![]() |
LONDON, 20 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Accord Plasma B.V., anak syarikat Intas Pharmaceuticals, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyelesaikan pengambilalihan Prothya Biosolutions Belgium BV dan anak-anak syarikatnya.
Langkah strategik ini memperkukuhkan komitmen Accord B.V. untuk meningkatkan akses global kepada ubat-ubatan berasaskan plasma dan mempertingkatkan keupayaannya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi terapi plasma yang menyelamatkan nyawa di seluruh dunia.
Prothya Biosolutions ialah salah syarikat pemfraksian plasma terkemuka di Eropah, yang mengendalikan fasiliti utama di Amsterdam dan Brussels, serta pusat pengumpulan plasma di seluruh Hungary. Syarikat ini menggaji kira-kira 1,200 pekerja profesional mahir.
Memajukan Akses Global kepada Plasma
Pengintegrasian Prothya ke dalam Accord B.V., menandakan peningkatan besar keupayaan plasma Accord. Dengan menggabungkan kepakaran Prothya yang terbukti di Eropah dengan infrastruktur pemfraksian berskala besar Intas di India, organisasi ini akan mempercepatkan pembangunan dan ketersediaan produk ubat berasaskan plasma (PDMP) yang penting bagi pesakit di beberapa wilayah.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan pesakit yang bergantung kepada terapi yang berasaskan plasma dapat mengakses rawatan yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi," kata Paul Tredwell, Ketua Pegawai Eksekutif Global Accord Healthcare. "Bersama Prothya, kami lebih berkeupayaan untuk menangani keperluan global yang semakin meningkat terhadap ubat-ubatan berasaskan plasma, seterusnya memberikan rawatan terapi penting yang sering kurang diberi perhatian, kepada pesakit di seluruh dunia."
Maklumat Tentang Accord Healthcare
Beribu pejabat di United Kingdom, Accord Healthcare ialah salah satu syarikat farmaseutikal yang paling pesat berkembang di Eropah. Ia mempunyai salah satu jejak pasaran terbesar di kalangan syarikat generik dan biosimilar Eropah, yang menjual ubat-ubatan di lebih 85 negara di seluruh dunia.
Jangkauan global ini membolehkan Accord menyediakan ubat-ubatan penting dan mampu milik kepada sistem kesihatan negara, dan seterusnya membantu para profesional penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit di seluruh dunia.
Accord komited untuk menjadi organisasi yang tangkas dan inovatif, sentiasa berusaha menambah baik produk serta meningkatkan akses pesakit kepada rawatan. Syarikat ini didorong untuk berfikir secara berbeza dan memberikan lebih banyak manfaat demi kebaikan pesakit di seluruh dunia.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2799417/Accord_Plasma_Logo.jpg?p=medium600