omniture

Hill's Pet Nutrition Mengumumkan Simposium Global Hill's 2025 - "Strong Science, Long Lives" - ke arah Memajukan Penjagaan Haiwan Kesayangan Lanjut Usia

Hill's Pet Nutrition
2025-10-23 08:00

Pendaftaran kini dibuka untuk para profesional veterinar di Asia dan Australia untuk mengakses cerapan terkini dalam strategi gerosains dan nutrisi untuk teman lanjut usia

OVERLAND PARK, Kan., 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Hill's Pet Nutrition (Hill's), peneraju global dalam bidang nutrisi diterajui sains, hari ini mengumumkan Simposium Global Hill's 2025, yang menumpukan pada penjagaan khusus untuk haiwan kesayangan lanjut usia. Simposium ini merupakan antara peluang pendidikan global percuma terbesar yang tersedia untuk para profesional veterinar di seluruh dunia.

Pendaftaran kini dibuka untuk acara ini, bertajuk "Strong Science, Long Lives", yang dibangunkan atas asas penyelidikan Hill's ke atas kesihatan haiwan kesayangan lanjut usia. Para peserta boleh mendaftar untuk penstriman langsung melalui platform Hill's Veterinary Academy (Akademi Veterinar Hill's).

Pendaftaran maya juga memberikan akses atas permintaan kepada semua sesi selepas acara langsung tamat.Tarikh penstriman langsung yang disimulasikan mengikut wilayah adalah seperti yang berikut:

  • Australia/New Zealand: 29-30 Oktober
  • Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Jepun:6-7 November

Untuk mendaftar bagi Simposium Global Hill's, lawati pautan pendaftaran negara anda di bawah:

Simposium Global Hill's menyediakan forum untuk pakar terkemuka dari seluruh dunia untuk membincangkan kuasa nutrisi dan kedudukannya di barisan hadapan penjagaan kesihatan bagi haiwan kesayangan lanjut usia. Para peserta akan memperoleh cerapan inovasi dan penerapan praktikal untuk membimbing tindakan membuat keputusan klinikal, merangkumi topik seperti gerosains veterinar, sindrom disfungsi kognitif, masalah pergerakan dan pendekatan klinikal kepada pesakit lanjut usia dengan berbilang komorbiditi, selain bidang lain yang berkaitan.

"Tema 'Strong Science, Long Lives' bagi Simposium Global Hill's tahun ini merangkumkan misi kami dengan sempurna," kata Dr. Jolle Kirpensteijn, ketua pegawai veterinar bagi Hill's Pet Nutrition. "Kami percaya bahawa dengan meneliti kajian saintifik penuaan (gerosains) secara mendalam dan menerapkan strategi nutrisi yang canggih, kami dapat meningkatkan kualiti dan jangka hayat haiwan kesayangan lanjut usia dengan ketara."

Para peserta akan mendengar daripada lebih 18 pakar terkemuka, termasuk ahli sains dan pakar nutrisi Hill's sendiri. Penceramah akan menerangkan secara mendalam tentang proses penuaan yang berkaitan dengan haiwan kesayangan dan penjaga - daripada topik masalah disfungsi kognitif dan masalah kesihatan yang berlaku serentak sehingga penjagaan hospis dan komunikasi klien. Para pembentang yang dihormati ialah:

  • Penceramah utama Nicole Ehrhart, VMD, MS, DACVS, Felow Pengasas ACVS, Onkologi Bedah, pengarah Columbine Health System Center for Healthy Aging (Pusat Sistem Kesihatan Columbine untuk Penuaan Sihat) dan profesor di Colorado State University, yang akan membuka Simposium dengan pembentangan tentang memahami proses penuaan melalui anjing baka Great Dane dan sains kelanjutan umur.
  • Penceramah utama Natasha Olby, Vet MB, PhD, MRCVS, DACVIM (Neurologi), profesor neurologi veterinar dan bedah saraf di North Carolina State University, yang akan membincangkan tentang kehilangan pergerakan dalam kalangan anjing lanjut usia.
  • Katie Tolbert, DVM, PhD, DACVIM, (SAIM, Nutrisi SA), profesor madya klinikal dalam bidang haiwan kecil dan gastroenterologi perbandingan di Texas A&M University, yang akan menghuraikan topik kelemahan dan komorbiditi dalam kalangan pesakit haiwan kecil geriatrik.
  • Aliison McGrath, M.S., saintis di Hill's dengan Nutrisi Klinikal Global dan Tuntutan Produk, sertaLisa Restine, DVM, DABVP (Felin), pengurus hal ehwal veterinar profesional felin di Hill's, yang bersama-sama akan menerokai peranan penting nutrisi dalam kognitif felin.

"Simposium Global Hill's menjadi bukti komitmen tidak berbelah bahagi kami dalam usaha memajukan profesion veterinar," kata Dr. Jill Zigomanis, Pengarah Hal Ehwal Veterinar Profesional, Hill's Pet Nutrition Asia. "Semakin panjang hayat haiwan kesayangan, pemahaman kita tentang keperluan unik haiwan-haiwan ini ketika usia lanjut harus berkembang. Kami menghimpunkan pakar-pakar hebat untuk berkongsi penyelidikan perintis dan strategi praktikal untuk membantu para profesional veterinar mengurus dan mempromosikan penuaan sihat untuk haiwan kesayangan secara berkesan."

Hill's Pet Nutrition beriltizam untuk menyokong kesihatan haiwan kesayangan lanjut usia melalui pemakanan terapeutik dan berasaskan kesejahteraan yang inovatif. Simposium akan mengetengahkan produk Hill's, memberikan pakar veterinar set makanan haiwan kesayangan yang lengkap untuk mengurus kes-kes pesakit lanjut usia.

Untuk mengetahui perihal Simposium Global Hill's 2025 dengan lebih lanjut, termasuk agenda terperinci, jadual penceramah lengkap dan maklumat pendaftaran untuk acara maya percuma, sila lawati Hill's Veterinary Academy (Akademi Veterinar Hill's) melalui pautan negara di atas.

Perihal Hill's Pet Nutrition

Diasaskan lebih 75 tahun lalu, Hill's Pet Nutrition telah beriltizam untuk memberikan haiwan kesayangan pemakanan terbaik melalui penyelidikan mendalam dan pemahaman saintifik tentang keperluan khusus haiwan-haiwan tersebut. Pasukan yang terdiri daripada hampir 200 pakar veterinar, pakar nutrisi PhD dan saintis makanan sentiasa berusaha untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi kesihatan haiwan kesayangan. Hill's menawarkan barisan produk lengkap, termasuk pemakanan terapeutik Prescription Diet dan produk kesejahteraan Science Diet, yang tersedia di klinik veterinar dan peruncit khusus haiwan kesayangan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan falsafah pemakanan mereka, sila lawati HillsPet.com.

Hubungan Media: Emma Honn, emma.honn@vml.com

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2248384/Hills_Transforming_Lives_Logo.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2762853/HGS_Logo.jpg?p=medium600 

 



Source: Hill's Pet Nutrition
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Animals/Pets Trade show news Future Events