omniture

DFSK Raikan 20 Tahun Pengembangan Global dengan E5 PLUS, Model Strategik Tenaga Baharu Luar Negara Pertama, Dikeluarkan daripada Barisan Pengeluaran

DFSK
2025-10-23 13:59 28

CHONGQING, China, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Oktober 2025 bertempat di Chongqing SERES Shuangfu Plant, model strategik tenaga baharu luar negara yang pertama daripada DFSK, E5 PLUS, dikeluarkan secara rasmi daripada barisan pengeluaran. Detik yang penting ini disaksikan di serata dunia melalui strim langsung dalam talian. Sebagai produk andalan yang memperlihatkan peralihan jenama ini kepada tenaga baharu dan teknologi pintar, pelancaran E5 PLUS bukan sahaja menandakan titik permulaan yang baharu dalam perjalanan luar negara DFSK selama 20 tahun tetapi turut memberi respons kepada permintaan pengguna global terhadap mobiliti hijau. Model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat di Mesir dan Ecuador dengan butiran mengenai ciri-ciri pintarnya, harga yang berpatutan serta pelbagai faedah pengguna akan diumumkan.

First E5 PLUS Line-Off Ceremony
First E5 PLUS Line-Off Ceremony

Sebagai jenama di bawah SERES Group, DFSK terlibat secara mendalam dalam pasaran luar negara selama 20 tahun dan meluaskan jangkauannya ke lebih 70 negara dan wilayah dengan eksport kumulatif melangkaui 500,000 kenderaan. Di pelbagai pasaran, termasuk Amerika Selatan dan Asia Tenggara, ia menduduki tempat pertama antara jenama-jenama China dari segi bahagian eksport. DFSK mula menembusi pasaran luar negara pada tahun 2005 dengan kenderaan komersial yang menjadi alat yang andal untuk usahawan kecil-kecilan dan sederhana di seluruh dunia. Pada tahun 2016, ia berkembang ke dalam segmen kenderaan penumpang dengan memperkenalkan model-model yang dapat memenuhi keperluan prestasi-kos yang tinggi untuk keluarga Amerika Selatan. Pada tahun 2018, ia meneroka pasaran tenaga baharu, mengulangi secara konsisten produk-produk mengikut permintaan pengguna. Hari ini, di tengah-tengah peralihan yang dipercepat menuju tenaga baharu dan teknologi pintar, DFSK menaik taraf daripada "pengeksport kenderaan bahan api tradisional" kepada "jenama automotif pintar hijau". DFSK komited untuk menerajui transformasi hijau melalui kemajuan teknologi dan masa depan yang lestari, lalu menyediakan pengguna global dengan penyelesaian mobiliti hijau saban hari.

Sebagai SUV bersaiz sederhana di bawah jenama DFSK, E5 PLUS serba baharu diberi kedudukan sebagai "SUV Rakan Hayat Andal." Ia mengintegrasikan gen "PLUS" ke dalam setiap butiran produk melalui pengoptimuman tepat yang disesuaikan dengan senario harian pengguna, selain mentakrifkan semula nilai SUV rangkaian tenaga baharu dengan lima ciri "PLUS". Aesthetic PLUS: Reka bentuk dalaman dan luaran menampilkan gaya minimalis namun premium yang meningkatkan kecanggihan visualnya. Space PLUS: Mempunyai nisbah muatan kenderaan ultra tinggi sebanyak 66.4% dan jarak roda 2785mm, ruang dalaman yang efektif mencapai sehingga 3162mm. Ia menawarkan tempat duduk yang fleksibel untuk 1-7 penumpang, lalu memberikan pengalaman yang mewah dan luas untuk kembara keluarga. Performance PLUS: Dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid pasang-masuk dan Sistem Hibrid Elektrik Super SERES, ia memberikan kuasa yang kuat, pecutan pantas serta prestasi brek yang stabil dan andal. Safety PLUS: Sistem pengurusan bateri (BMS) dapat menjamin keselamatan bateri pada masa nyata. Dilengkapi dengan 6 beg udara, casis lutsinar 540° dan 5 fungsi keselamatan aktif, ia memberikan keselamatan semua-domain, selain menyediakan perlindungan keselamatan aktif dan juga pasif untuk setiap perjalanan. Intelligent PLUS: Membawakan sistem maklumat hibur pintar yang dibangunkan sendiri, ia menyokong pengecaman suara berbilang zon, seterusnya mengupayakan perintah suara interaktif yang mudah dalam seluruh kabin.

DFSK memperkasakan individu biasa melalui teknologi pintar yang boleh diakses bagi menjadi wira setiap hari. Bermula dengan pekerja kolar putih biasa yang ingin meningkatkan kualiti perjalanan ulang-alik mereka, hinggalah pemilik perniagaan kecil-kecilan peka-belanjawan, daripada ahli profesional yang didorong oleh kerjaya yang semakin maju dalam kehidupan, hinggalah pencari nafkah keluarga yang setia kepada insan tersayang — E5 PLUS dapat memenuhi keperluan pencapai-pencapai yang berbeza ini menerusi penggunaan bahan api yang sangat rendah, reka bentuk yang diperhalusi dan ruang dalaman luas yang mengimbangi nilai estetik dan praktikaliti. "Wira setiap hari" ini yang berusaha tanpa jemu untuk mencipta sebuah kehidupan yang lebih baik, sentiasa menjadi kumpulan teras yang ditemani oleh DFSK sepanjang 20 tahun yang lalu. Seperti yang dinyatakan oleh En. Joe Zhou, Naib Presiden DFSK, "Dua puluh tahun menandakan titik permulaan yang baharu. Pada masa akan datang, kami akan tetap berpegang teguh kepada komitmen asal kami terhadap kualiti yang andal dan menemani setiap individu biasa yang menjalani kehidupan secara bersungguh-sungguh dengan teknologi yang boleh diakses dan juga produk hijau."

Mr. Joe Zhou, Vice President of DFSK
Mr. Joe Zhou, Vice President of DFSK

Bermula dengan memfokuskan pada bahan api kepada tenaga baharu dan daripada mengusahakan ketahanan kepada memahami keperluan pelanggan, pelancaran E5 PLUS bukan sahaja menandakan pecutan peralihan DFSK kepada tenaga baharu tetapi turut merangkum visi jenama ini bahawa "DFSK komited untuk menjadikan teknologi memberi manfaat buat semua, meningkatkan kehidupan melalui mobiliti hijau". Menerusi pelancaran yang akan datang di Mesir dan Ecuador, DFSK bersedia untuk memantapkan lagi tempat bertapak di pasaran-pasaran seluruh Amerika Selatan dan Afrika Utara, seterusnya menyuntik momentum baharu ke dalam mobiliti hijau global.

Source: DFSK
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services