SHANGHAI, 22 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kumpulan kecantikan berbilang jenama yang terkemuka di China, JOY GROUP (Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd.) mengumumkan penyempurnaan pemerolehan Foltène, iaitu jenama penjagaan rambut dermatologi dari Itali.
Ditubuhkan di Milan pada tahun 1944 oleh penyelidik-penyelidik farmaseutikal, Foltène terkenal dengan warisan saintifik serta inovasi perintisnya. Jenama ini membangunkan dua kompleks aktif proprietari iaitu Tricosaccaride® dan Tricalgoxyl® yang terbukti secara klinikal dapat menggalakkan rambut yang lebih tebal, lebih lebat dan kelihatan lebih sihat. Portfolio produk teras daripada Foltène memfokuskan pada pertumbuhan dan pembaikan rambut dan keratin yang sihat, serta meliputi beraneka jenis kategori termasuk ampul antirambut gugur, syampu antirambut gugur khusus jantina, serum kening dan bulu mata serta esens pembaikan kuku.
Disokong oleh penyelidikan saintifik dan ujian klinikal yang cukup ketat, produk-produk Foltène diiktiraf oleh institusi-institusi penyelidikan yang terkemuka di seluruh dunia. Hari ini, jenama ini dijual di lebih 30 negara, dipercayai dan disukai oleh pengguna di peringkat global.
Pemerolehan ini mewakili pemerolehan global penuh terhadap perniagaan jenama Foltène yang meliputi aset jenamanya, rangkaian pengedaran global, sistem rantaian bekalan serta makmal penyelidikan yang terletak di Itali.
Allan Liu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JOY GROUP, menyatakan: "Memandangkan kesedaran terhadap kesihatan kulit kepala dan rambut terus meningkat, kami dapat melihat peluang pertumbuhan yang begitu besar di hadapan. Menerusi warisan saintifiknya yang kukuh, teknologi proprietari yang terkemuka dan portfolio produk yang komprehensif, Foltène mendapat kepercayaan dan pengiktirafan daripada pengguna di seluruh dunia. Kami benar-benar berbesar hati mengalu-alukan Foltène ke dalam keluarga JOY GROUP. Pemerolehan ini meningkatkan jejak kami dalam sektor penjagaan rambut dan kulit kepala serta membolehkan kami membawakan penyelesaian termaju yang disokong oleh sains kepada lebih ramai pengguna."
Pemerolehan ini turut menyaksikan satu lagi pencapaian dalam strategi "berbilang jenama, berbilang kategori dan antarabangsa" JOY GROUP, lantas melengkapkan portfolio komprehensif yang merangkum kosmetik warna, penjagaan rambut dan kulit kepala serta penjagaan kulit dermatologi. Penambahan Foltène akan menjana sinergi yang kukuh dengan jenama-jenama sedia ada dalam Kumpulan ini, seterusnya memacu pertumbuhan dan inovasi berterusan JOY GROUP dalam pasaran kecantikan global.
Latar Belakang JOY GROUP
JOY GROUP ialah sebuah syarikat kecantikan berbilang jenama yang didorong oleh misi untuk "Mencipta dunia kecantikan yang membawa kegembiraan kepada semua orang." Portfolio kami melibatkan: JUDYDOLL, JOOCYEE, Biophyto genesis, René Furterer (perniagaan China) dan Foltène yang mencakupi kosmetik warna, penjagaan kulit dermatologi serta penjagaan rambut dan kulit kepala. Kami turut mengendalikan pusat penyelidikan dan inovasi (R&I) serta kemudahan pembuatan kosmetik kami sendiri, menghimpunkan bakat terbaik merentas disiplin untuk membina rantaian bekalan hujung-ke-hujung yang bersepadu, tangkas dan juga responsif.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JOY GROUP, kunjungi www.joy-group.com