omniture

Pameran Pendidikan "Study in Beijing" 2025 Akan Datang ke Vietnam dan Indonesia! Bersemuka dengan Universiti-universiti Terbaik Beijing - Dapatkan Peluang Belajar-Di Luar Negara Anda

CRI Online
2025-10-19 18:40 7

BEIJING, 19 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada CRI Online

Berminat untuk mendapatkan khidmat runding secara bersemuka dengan pegawai kemasukan daripada universiti-universiti terbaik di Beijing? Ingin mengetahui mengenai dasar "Study in Beijing" yang terkini dan maklumat program yang terperinci secara sekali gus? Pameran Pendidikan "Study in Beijing" 2025 dijangka akan mengadakan kemunculan sulung secara besar-besaran di Vietnam dan juga Indonesia. Acara ini berperanan sebagai jambatan eksklusif yang menghubungkan cendekiawan muda dari kedua-dua negara dengan sumber pendidikan China yang hebat bagi memperkasakan mereka untuk merealisasikan impian mereka dalam mencapai kemajuan akademik antarabangsa.

Dua Pameran, Disesuaikan dengan Keperluan Belajar-Di Luar Negara Anda

Persinggahan Vietnam:
09:30-16:00, 24 Oktober, Đại Nam University.
Alamat terperinci: Second Teaching Building, Đại Nam University, No. 1, Xom Street, Phu Luong Ward, Bandar Raya Hanoi, Vietnam

Pecahan yang komprehensif bagi seluruh proses permohonan dan dasar kemasukan khusus untuk para pelajar Vietnam.

Persinggahan Indonesia:
09:30-16:00, 26 Oktober, Dewan Bankuet, Shangri-La Hotel Jakarta

Penjelasan terperinci mengenai prosedur permohonan "Study in Beijing", peluang biasiswa serta perkhidmatan sokongan kerjaya.

Institusi-institusi Elit Berhimpun, Disesuaikan Dengan Keperluan Pembangunan Asia Tenggara

Pameran ini menghimpunkan lebih 10 universiti yang terkemuka dari Beijing dan meliputi beraneka jenis disiplin yang mendapat permintaan tinggi — bermula daripada perniagaan serta sains & teknologi, hinggalah bahasa dan pertanian. Institusi-institusi ini dipilih dengan teliti agar sejajar dengan minat akademik dan aspirasi kerjaya para pelajar di Vietnam dan juga Indonesia:

Tsinghua University, Peking University, Beijing Normal University, China Agricultural University, Communication University of China, North China Electric Power University, Beijing Foreign Studies University, Minzu University of China, Beijing Jiaotong University, University of Science and Technology Beijing, Capital Medical University, Beijing University of Chinese Medicine, Beijing University of Civil Engineering and Architecture, North China University of Technology, Beijing Technology and Business University, Beijing Polytechnic University, Beijing College of Finance and Commerce.

Tiga Kelebihan Teras untuk Melancarkan Laluan Anda Menuju Pengajian Luar Negara!

Penjajaran Jitu Dasar dan Aspirasi:

Pegawai kemasukan akan memberikan interpretasi di tapak pameran mengenai Biasiswa Khas "Study in Beijing" 2025. Mereka juga akan memberikan penjelasan mengenai keutamaan kemasukan untuk disiplin-disiplin yang amat dicari-cari seperti teknologi maklumat dan perniagaan bagi membantu anda mengatasi asimetri maklumat.

Perundingan Terperibadi:

Berdasarkan latar belakang akademik dan matlamat kerjaya anda, pasukan kemasukan boleh menawarkan nasihat tersuai untuk membantu anda mencari institusi dan program yang paling sesuai.

Pengalaman Imersif daripada Pendidikan Cina:

Dapatkan pandangan secara langsung mengenai sistem pengajaran dwibahasa dan perkhidmatan sokongan silang budaya yang ditawarkan oleh univeriti-universiti Beijing. Dapatkan juga kelebihan awal dengan mengalami persekitaran kampus secara maya dan merancang kehidupan pelajar anda lebih awal.

Dari Hanoi ke Jakarta, Pameran Pendidikan "Study in Beijing" 2025 komited untuk menyokong anda dalam setiap langkah yang dilalui! Catatkan pada kalendar anda: 24 Oktober di Đại Nam University, Vietnam dan 26 Oktober di Shangri-La Hotel Jakarta. Berinteraksi secara bersemuka dengan universiti-universiti terunggul di Beijing dan mulakan perjalanan pertumbuhan antarabangsa anda!

Source: CRI Online
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service