omniture

Kutipan XTransfer daripada Asia, Afrika dan Amerika Latin Langkaui 70%; Pasaran Baru Muncul Menjadi Lautan Biru Baharu untuk Perdagangan Asing

XTransfer
2025-10-22 11:39 33

HONG KONG, 22 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- XTransfer, Platform Pembayaran Perdagangan Rentas-Sempadan B2B Terkemuka di Dunia, mengumumkan di Pameran Canton kali ke-138 bahawa mulai Januari hingga September tahun ini, 75.9% daripada kutipan luar negara platform ini datangnya daripada pasaran baru muncul di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pasaran baru muncul menjadi lautan biru yang baharu bagi perusahaan perdagangan asing yang berkembang ke luar negara untuk memberikan sokongan penting demi pertumbuhan perdagangan asing. Peningkatan infrastruktur pembayaran rentas sempadan yang berterusan turut menawarkan perlindungan yang kukuh untuk pertumbuhan tersebut.

XTransfer’s booth at the 138th Canton Fair.
XTransfer’s booth at the 138th Canton Fair.

Pada hari pertama berlangsungnya Pameran Canton ke-138, Bill Deng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XTransfer mengambil bahagian dalam forum tematik yang bertajuk "Seminar bagi Meningkatkan Tahap Pendigitalan Perdagangan". Beliau menyatakan, "Berdasarkan tinjauan sampel baru-baru ini ke atas 700,000 PKS di platform kami, terdapat peluang yang amat besar dalam pasaran Asia, Afrika dan Amerika Latin baru muncul. Afrika khususnya menjadi pasaran eksport baru muncul yang paling hangat dan mempunyai prospek perniagaan yang wajar diterokai. Peluang membangun dalam pasaran negara-negara sedang membangun merupakan laluan yang perlu terus dilalui oleh perdagangan asing China. Kami akan tetap membina infrastruktur kewangan yang terjamin dan boleh dipercayai agar syarikat-syarikat, tanpa mengira saiz atau lokasi, dapat menikmati perkhidmatan kewangan rentas sempadan yang selamat dan andal serta berkembang di peringkat global tanpa bimbang."

Bill menambah, "Bagi firma perdagangan asing yang menembusi pasaran baru muncul, logistik, maklumat dan mobiliti sudahpun matang, namun aliran modal menjadi rintangan yang utama. Infrastruktur kewangan yang lemah, saluran pembayaran yang tidak stabil dan perbankan bawah tanah di negara-negara membangun menjadikan pemindahan keluar dana yang selamat, patuh dan cekap sebagai suatu hal yang kritikal."

Mulai Januari hingga September, kutipan XTransfer daripada Asia, Afrika dan Amerika Latin meningkat sebanyak 123.6% tahun ke tahun, Afrika 369.1%, Asia Tenggara 102.2% manakala Amerika Latin 93%, jauh mengatasi pertumbuhan eksport kastam China, lalu menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap pembayaran rentas sempadan yang selamat. Bagi mengatasi hal ini, XTransfer melancarkan "Local Collection Accounts" bagi membolehkan pengeksport membuka akaun negara-destinasi agar pembeli luar negara boleh membayar terus dalam mata wang tempatan.

Di Pameran Canton ke-138, Cik Li daripada sebuah syarikat perdagangan Shenzhen membuka akaun kutipan tempatan XTransfer di Nigeria dan Ghana. Beliau berkata, "Eksport ke Afrika sedang melonjak, namun pembayarannya lambat dan mahal lantaran pengantara bank. Menerusi akaun kutipan tempatan, dana boleh diperoleh hampir pada masa nyata dan fi pengantara dikurangkan, lalu meningkatkan pusing ganti tunai."

En. Liu daripada sebuah firma Xiamen menambah, "Akaun kutipan tempatan membolehkan kami membuat sebut harga terus dalam mata wang tempatan, mempermudah rundingan, mempercepat persetujuan urus niaga dan mengelakkan kelewatan atau kemungkiran apabila pembeli tidak dapat mengakses dolar A.S. yang mencukupi." Kedua-dua pemimpin melaporkan kutipan yang lebih pantas dan kecekapan operasi yang lebih baik.

Di tengah-tengah perkembangan perdagangan asing China dan pempelbagaian rakan dagang yang mantap, XTransfer menawarkan perkhidmatan kepada lebih 700,000 pelanggan korporat, dengan pelanggan luar negara menyumbang sebanyak lebih daripada 47%. Liputan akaun kutipan tempatannya kini merangkum Afrika, Asia Tenggara, Amerika Latin, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara, Oceania dan Korea Selatan yang mencakupi 80% negara dan wilayah di seluruh dunia. Tahun ini, liputan turut berkembang dan merangkum Mexico, Brazil, Ghana, Afrika Selatan, Turkiye dan juga Mesir.

 

Source: XTransfer
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Trade show news Financial Technology