16 Oktober di kilangnya di Tianjin, China.

"DAHON’s successful listing and DAGOLD’s ceremony today demonstrates our ambition and strong growth," said Dr. Hon.
Pangkalan pengeluaran baharu ini akan memberi kelebihan kos serantau kepada DAHON untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran bagi model-model aras permulaan, lalu membolehkan pasukan perniagaan menawarkan rangkaian produk yang lebih luas bagi memacu pertumbuhan di pasaran-pasaran baru muncul serta memenuhi keperluan pengguna pada tahap yang berbeza.
Di majlis ini, Dr. David T. Hon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DAHON, menyampaikan ucapan yang memberikan inspirasi.
"Hari ini menyaksikan satu peristiwa penting dalam langkah mantap DAHON untuk mengembangkan kapasiti kami. Melalui perkongsian kami bersama Golden Wheel, kami akan memanfaatkan kekuatan pembuatan Tianjin bagi merangsang aplikasi teknologi DAHON-V, seterusnya menawarkan penyelesaian mobiliti yang lebih ringan, lebih pantas dan lebih pintar pada nilai dan kemampuan yang lebih tinggi, sekali gus menyumbang kepada industri mobiliti hijau global."
Inovasi Produk dan Pengembangan Pasaran
Dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia serta pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpengalaman luas daripada kalangan pengilang basikal dan e-basikal yang terkemuka, DAGOLD Factory direka untuk menjamin inovasi dan kualiti premium.
Operasi utamanya melibatkan pemenuhan pesanan untuk DAHON dan juga Golden Wheel dengan memfokuskan pada lima siri utama — motosikal elektrik, basikal roda tiga (trike) penumpang elektrik, basikal e-lipat, e-basikal dan skuter elektrik.
Perkongsian Teknologi dan Pertumbuhan Pintar
Sejak dua tahun lalu, DAHON menggiatkan pertumbuhan rangkaian basikalnya secara keseluruhan melalui pelaksanaan teknologi "DAHON-V". Melalui strategi "Sharing 360", DAHON sudahpun melesenkan jenamanya kepada 16 syarikat dan menyediakan komponen terpaten kepada 18 rakan industri bagi mencapai perkongsian sumber serta manfaat bersama.
Kemunculan sulung DAHON di Bursa Saham Hong Kong menunjukkan komitmennya dalam menetapkan standard yang lebih tinggi terhadap kualiti dan keandalan bagi menarik lagi beberapa rakan kongsi strategik yang baharu. DAGOLD Factory menggambarkan komitmen DAHON untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran, mempelbagaikan produknya dan memperkukuh kehadiran global.
Masa Depan Cerah di Hadapan
Memandang ke hadapan, DAHON akan mendukung prinsip-prinsip terasnya iaitu inovasi, kolaborasi dan kejayaan bersama demi mencipta masa depan yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih makmur untuk mobiliti bersama-sama rakan kongsi global.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: marketing@dahon.com