omniture

Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa OMODA&JAECOO 2025 Mulakan Babak Baharu ketika AIMOGA Perkenal Strategi Global Serba-Baharu

OMODA&JAECOO
2025-10-21 15:18 7

KUALA LUMPUR, Malaysia dan WUHU, China, 21 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 Oktober, acara Pelancaran Global AIMOGA 2025 telahpun diadakan di Wuhu yang menyaksikan satu detik penting apabila AIMOGA—yang diinkubasikan oleh syarikat induk OMODA&JAECOO—memperkenalkan strategi jenama baharunya secara rasmi. Sebagai salah satu acara teras dalam Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa OMODA&JAECOO 2025, acara pelancaran ini bukan sekadar merupakan sebuah pameran teknologi pintar yang inovatif tetapi juga demonstrasi bagi visi berpandangan jauh oleh syarikat induk demi masa depan ekosistem mobiliti.

Dengan membangunkan ekosistem pintar yang dikuasakan oleh dwienjin iaitu "Automobil + Robotik", syarikat induk OMODA&JAECOO memupuk sebuah ekosistem teknologi global yang terbuka, kolaboratif dan dipacu inovasi—bagi menyampaikan penyelesaian inovasi yang sistematik bagi menyokong transformasi industri global.


Semasa berlangsungnya acara Pelancaran yang diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak ini, Pengurus Besar AIMOGA Zhang Guibing menggariskan pelan tindakan masa depan syarikat ini: mengintegrasikan secara mendalam kenderaan pintar dan teknologi robotik, serta memperkenalkan satu siri robot dan anjing robotik secara beransur-ansur yang direka untuk senario pemasaran, pendidikan, perhubungan, industri dan perkhidmatan isi rumah. AIMOGA komited untuk menjadi "peneraju bertaraf global dan teman yang dipercayai bagi kecerdasan berpusatkan insan."

Pembentangan teknikal AIMOGA menjadi jendela kepada keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh oleh syarikat ini. Xia Peng, Timbalan Pengurus Besar Eksekutif AIMOGA, mengumumkan bahawa selepas tiga tahun menjalankan penyelidikan khusus, AIMOGA berjaya mencapai lonjakan daripada kecerdasan L2 (tahap kolaboratif) kepada L3 (tahap bantuan)—satu langkah penting ke arah merealisasikan visi jenama ini untuk menjadi "pembantu manusia" yang hakiki.


Di sebalik kejayaan teknologi ini terdapatnya sokongan yang cukup padu daripada syarikat induk OMODA&JAECOO. "Anggota tubuh mantap" AIMOGA memanfaatkan sendi berketumpatan tork tinggi yang diinspirasikan oleh sistem rangkaian pemacu dan kawalan mekanikal kenderaan elektrik termaju daripada syarikat induk; "otak pintar", platform awan MoLink, berkongsi seni bina awan yang sama seperti kenderaan terhubung pintar OMODA&JAECOO; serta "deria perseptif," dikuasakan oleh sistem persepsi berbilang mod yang dibangunkan sendiri dan model penglihatan-bahasa MoNet, berdasarkan kepakaran jangka panjang syarikat ini dalam teknologi persepsi pemanduan autonomi.

Sebagai sebuah syarikat teknologi mobiliti hijau dan pintar bertaraf dunia yang menerajui eksport kereta penumpang China selama 22 tahun berturut-turut, dengan lebih 17.72 juta pengguna global, syarikat induk OMODA&JAECOO beroperasi di lebih daripada 120 negara dan wilayah, disokong oleh rangkaian dengan lebih 11,000 outlet perkhidmatan. Infrastruktur global yang luas ini menyediakan AIMOGA dengan asas unik bagi tujuan pengembangan antarabangsa.

Di bawah tema Sidang Kemuncak ini iaitu "CO-CREATE • CO-DEFINE" ("CIPTA-BERSAMA • TAKRIF-BERSAMA"), syarikat induk OMODA&JAECOO memanfaatkan AIMOGA sebagai pengupaya utama untuk mengintegrasikan kepakaran automotif, operasi global dan kecerdasan terkandung—memulakan era baharu yang berkembang daripada keluaran produk kepada penumpuan ekosistem.

Di Malaysia, ketika ini OMODA&JAECOO menawarkan model-model termasuk J7, J7 PHEV, J8 serta C9 dan akan terus memperkenalkan lebih banyak model baharu yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan. Di bawah kumpulan yang sama, OMODA&JAECOO mempunyai 3 jenama seinduk di pasaran - Chery, iCAUR dan Lepas.

Source: OMODA&JAECOO
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news Artificial Intelligence