LOS ANGELES, 20 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, XPPen memperkenalkan Artist 12 3rd rintis, iaitu paparan mudah alih pintas dail baharu yang menampilkan stilus cip pintar X4 yang terkini. Peranti kompak ini menggabungkan penaiktarafan ciri utama yang menetapkan arah aliran bagi penciptaan mudah alih. Membawakan salah satu kemas kini yang paling penting dalam kategori paparan lukisan, Artist 12 3rd menggabungkan kekunci pintas X-Dial revolusioner, tahap tekanan 16K dan paparan seakan-akan kertas—bagi memberikan pengalaman kreatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang mentakrifkan semula kecekapan, kawalan serta kemudahalihan untuk para artis di serata dunia.
"Di XPPen, kami tetap komited untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi teknologi," kata Amy Yuan, Pengarah Jenama di XPPen. "Bagi Artist 12 3rd yang terkini, kami mencipta semula antara muka pengguna dengan bahasa reka bentuk industri kami yang inovatif—kekunci pintas X-Dial—untuk menyediakan pencipta dengan aliran kerja yang lebih intuitif dan cekap. Secara teknikal, cip pintar X4 yang dinaik taraf dalam stilus memberikan kuasa pemprosesan yang lebih ketara yang diterjemahkan kepada kadar gerak balas yang lebih pantas, kepekaan yang ditingkatkan dan ketepatan yang luar biasa. Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang bagi pencipta aras permulaan dan mereka yang menghargai kemudahalihan dengan menawarkan peranti yang tidak berkompromi dalam hal prestasi profesional."
X-Dial Revolusioner: Cara Baharu untuk Berinteraksi
Direkayasa untuk memperkemas aliran kerja dan meningkatkan kecekapan, kekunci pintas X-Dial yang baru direka bentuk membebaskan pengguna daripada pengemudian menu dan pelarasan gelangsar melalui pengalaman kawalan yang lancar dan intuitif yang dapat mengekalkan imersi kreatif. Dengan pusingan ibu jari yang intuitif, pengguna boleh mengezum masuk dan keluar dengan mudah pada kanvas mereka, melaraskan saiz berus atau menatal melalui lapisan yang memperkasakan kreativiti melalui capaian segera kepada fungsi-fungsi yang penting. X-Dial ini bukan sahaja memperkenalkan bentuk interaksi baharu untuk pengguna yang mementingkan kecekapan dan fleksibiliti, tetapi struktur inovatifnya—digabungkan dengan dua roda dail dan lapan kekunci pintas boleh suai—turut mendayakan bezel yang agak nipis, lalu menghasilkan pengalaman pandangan yang lebih luas dan benar-benar imersif.
"Sebagai terasnya, reka bentuk ini bertujuan untuk mengupayakan interaksi yang lebih cekap," kata Li Jiang, Pereka Industri Kanan di XPPen. "Kami memperhalusi setiap butiran dengan teliti, bermula daripada maklum balas haptik kepada gerak balas akustik bagi memberikan operasi yang bukan sahaja cekap, tepat dan ergonomik malah selesa untuk sesi kreatif yang panjang."
Stilus Cip Pintar X4 serba baharu untuk Kreativiti Tak Terbatas
Stilus cip pintar X4 yang disertakan sebagai standard dengan paparan ini, menggabungkan prestasi canggih dengan reka bentuk yang rapi. Cip pintar X4 yang dinaik taraf itu, dengan seni binanya yang diperhalusi, menghasilkan pengalaman melukis yang amat responsif dan stabil. Metrik prestasi utama melibatkan daya pengaktifan awal hanya 2g, masa tindak balas serendah 30ms dan tahap tekanan 16,384 terbaik dalam kelasnya dan kesemuanya memastikan bahawa goresan yang paling halus juga diabadikan dengan jitu. Di samping itu, penyelesaian teras magnet yang dipertingkat menyediakan fungsi pengecaman condong yang lebih tepat, lalu memberikan rasa alami untuk pengguna tangan kiri dan juga tangan kanan.
Stilus ini memperkenalkan ciri pencantuman magnet yang inovatif, lantas menjadikannya sebagai paparan lukisan pertama daripada XPPen yang menyokong fungsi penyimpanan selamat dan keupayaan membawa yang mudah. Ciri ini bercantum secara magnetik terus pada tablet lukisan dan dapat meningkatkan kemudahalihan dengan ketara sekali gus memastikan stilus sentiasa dalam jangkauan dan dilindungi. Dimuatkan dalam badan direka bentuk semula yang moden dan ergonomik, ia turut memberikan keselesaan unggul dan pegangan yang selamat untuk sesi kreatif yang berpanjangan.
Kompak namun Visual Tanpa Kompromi
Dengan berat hanya 719g dan membawakan skrin 11.9-inci, Artist 12 3rd memuatkan prestasi paparan yang luar biasa ke dalam badan peranti yang sangat berciri mudah alih dan ringan. Ia memberikan resolusi 1920 x 1080 untuk perincian yang jelas dan menawarkan gamut warna yang meliputi 99% sRGB, 97% Adobe RGB dan 97% Display P3 dengan ketepatan warna Delta E < 1.2. Ini dapat memastikan spektrum terang yang luas dan fideliti profesional yang disokong oleh 16.7 juta warna untuk kecerunan yang lancar.
Dicipta dengan kaca beretsa nano AG dan salutan AF, paparannya memberikan tekstur sejadi seakan-akan kertas yang kalis silau, calar dan cap jari secara berkesan untuk pengalaman melukis yang imersif. Di samping itu, pemalapan DC melaraskan kecerahan secara automatik berdasarkan pencahayaan ambien, iaitu ciri yang direka dengan teliti untuk keselesaan visual dan penjagaan mata semasa sesi kreatif lanjutan. Bagi mencapai lebih kemudahan, Artist 12 3rd didatangkan dengan kaki boleh lipat bagi tujuan pelarasan sudut pandangan yang mudah dan kabel USB-C berciri penuh yang menyokong sambungan kabel tunggal—bagi memastikan ruang kerja anda kemas dan fokus anda diberikan sepenuhnya pada proses penciptaan.
Harga dan Ketersediaan
Paparan lukisan Artist 12 3rd akan disediakan dalam dua pilihan warna—Hitam dan Kelabu Perak—dan menyertakan stilus cip pintar X4. Berharga $239.99, Artist 12 3rd akan mula dijual melalui kedai dalam talian rasmi XPPen mulai 20 Oktober 2025. (Harga dan ketersediaan mungkin berbeza-beza mengikut wilayah.) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.xp-pen.com/product/artist-12-3rd.html