omniture

Era Penyumberan Baharu: 4,500 Pembekal Berhimpun bagi Pembukaan Pesta Hadiah Shenzhen ke-33 RX Huabo Hari Ini

RX Huabo
2025-10-20 20:31 5

SHENZHEN, China, 20 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pesta Hadiah dan Produk Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) ke-33 (Pesta Hadiah SZ) bermula pada hari ini di Shenzhen World Exhibition & Convention Center. Mulai 20–23 Oktober, sejumlah 4,500 peserta pameran merentas 15 dewan akan mempamerkan gaya hidup moden, hiasan bermusim dan produk kreatif. Sepanjang tiga hari yang akan datang, Pesta Hadiah SZ akan menjadi hab global bagi inspirasi, ilmu pengetahuan dan peluang perniagaan bagi menawarkan platform penyumberan yang utama untuk pengilang dan juga peruncit.

Mempamerkan Jenama-jenama Dapur dan Peralatan Rumah Terkemuka: Mentakrifkan Semula Kehidupan Seharian

Peserta pameran Cina di Pesta Hadiah SZ memaparkan kepada dunia bagaimana inovasi memenuhi kefungsian dalam kehidupan seharian. Stechcol akan mempamerkan set teh yang sangat cantik dan direka untuk gaya hidup moden yang memenuhi keperluan pengguna dan peralatan dapur kompak ASD yang menyediakan penyelesaian praktikal dalam pelbagai senario memasak dan persediaan. Fuguang, jenama perkakas minuman Cina yang terkemuka akan memaparkan botol air kreatifnya, lantas menetapkan trend baharu dalam gaya hidup.

Pengalaman Imersif: Menggabungkan Hiburan dengan Kecemerlangan Penyumberan Profesional

Helen Shen, Naib Presiden RX Huabo, menekankan pentingnya mengutamakan pengalaman pembeli: "Mewujudkan persekitaran yang santai dan menyeronokkan dapat memaksimumkan rasa ingin tahu para pembeli yang merupakan sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap pesta hadiah bagi menyediakan pengunjung dengan pengalaman seakan-akan sebuah karnival."

Berdasarkan dwiperanannya sebagai platform perdagangan dan perkongsian ilmu, Pesta Hadiah SZ dinaik taraf kepada sebuah acara yang lebih imersif dan berasaskan pengalaman. Sorotan akan melibatkan penampilan sulung pertunjukan robot dan karnival e-sukan. Ekspo Produk Haiwan Peliharaan juga dikonfigurasikan semula bagi merangkumkan zon mesra haiwan peliharaan dengan aktiviti-aktiviti yang interaktif, di samping Golly Pet Art Gallery—kesemuanya disesuaikan bagi mengetengahkan produk baharu yang mengutamakan haiwan peliharaan, menyampaikan nilai hiburan serta mendapatkan cerapan untuk pembeli.

Latar Belakang RX Huabo 

Dengan pengalaman industri selama lebih 30 tahun, RX Huabo menjadi penganjur pameran yang terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor Hadiah & Rumah di rantau Asia-Pasifik serta merupakan sebahagian daripada RX, iaitu peneraju bertaraf global bagi acara dan pameran. Ia menganjurkan 16 pameran B2B profesional di dalam dan luar negara setiap tahun, menghimpunkan lebih 10,000 peserta pameran dan juga 1 juta produk bagi memenuhi keperluan pembelian 3 juta pembeli dan platform dalam talian Limaotong, iaitu matriks media baharu bagi membina platform perdagangan dalam talian dan luar talian B2B omnisaluran untuk membantu pembekal berkualiti menyediakan platform perolehan yang cekap sepanjang tahun buat berjuta-juta pembeli profesional.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.rxhuabo.com.cn/en

HUBUNGI: lisa.li@rxhuabo.com.cn

Source: RX Huabo
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics