omniture

Trinasolar dan Mestron Energy Tandatangani MOU Perkukuh Matlamat Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara Malaysia

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2025-10-21 10:00 10

Perkongsian akan membekalkan modul jenis-N Vertex 50MW untuk projek-projek tenaga boleh baharu di seluruh Malaysia.

SINGAPURA, 21 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Trinasolar, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian fotovolta (PV) dan storan tenaga pintar, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Mestron Energy, iaitu pakar bagi penjanaan kuasa boleh baharu di Malaysia untuk menggunakan tenaga solar di Malaysia. Mengikut syarat-syarat perjanjian, Trinasolar akan membekalkan modul solar Vertex N 50MW, menyokong projek-projek tenaga boleh baharu Mestron dan cita-cita kemampanan Malaysia yang lebih luas.

Kolaborasi ini memperlihatkan sinergi dua peneraju industri: Trinasolar, membawakan teknologi solar bertaraf dunia dan kepakaran global dan juga Mestron Energy, memanfaatkan jejak tempatannya yang kukuh dan pengalaman dalam penggunaan tenaga boleh baharu.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mestron Energy untuk menyampaikan penyelesaian solar termaju dan berkesan kos yang menyokong cita-cita tenaga-bersih Malaysia," kata Ku Jun Heong, Naib Presiden bagi rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Trinasolar. "Modul Vertex N kami direka untuk memaksimumkan hasil tenaga dan membantu mengurangkan kos tenaga teraras."

"Bekerjasama dengan Trinasolar membawakan peluang yang sangat baik untuk menyokong pembangunan tenaga boleh baharu Malaysia dan ASEAN. Kami percaya pemasangan solar akan mengurangkan emisi gas rumah hijau dengan ketara dan membantu mencipta masa depan yang lestari," kata Por Teong Eng, Pengarah Urusan Mestron Energy.

Mestron Energy, sebuah syarikat tersenarai awam dalam kumpulan Mestron Holdings Berhad di Bursa Saham Malaysia, memiliki kepakaran yang komprehensif dalam mengurus projek-projek tenaga boleh baharu—termasuk penyelesaian pengurusan solar dan tenaga. Dengan mengintegrasikan teknologi termaju Trinasolar, Mestron Energy berada pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan portfolio tenaga boleh baharunya dan memacu peralihan Malaysia menuju ekonomi rendah karbon.

Perkongsian ini menekankan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga boleh baharu korporat di Malaysia, sekali gus turut menonjolkan potensi ASEAN sebagai hab bagi pembangunan tenaga bersih.

The MoU was exchanged by Por Teong Eng, Managing Director of Mestron Energy (Left), and KU Jun Heong, Trinasolar’s Vice President of Asia Pacific, Middle East and Africa Region (Right)
The MoU was exchanged by Por Teong Eng, Managing Director of Mestron Energy (Left), and KU Jun Heong, Trinasolar’s Vice President of Asia Pacific, Middle East and Africa Region (Right)

Latar Belakang Trinasolar  

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trinasolar Co., Ltd., mengkhusus dalam produk PV, penyelesaian sistem dan tenaga pintar. Produk-produk PV kami mencakupi penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan penjualan modul PV. Sistem PV kami melibatkan stesen janakuasa dan produk-produk yang berkaitan. Bagi tenaga pintar, kami memfokuskan pada penjanaan kuasa PV, operasi dan penyelenggaraan, penyelesaian storan tenaga, mikrogrid pintar serta pembangunan dan penjualan sistem berbilang tenaga. Kami berdedikasi untuk menerajui jalan bagi penyelesaian tenaga solar pintar dan menyokong peralihan kepada sistem kuasa baharu demi masa depan sifar-bersih.

Globalisasi merupakan strategi yang penting untuk Trinasolar. Sejak penubuhannya, syarikat ini telahpun mengukuhkan kehadiran globalnya. Trinasolar ditubuhkan di Changzhou, Wilayah Jiangsu, China, tempat terletaknya ibu pejabat global kami. Pada tahun 2022, kami menubuhkan ibu pejabat antarabangsa kami di Shanghai dan mengukuhkan pasukan global kami secara aktif. Sebagai peneraju bertaraf global bagi penyelesaian storan tenaga solar dan pintar, Trinasolar menyerahkan banyak projek storan solar dan tenaga bersepadu di seluruh dunia. Sebagai bukti terhadap kebolehbankkan dan keandalannya, Trina Storage mengekalkan Kedudukan Teratas dalam senarai Kebolehbankkan Penyedia Storan Global dan Penyepadu Global 2024 BNEF.

Latar Belakang Mestron Energy

Mestron Energy, sebahagian daripada Mestron Holdings Berhad, ialah pembangun tenaga boleh baharu berpangkalan di Malaysia yang memiliki kepakaran merentas penyelesaian pengurusan solar dan tenaga. Syarikat ini komited untuk menyokong peralihan tenaga bersih Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan di rantau ASEAN.

 

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Contracts