omniture

Pusingan Akhir Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Antarabangsa China 2025 Labuh Tirai di Zhengzhou

Xinhuanet
2025-10-20 20:19 21

ZHENGZHOU, China, 20 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Xinhua News Agency, pusingan akhir bagi Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Antarabangsa China 2025 telahpun diadakan di Zhengzhou mulai 13 hingga 15 Oktober. Anjuran bersama Kementerian Pendidikan, 10 jabatan kerajaan pusat lain dan Kerajaan Rakyat Wilayah Henan, acara ini dianjurkan oleh Zhengzhou University dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhengzhou. Pihak penganjur berkata bahawa pertandingan ini menerima 6.19 juta penyerahan projek yang melibatkan 24.43 juta peserta daripada 5,673 universiti merentas 161 negara dan wilayah.

Tanggal 15 Oktober, pusingan akhir berlangsung di Zhengzhou University, dengan enam pasukan daripada universiti-universiti di China dan luar negara membentangkan projek mereka serta menjawab soalan-soalan daripada para hakim. Tsinghua University memenangi hadiah utama menerusi projeknya, "Model Tujuan Am Generasi Akan Datang dan Ekosistem Agen AI Berdasarkan Seni Bina seperti Otak". Zhejiang University mendapat tempat kedua menerusi "YiWise – Peneraju Industri dalam Perkhidmatan Pemasaran Interaktif Model Besar AI". Pengiktirafan tempat ketiga dimenangi oleh The Chinese University of Hong Kong ("Saling Sambung LightSpeed – Pemproses Optik Neuromorfik untuk Saling Sambung Pusat Data Generasi Akan Datang"), Nanjing University of Science and Technology ("Guang Yin – Filem Pemerisaian Elektromagnet Kabel Berkelajuan Tinggi untuk Latihan AI"), sebuah pasukan bersama daripada University of Oxford dan University of Leicester ("Lonjakan Enzim") dan Nanyang Technological University ("BIOV – Menerajui Era Baharu Teknologi Terapi Sel Imun").

Majlis penyampaian anugerah disusuli dengan upacara penyerahan bendera, dengan wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan, Wilayah Henan dan Wilayah Jiangsu—tuan rumah bagi pertandingan tahun 2026—memindahkan bendera acara secara rasmi. Perhimpunan ini turut membawakan Pameran Projek Cemerlang dan Pesta Sambungan Sumber, serta Persidangan Inovasi untuk Pelajar Universiti Dunia.

Bertemakan "Berani Berbeza, Berani Menang", Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Antarabangsa China 2025 bertujuan untuk menjadi "lebih berakar umbi di China, lebih global menerusi jangkauan, lebih berpendidikan menerusi fokus, lebih komprehensif menerusi skop, lebih inovatif menerusi semangat dan lebih kolaboratif menerusi tindakan," menurut pihak penganjur. Pertandingan ini menarik minat penyertaan daripada kesemua 100 universiti terbaik di dunia dan menjadi platform yang penting bagi tujuan pertukaran akademik dan kolaborasi dalam kalangan penginovasi muda di China serta luar negara. Tahun ini turut menyaksikan kemunculan sulung pertandingan wilayah Hong Kong dan Macau khusus. Dengan mengadakan tujuh pertandingan serantau di Eropah, Afrika dan di pelosok dunia yang lain, pihak penganjur berkata acara ini meluaskan jangkauan globalnya melalui format berbilang tapak.


 

 

 

 

Source: Xinhuanet
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Awards