![]() |
Hospital tertiari baharu ini akan ditempatkan di dalam Perbandaran NorthBank di Kuching, Sarawak dan disasarkan untuk dilancarkan pada tahun 2029
SINGAPURA, 22 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Health Management International Pte Ltd ("HMI Medical") menandatangani Memorandum Perjanjian ("MoA") dengan pemaju harta tanah dan infrastruktur berpangkalan di Sarawak yang disenaraikan di KLSE, Ibraco Berhad, ("Ibraco") bagi tujuan perolehan tanah untuk pembinaan hospital ketiganya di Malaysia. Dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh HMI Medical, Regency Hospital Kuching, sebuah hospital pakar swasta baharu ini akan ditempatkan di dalam perbandaran The NorthBank, pembangunan bercampur oleh Ibraco di Kuching, Sarawak.
Beribu pejabat di Singapura, HMI Medical ialah penyedia bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan serantau yang terkemuka yang bertapak di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam. Dengan lebih 27 tahun pengalaman dalam penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia, HMI Medical akan memanfaatkan prestasi kukuh hospital tertiarinya yang terkemuka seperti Mahkota Medical Centre di Melaka dan Regency Specialist Hospital di Johor untuk mengendalikan hospital ketiga kami di Malaysia. Sejak tahun 1998, Kumpulan ini aktif menyumbang kepada pertumbuhan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti serta turut menyumbang kepada pelancongan perubatan di Malaysia dengan menyediakan rawatan khusus serta penjagaan yang berkualiti tinggi.
Di bawah MoA, HMI Medical akan menubuhkan sebuah hospital tertiari di perbandaran NorthBank di Kuching. Regency Hospital Kuching yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya akan menjadi hospital pakar pintar berkapasiti 300 katil yang disasarkan untuk dilancarkan pada tahun 2029. Hospital ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang canggih di Kuching, di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas.
Cik Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical berkata "dengan pertumbuhan yang kukuh di Sarawak, perhubungan antarabangsa yang semakin meningkat dan permintaan yang semakin bertambah terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan termaju, kami berasa teruja untuk menubuhkan Regency Hospital Kuching di dalam perbandaran NorthBank. Projek ini memperlihatkan komitmen HMI Medical dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat serta mereka yang menetap di negeri-negeri dan wilayah-wilayah sekitar."
"Regency Hospital Kuching yang berkapasiti 300 katil akan memberikan penjagaan pakar dan subkepakaran komprehensif yang disokong oleh sistem hospital pintar termaju, teknologi perubatan terkini dan ditanda aras mengikut piawaian klinikal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain memenuhi permintaan negeri yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan termaju, hospital ini akan mencipta lebih seribu peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya dan menawarkan peluang latihan silang untuk ahli profesional klinikal bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang penjagaan perubatan dan berpusatkan pesakit."
Dr Richard Chew, Pakar Bedah Kanan dan Pengarah Lembaga untuk Hospital-hospital HMI Medical di Malaysia berkata "sebagai warga Sarawak dan ahli lembaga pengarah sejak dahulu lagi bagi hospital-hospital HMI Medical, saya amat berbangga dan benar-benar bersemangat untuk menyumbang kembali kepada komuniti saya dan memulakan babak baharu untuk Sarawak dengan menerajui penubuhan Regency Hospital Kuching. Saya tidak sabar untuk hospital ini membuka peluang baharu demi pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kemakmuran dengan memberi kedudukan kepada Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancongan perubatan di Asia Tenggara."
Datuk Chew Chiaw Han, Pengarah Urusan Kumpulan Ibraco berkata, "Kami berbesar hati untuk memainkan peranan dalam mengembangkan sektor penjagaan kesihatan Sarawak dan menyumbang kepada kemajuan sosial dan ekonomi negeri ini yang lebih luas. Penubuhan Regency Hospital Kuching di perbandaran ini mewakili lebih daripada sekadar kemudahan penjagaan kesihatan baharu, ia mencerminkan aspirasi bersama kami untuk mencipta nilai komuniti yang berkekalan melalui pembangunan perbandaran yang mampan. Mengamanahkan pembangunan hospital ini kepada kumpulan penjagaan kesihatan yang berpengalaman dan bereputasi baik seperti HMI Medical merupakan satu langkah lazim ke hadapan. Kepakaran terbukti dan reputasi kukuh HMI Medical dalam industri ini akan memastikan kejayaan penyerahan hospital dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan penduduk serta pelabur."
Pertukaran MoA ini berlangsung di Singapura dan disaksikan oleh Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perdagangan & Industri dan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Kiri ke kanan: Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak; Datuk Chew Chiaw Han, Pengarah Urusan Kumpulan, Ibraco Berhad; Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, HMI Medical; Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura
Latar Belakang HMI Medical
Beribu pejabat di Singapura, HMI Medical ialah penyedia bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta serantau yang semakin berkembang dengan pengalaman selama lebih 25 tahun di seluruh Singapura, Malaysia dan Indonesia. Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3 juta pesakit setahun melalui rangkaian lengkap perkhidmatan digital dan fizikal termasuk hospital tertiarinya yang terkemuka di Malaysia. Di Singapura, Kumpulan ini mengendalikan 45 pusat rawatan asas dan pemeriksaan kesihatan, 21 pusat pakar, pusat jagaan ambulatori 11 tingkat, dan mengurus panel yang terdiri daripada 1,500 klinik utama dan pakar melalui rangkaian pentadbiran faedah perubatannya. Kumpulan ini juga mengendalikan pusat latihan khusus - perusahaan sosial yang memfokuskan pada pendidikan berterusan dan keterlibatan komuniti. Di Malaysia, ia memiliki 2 hospital tertiari yang diluluskan oleh Medisave yang terkemuka di Malaysia dan sebuah pusat jagaan ambulatori, iaitu Mahkota Medical Centre di Melaka dan Regency Specialist Hospital. Baru-baru ini, kumpulan ini melancarkan Regency Medical Care Centre, iaitu pusat jagaan ambulatori pertamanya yang terletak di The Mall, Mid Valley SouthKey, 15 minit dari pusat pemeriksaan Woodlands Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.hmimedical.com/