omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian AI WAN Dinaik Taraf dengan Seni Bina Berpusatkan-AI Tingkatkan Pertumbuhan Pembawa

Huawei
2025-10-19 00:18 19

PARIS, 19 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Berkembang Maju dengan Net5.5G Kecerdasan Sepenuhnya," Sidang Kemuncak Rangkaian IP Pintar Net5.5G diadakan semasa berlangsungnya UBBF 2025 di Paris pada 14 Oktober. Huawei memperkenalkan Penyelesaian AI WAN dinaik taraf sepenuhnya yang membawakan seni bina Berpusatkan-AI. Dengan mentakrifkan semula kesedaran pengalaman, had rangkaian pengkomputeran, kebingkasan keselamatan dan model O&M, penyelesaian ini memacu pertumbuhan baharu untuk pembawa.

Leon Wang, President of Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech
Leon Wang, President of Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech

Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Xinghe Intelligent Network Berpusatkan-AI: Menggalakkan Pertumbuhan Baharu untuk Pembawa." Beliau menyatakan bahawa Penyelesaian AI WAN Huawei telahpun melalui penaiktarafan Berpusatkan-AI yang komprehensif. Melalui seni bina tiga lapisan—yang terdiri daripada peranti Berpusatkan-AI, sambungan Berpusatkan-AI dan otak Berpusatkan-AI—penyelesaian ini mentakrifkan semula rangkaian pembawa IP dalam era Net5.5G, lalu mempercepat peralihan pembawa ke arah fasa Net5.5G R2 AI UBB.

Bagi menangani pertumbuhan jalur lebar rumah yang lembap dan penghomogenan pakej yang teruk, Penyelesaian AI WAN Huawei menggabungkan enjin pengenalan dan pemprofilan Xingluo yang mengupayakan pengewangan peringkat aplikasi. Ia membantu pembawa mereka bentuk pakej perkhidmatan terbeza dan menggunakan pemprofilan berbilang dimensi untuk meningkatkan ketepatan pengenalan pelanggan berpotensi melebihi 90%.

Bagi memenuhi tuntutan perusahaan yang melonjak untuk pengkomputeran AI, Penyelesaian AI WAN Huawei membantu China Telecom Shanghai melancarkan talian persendirian pengkomputeran pintar, seterusnya menyelesaikan kesesakan prestasi dalam rangkaian tradisional. Algoritma tak hilang Xingluo memastikan kawalan kesesakan tahap aliran yang tepat dan dengan enjin penukaran vektor, dapat melindungi data. Menyokong latihan kolaboratif pinggir-awan, penyelesaian ini diunjurkan akan meningkatkan ARPU pembawa sebanyak sepuluh kali ganda dan menyampaikan ROI dalam masa dua tahun sahaja.

Bagi mengatasi serangan rangkaian yang semakin rumit, Penyelesaian AI WAN Huawei memperkukuh kebingkasan keselamatan merentas peranti, rangkaian dan lapisan konfigurasi. Ia menyokong pengasingan kesalahan peringkat sesi dan penyulitan rintang kuantum. Simulasi konfigurasi dalam talian mengesahkan puluhan ribu peranti dalam masa 10 minit, lalu menghapuskan kesilapan manusia. Kerangka keselamatan berbilang dimensi ini melindungi perkhidmatan pelanggan dengan kebingkasan yang diperkukuh.

Tatkala rangkaian terus berkembang, model O&M lazim berdepan dengan tekanan yang besar. Sistem NetMaster Huawei menyediakan perlindungan rangkaian 24/7, lantas mendayakan peralihan daripada respons pasif kepada O&M proaktif. Dalam pengendalian kesalahan, China Mobile Guangdong  mengurangkan masa diagnosis daripada 45 kepada 5 minit menggunakan pangkalan pengetahuan 300,000 kes. Bagi mengenal pasti risiko, MasOrange Spain memasang atur rangkaian pemanduan autonomi L4 IP yang dikuasakan oleh Penyelesaian AI WAN Huawei, mengurangkan masa purata untuk membaiki sambil mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.

Sidang kemuncak ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perintis Net5.5G bagi memberi pengiktirafan kepada pemenang daripada lebih 10 pembawa global dan mempercepat pelancaran komersial global Net5.5G.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Artificial Intelligence