omniture

Malam Teknologi Antarabangsa: OMODA&JAECOO Manfaatkan Kuasa dan Mobiliti Pintar Terajui Gelombang Baharu Penciptaan-Bersama Pengguna

OMODA&JAECOO
2025-10-20 15:00 5

KUALA LUMPUR, Malaysia dan WUHU, China, 20 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dalam bulan Oktober 2025, Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa OMODA&JAECOO telahpun diadakan secara besar-besaran bagi menggamit perhatian seluruh dunia, dengan Malam Teknologi Antarabangsa (International Technology Night) menjadi sorotan dalam acara ini. Semasa segmen ini, syarikat induk OMODA&JAECOO memaparkan kekuatan komprehensifnya dalam mobiliti pintar, rangkaian kuasa hibrid, enjin dan teknologi bateri keadaan pepejal yang memperlihatkan integrasi yang mendalam antara teknologi dan pengalaman pengguna.


Sebagai pengendali teknologi jangka panjang, syarikat induk OMODA&JAECOO terus-menerus menerobos sempadan teknologi rangkaian kuasa teras: menembusi had keselamatan bateri global, menguasai teknologi bateri keadaan pepejal dan menetapkan penanda aras industri; menceburi dengan berani inovasi "no-man's lands" ("belum diterokai oleh sesiapa"), mencapai kecekapan terma enjin 48% yang revolusioner—meskipun enjin arus perdana biasanya berjulat antara 38% hingga 45%, setiap peningkatan sebanyak 1% berdepan dengan cabaran sistemik yang besar. Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengatasi halangan teknikal ini dengan pelbagai inovasi disruptif, termasuk nisbah pengembangan ultra-tinggi 26:1, mekanisme penghubungan tigaan hiperbola, kadar EGR 35% dan salutan penebat haba, lantas kekal berada di barisan hadapan teknologi enjin.

Kejayaan ini bukan sahaja merupakan suatu pencapaian teknikal tetapi turut membentuk semula nilai kenderaan hibrid: data menunjukkan bahawa bagi setiap peningkatan sebanyak 1% dalam kecekapan haba, penggunaan bahan api kenderaan keseluruhan menurun sebanyak kira-kira 2.5%. Pada masa akan datang, kenderaan hibrid dijangka menembusi "era penggunaan bahan api 1-liter," menghampiri kos tenaga kenderaan elektrik tulen dan memberikan nilai ekonomi dan praktikal dalam tempoh jangka panjang kepada pengguna. Sementara itu, AIMOGA yang mewakili platform perkhidmatan pintar, diperkenalkan di acara ini dengan mempamerkan aplikasi praktikal daripada jenama ini bagi AI dan interaksi manusia-mesin, lantas menjadikan teknologi benar-benar memenuhi keperluan dalam kehidupan pengguna.

Sorotan teknologi teras bagi kenderaan hibrid OMODA&JAECOO turut dipersembahkan secara komprehensif semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, lalu menunjukkan kepimpinan jenama ini dalam kecekapan kuasa serta tenaga. Dilengkapi dengan Sistem Hibrid Super SHS yang terkemuka di dunia, tiga komponen teras berfungsi secara sinergi yang mendalam bagi mencapai "prestasi super, jarak pemanduan super, penggunaan tenaga ultra-rendah dan kuasa super."

Kejayaan Malam Teknologi Antarabangsa bukan sahaja memaparkan kekuatan komprehensif OMODA&JAECOO dan syarikat induknya dalam mobiliti pintar dan teknologi rangkaian kuasa teras bahkan turut mengesahkan sekali lagi komitmen jenama ini bagi "mencipta secara bersama kehidupan yang lebih baik dengan pengguna."

Khususnya, jenama ini, menerusi kolaborasi bersama pasukan AIMOGA, membangunkan AIMOGA yang menjadi amalan tipikal bagi penciptaan bersama pintar dalam industri automotif dan seterusnya meluaskan lagi sempadan inovasi jenama ini dalam teknologi pintar.


Di Malaysia, ketika ini OMODA JAECOO menawarkan model-model termasuk J7, J7 PHEV, J8 serta C9 dan akan terus memperkenalkan lebih banyak model baharu yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan. Di bawah kumpulan yang sama, OMODA&JAECOO mempunyai 3 jenama seinduk di Malaysia - Chery, iCAUR dan Lepas.

Source: OMODA&JAECOO
Keywords: Auto Transportation Trade show news