omniture

Shimadzu Asia Pacific Sambut Ulang Tahun Ke-150 - Satu Setengah Abad Memacu Kemajuan Penjagaan Kesihatan dan Teknologi

Shimadzu Asia Pacific
2025-10-21 09:00 9

SINGAPURA, 21 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Shimadzu Asia Pacific menyertai perayaan global sempena ulang tahun ke-150 Shimadzu Corporation yang menyaksikan inovasi perintis selama satu setengah abad yang membentuk bidang sains, teknologi dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Shimadzu’s New Analytical Factory in India, Set to Begin Operations in 2027
Shimadzu’s New Analytical Factory in India, Set to Begin Operations in 2027

"Tatkala kami meraikan 150 Tahun Inovasi, kami tetap komited untuk menyumbang kepada masyarakat melalui sains dan teknologi. Seiring bersama rakan kongsi, pelanggan dan pekerja kami, kami akan terus membangunkan penyelesaian yang dapat menangani cabaran utama serta mencipta nilai di seluruh Asia Pasifik dan selanjutnya," kata Prem Anand, Pengarah Urusan Shimadzu Asia Pacific.

Prem Anand, Managing Director of Shimadzu Asia Pacific and Corporate Officer of Shimadzu Corporation
Prem Anand, Managing Director of Shimadzu Asia Pacific and Corporate Officer of Shimadzu Corporation

150 Tahun Sains, Penjagaan Kesihatan dan Inovasi

Sejarah panjang Shimadzu dalam bidang inovasi melibatkan lebih daripada 9,000 paten, lantas memperkukuh kepimpinannya dalam instrumentasi jitu. Syarikat ini turut membangunkan lebih 50 ciri dikuasakan AI merentas sistem analisis dan perubatannya, termasuk sistem makmal autonomi serasi robot yang pertama di dunia dengan LC-MS dan algoritma dipacu AI pertama untuk pengesanan puncak kromatografi, Peakintelligence™.

Selain AI, Shimadzu terus menerobos sempadan dengan jam kekisi optik berketepatan tinggi yang merupakan pencatat masa paling tepat yang pernah dibangunkan dan memberikan sisihan hanya satu saat dalam tempoh 30 bilion tahun. Jam ini mempunyai aplikasi dunia nyata bagi pengesanan gempa bumi, pemantauan gunung berapi dan penerokaan bawah tanah.

Asia memasuki era yang disebut-sebut oleh orang ramai sebagai Abad Asia yang diperlihatkan melalui pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi. Shimadzu Asia Pacific menyokong kemajuan ini menerusi pembukaan kilang analisis pertamanya di Bengaluru, India pada tahun 2027. Kilang ini akan menjadi kilang pertama daripada Shimadzu di rantau Asia Pasifik bagi mengilangkan spektrometer jisim (MS), di samping beraneka jenis alat analisis termaju, termasuk kromatografi cecair (LC), kromatografi gas (GC) dan spektrofotometer ultraungu tampak (UV).

Perkongsian dalam Penjagaan Kesihatan dan Pertumbuhan Inklusif

Shimadzu Asia Pacific terus memajukan bidang penjagaan kesihatan melalui perkongsian yang strategik, termasuk Singapore General Hospital-Shimadzu Personomics Centre yang memacu kemajuan dalam rawatan peribadi; Shimadzu-Changi General Hospital Clinomics Centre (SC3) untuk ujian hipertensi berasaskan LCMS; dan juga DxD Hub Diagnomics Centre.

Syarikat ini juga sama-sama komited terhadap kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman yang ditunjukkan melalui beberapa inisiatif komuniti di Singapura, seperti program 'Love Our Seniors', kempen derma darah dan pembersihan laluan air. Di peringkat serantau, seramai 150 pekerja berikrar pada tahun 2025 untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini yang secara simboliknya menandakan ulang tahun ke-150 Shimadzu.

Berdasarkan sejarahnya dalam inovasi teknologi, Shimadzu akan terus menyumbang terhadap kemajuan dalam bidang kesihatan, kemampanan dan sains pada tahun-tahun mendatang.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti ulang tahun ke-150 Shimadzu Asia Pacific, sila kunjungi https://www.shimadzu.com.sg/an/news/150-anniversary-celebration.html

Latar Belakang Shimadzu Asia Pacific 

Ditubuhkan pada tahun 1989, Shimadzu (Asia Pacific) dengan bangganya berfungsi sebagai ibu pejabat Asia untuk Shimadzu Corporation, iaitu peneraju bertaraf global bagi Alat Analisis & Pengukuran serta Sistem Perubatan. Disokong oleh inovasi selama 150 tahun, syarikat ini menyediakan teknologi termaju, penyelesaian hujung-ke-hujung dan perkhidmatan pasca jualan yang hebat, serta berpegang teguh kepada misinya untuk menyumbang kepada masyarakat melalui sains dan teknologi. Menerusi tenaga kerja berdedikasi yang terdiri daripada lebih 500 pekerja merentas 5 subsidiari di India, Malaysia, Filipina dan Vietnam, selain tapak kehadiran di lebih 18 negara, Shimadzu (Asia Pacific) mengkhusus untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbagai-bagai.

 

Source: Shimadzu Asia Pacific
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital