omniture

XTransfer Menyerlah di Persidangan APSARA 2025

XTransfer
2025-10-20 10:31 21

Dipilih sebagai "Amalan Terbaik Awan Alibaba untuk Perusahaan Cina Menuju Global"

SHANGHAI, 18 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- XTransfer, iaitu Platform Pembayaran Perdagangan Rentas Sempadan B2B Terkemuka di Dunia, membuat penampilan yang penting di Persidangan APSARA 2025 dan dipilih sebagai "Amalan Terbaik Awan Alibaba untuk Perusahaan Cina Menuju Global". Aplikasi teknologi AI XTransfer yang inovatif menarik perhatian yang luas. Sepanjang sembilan tahun yang lalu, XTransfer memfokuskan pada sektor kewangan rentas sempadan B2B bagi memperlihatkan kepimpinan teknologinya dalam pengurusan risiko pencegahan pengubahan wang haram (AML) dipacu AI dan perkhidmatan pelanggan pintar melalui model besar kewangan perdagangan asing yang dibangunkan sendiri, TradePilot.

Li Yuanji, Senior Algorithm Engineer of XTransfer, delivered a presentation at the conference.
Li Yuanji, Senior Algorithm Engineer of XTransfer, delivered a presentation at the conference.

Tatkala perdagangan rentas sempadan B2B global terus berkembang dengan pesat, kerumitan dalam perkhidmatan kewangan rentas sempadan turut meningkat, lalu menimbulkan dwicabaran iaitu "pematuhan" dan "pengalaman pengguna". Dengan meningkatkan pelaburan dalam AI dan teknologi data raya, XTransfer membina seni bina natif-awan "Pusat Global + Stesen Nasional". Seni bina ini dapat meningkatkan keselamatan, pematuhan dan kecerdasan perkhidmatan kewangan rentas sempadan, seterusnya memperkasakan PKS global untuk mengakses perkhidmatan kewangan yang cekap.

TradePilot 2.0 Dilancarkan: Memperkasakan Transformasi Digital dan Pintar Industri

Semasa subforum pangkalan data dan teknologi data di persidangan ini, Li Yuanji, Jurutera Kanan Algoritma XTransfer, mengumumkan secara rasmi keluaran TradePilot 2.0. Beliau menekankan bahawa kejayaan TradePilot bergantung pada pemprosesan data berbilang mod yang berkualiti tinggi dan keupayaan dapatan kembali divektorkan. TradePilot 2.0 yang dinaik taraf mencapai kemajuan dalam aspek pemprosesan data berbilang mod, lalu membolehkannya menganalisis data transaksi dengan tepat dan memanfaatkan teknologi pengekstrakan maklumat bagi mengenal pasti dan memproses dokumen serta sijil berkaitan perdagangan. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan yang ketara dalam pengesahihan pelanggan dan pengurusan pesanan.

Selain itu, TradePilot 2.0 menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan pintar. Keupayaan pengecaman dan pemahaman semantik yang dipertingkat meningkatkan kadar penyelesaian pertanyaan pelanggan secara mendadak daripada 13% kepada 90%. Sebagai contoh, apabila pelanggan korporat memuat naik slip pembayaran, model ini boleh mengekstrak butiran pembayaran dan resit secara automatik, lantas mengurangkan masa pemprosesan dan mengoptimumkan pengalaman pelanggan.

Dipilih sebagai "Amalan Terbaik Awan Alibaba untuk Perusahaan Cina Menuju Global"

Semasa persidangan ini, XTransfer diiktiraf atas seni bina teknologi global dan amalan inovatifnya, melayakkanya mendapat tempat sebagai "Amalan Terbaik Awan Alibaba untuk Perusahaan Cina Menuju Global". Sejak tahun 2023, XTransfer memperluas operasinya dari Hong Kong ke beberapa pasaran luar negara. Dengan memanfaatkan seni bina "Pusat Global + Stesen Nasional", syarikat ini memenuhi keperluan kawal selia yang pelbagai bagi operasi global, lalu mencapai pematuhan dan juga operasi yang cekap.

Inovasi teknologi XTransfer bukan sahaja memacu pertumbuhan perniagaan global tetapi turut meningkatkan daya saing PKS dengan ketara bagi perkhidmatan pembayaran dan kewangan rentas sempadan. Kini, PKS dapat menikmati tahap perkhidmatan yang setanding dengan syarikat-syarikat multinasional besar.

Melalui dwipemerkasaan iaitu TradePilot 2.0 dan seni bina natif-awan, XTransfer menerajui industri kewangan rentas sempadan B2B menuju era baharu transformasi digital dan pintar bagi membantu PKS global mencapai pertumbuhan yang cekap di pasaran antarabangsa.

 

 

Source: XTransfer
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology