HONG KONG, 22 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- The Shaw Prize menyampaikan anugerahnya kepada empat Shaw Laureates (Penerima Anugerah Shaw) 2025 pada 21 Oktober di Upacara Penyampaian Anugerah 2025 yang diadakan di Grand Hall Hong Kong Convention and Exhibition Centre. Lebih kurang 600 orang tetamu daripada pelbagai sektor mengambil bahagian dalam acara ini.

(From left to right) Professor Kenji Fukaya, Professor Wolfgang Baumeister, Professor Reinhard Genzel, Professor George Efstathiou and Professor John Richard Bond at the Shaw Prize Award Presentation Ceremony 2025.
Dalam ucapan pembukaannya, Profesor Kenneth Young, Kursi bagi The Shaw Prize Council, melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Profesor Chen-ning Yang yang merupakan ahli pengasas Shaw Prize. Profesor Young menekankan peranan penting yang dimainkan oleh Profesor Yang dalam membentuk Shaw Prize ini bermula daripada penubuhannya dan pengaruhnya yang mendalam terhadap pembangunan dan penonjolan globalnya. Bagi pihak The Shaw Prize Foundation, Profesor Young menyampaikan ucapan takziah setulus ikhlas kepada keluarga Profesor Yang, rakan taulan serta komuniti saintifik global.
Shaw Laureates 2025, Profesor John Richard Bond, Profesor George Efstathiou, Profesor Wolfgang Baumeister dan Profesor Kenji Fukaya, kemudiannya disampaikan dengan anugerah mereka oleh Profesor Reinhard Genzel, Kursi bagi Lembaga Pengarah Pertandingan. Setiap Shaw Prize juga disertakan dengan anugerah wang sebanyak AS$1.2 juta.
Profesor Bond dan juga Profesor Efstathiou, yang diiktiraf atas kajian mereka berhubung turun naik dalam latar belakang gelombang mikro kosmik, mengenang kembali jalinan persahabatan dan kolaborasi mereka selama beberapa dekad. Mereka meraikan hubungan peribadi dan intelektual mereka serta rangkaian rakan usaha sama global yang membentuk hasil kerja mereka.
Semasa ucapan penerimaannya, Profesor Baumeister, yang diiktiraf atas hasil kerja perintisnya dalam bidang tomografi elektron-kriogenik, mengimbau kembali perjalanannya untuk memvisualisasikan struktur bersel dalam persekitaran natifnya dan turut menekankan sifat kolaboratif penemuan saintifik serta sokongan terhadap sains tanpa sempadan.
Profesor Fukaya, yang hasil kerjanya merangkum geometri Riemannian, geometri simplektik dan teori tolok, mengenangkan tentang hakikat bersendirian dalam bidang kajian matematik serta pengiktirafan yang jarang diperoleh namun begitu bermakna yang dibawakan olehnya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada rakan usaha sama dan keluarganya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan dalam bidang matematiknya.