KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF-25) telahpun diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia MULAI 15 hingga 17 Oktober, dengan tema "Memperkasakan ASEAN: Merapatkan Sempadan, Membina Kemakmuran." Memfokuskan pada kesalinghubungan tenaga serantau, peralihan bersih, pelaburan dan pembiayaan, SERTA pelaksanaan teknologi, forum ini menarik lebih daripada 1,500 wakil, termasuk menteri tenaga, penggubal dasar, organisasi industri dan pemimpin perniagaan dari sepuluh negara ASEAN. Sebagai peserta utama, Huawei Digital Power Asia Pacific mempamerkan penyelesaian dan inovasi Smart PV+ESS semua senario yang berkualiti tinggi dan berhubung secara mendalam dengan pelanggan dan rakan kongsi industri di negara-negara ASEAN, lantas menekankan komitmennya untuk membantu memacu transformasi karbon sifar ASEAN.

Huawei Digital Power Helps ASEAN Achieve Zero-Carbon Transformation with All-Scenario Grid Forming Technologies
Xia Hesheng, Naib Presiden Huawei Digital Power dan Presiden Jabatan Strategi & Pemasaran Huawei Digital Power, menyampaikan ucaptama pada 15 Oktober yang bertajuk "Mendayakan Grid Kuasa ASEAN: Peranan Kritikal Teknologi Pembentukan Grid untuk Perdagangan Kuasa Rentas Sempadan". Beliau menyebut bahawa saling hubung grid di rantau ASEAN dan penghantaran rentas sempadan bagi tenaga boleh baharu merupakan kunci untuk mencapai keneutralan karbon. Khususnya, penghantaran dan penggunaan elektrik yang stabil untuk grid kuasa dengan perkadaran tenaga boleh diperbaharui yang tinggi adalah amat penting. Sepanjang dekad yang lalu atau lebih, Huawei Digital Power menerajui industri PV+ESS daripada ikutan grid kepada pembentukan grid. Memperkenalkan keupayaan teknikal pembentukan grid semua senario, keandalan yang tinggi dan keselamatan yang tinggi, Huawei Digital Power mewujudkan penanda aras yang berkualiti tinggi dalam industri ini. Dalam projek mikrogrid peringkat GWj yang pertama di dunia, teknologi pembentuk grid membekalkan kuasa kepada destinasi The Red Sea, sebuah projek mega pelancongan jana semula di Arab Saudi yang menggunakan 100% tenaga hijau. Dalam projek storan tenaga pembentuk grid 1 GWj yang pertama di Kemboja, penyelesaian Huawei Digital Power diperakui oleh TÜV SÜD. Pada masa akan datang, Huawei Digital Power akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi di negara-negara ASEAN untuk membina penanda aras transformasi tenaga dengan teknologi pembentukan grid termaju dan komitmen kepada kualiti tinggi.
Chen Xieming, Pakar Grid Kuasa Global Huawei Digital Power, menyebut dalam perbincangan meja bulat yang bertemakan "Memperkukuh Kebingkasan Grid Kuasa ASEAN: Dasar dan Strategi Pelaburan untuk Keterjaminan Tenaga dan Integrasi Boleh Baharu" bahawa, standard grid serantau yang disatukan perlu diwujudkan bagi meletakkan asas yang kukuh bagi keselamatan grid, agar dapat menggalakkan saling hubung ASEAN. Terutamanya dalam sistem tenaga dengan perkadaran tinggi tenaga boleh baharu, standard teknologi pembentukan grid merupakan kunci untuk melindungi kebingkasan grid serantau.

Huawei Digital Power Helps ASEAN Achieve Zero-Carbon Transformation with All-Scenario Grid Forming Technologies
Chong Chern Peng, Naib Presiden Perniagaan Malaysia Huawei Digital Power, menekankan kedudukan strategik Malaysia dalam grid kuasa ASEAN semasa perbincangan meja bulat "Pemikiran Ketua Pegawai Eksekutif & Pemimpin bersama Boston Consulting Group". Sebagai hab saling hubung tenaga serantau, Malaysia menjalin kerjasama tenaga utama dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura melalui transaksi kuasa rentas sempadan. Bagi merealisasikan visi grid kuasa ASEAN, grid kuasa setiap negara mestilah bingkas dan dinamik. Atas sebab ini, teknologi pembentukan grid merupakan teknologi yang amat diperlukan. Pelaburan berterusan Huawei Digital Power dalam pembentukan grid PV+ESS membantu membina sistem grid kuasa lebih bingkas yang mencapai penyesuaian dengan masa depan tenaga boleh baharu rendah karbon.

Huawei Digital Power Helps ASEAN Achieve Zero-Carbon Transformation with All-Scenario Grid Forming Technologies
Dalam "Dialog Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif", Xia Hesheng menyatakan bahawa kunci untuk menggalakkan kemakmuran ekonomi tenaga di ASEAN ialah membina infrastruktur tenaga yang stabil dan berkualiti tinggi serta merangka garis panduan dan piawaian dasar yang berkaitan. Huawei Digital Power menggunakan penyelesaian pembentukan grid semua senario bagi meningkatkan tahap litar pintas, inersia dan keupayaan permulaan gelap grid kuasa. Di destinasi The Red Sea, Arab Saudi, beribu-ribu PCS disambungkan secara selari dalam mod luar grid dan permulaan gelap boleh dilaksanakan dalam beberapa minit. Huawei Digital Power mewujudkan sistem perlindungan keselamatan ESS daripada sel hingga grid. Seni bina rentetan pintar dan kawalan kualiti yang ketat membantu meletakkan asas yang kukuh untuk keselamatan produk. Pengurusan kualiti meliputi seluruh kitaran hayat bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) hingga perkhidmatan bagi memastikan operasi sistem yang andal dalam tempoh jangka panjang. Sebagai contoh, projek Golmud di Qinghai mengekalkan kadar kegagalan sebanyak kurang daripada 0.5% sepanjang 13 tahun operasi yang stabil. Huawei Digital Power komited untuk menyokong ASEAN dalam membangunkan industri PV+ESS bagi menjadi penanda aras global untuk transformasi tenaga, dikuasakan oleh produk dan teknologi berkualiti tinggi hujung-ke-hujung.
Masa depan hijau ASEAN berpaksikan tenaga yang stabil dan cekap. Di AEBF-25, Huawei Digital Power bukan sahaja mempamerkan teknologi pembentukan grid yang terkemuka dalam industri dan kekuatan peringkat sistem, tetapi turut menekankan komitmennya untuk membina masa depan yang hijau, pintar dan mampan. Melangkah ke hadapan, Huawei Digital Power akan menggandakan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan, serta mempererat kerjasama bersama rakan kongsi tempatan untuk bersama-sama mempromosikan transformasi campuran tenaga ASEAN. Kami benar-benar percaya bahawa teknologi merupakan kunci untuk merealisasikan dunia karbon sifar. Dengan teknologi pembentukan grid yang mantap, Huawei Digital Power akan menjadi teman yang andal dalam perjalanan ini.