omniture

EMSCULPT NEO BTL Digunakan dalam Latihan Angkasawan di Hungary bagi Misi Angkasa Antarabangsa

BTL
2025-10-23 15:06 17

PRAGUE, 21 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- BTL, peneraju global dalam teknologi perubatan, dengan bangganya mengumumkan bahawa peranti utamanya, EMSCULPT NEO, memainkan peranan penting dalam persediaan angkasawan menjelang penerbangan angkasa bersejarah. Hasil daripada kerjasama antara BTL Hungary dan program HUNOR (Hungarian To Orbit), EMSCULPT NEO telah dimasukkan ke dalam program latihan intensif prapenerbangan angkasawan penyelidik Hungary, Tibor Kapu, bagi mempersiapkannya untuk misi akan datang di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

EMSCULPT NEO telah dimasukkan ke dalam program latihan intensif prapenerbangan angkasawan penyelidik Hungary, Tibor Kapu, bagi mempersiapkannya untuk misi akan datang di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
EMSCULPT NEO telah dimasukkan ke dalam program latihan intensif prapenerbangan angkasawan penyelidik Hungary, Tibor Kapu, bagi mempersiapkannya untuk misi akan datang di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"Kajian menunjukkan angkasawan kehilangan sehingga 30% jisim otot ketika di orbit, bergantung pada tempoh misi. EMSCULPT NEO telah menjadi sebahagian penting daripada persediaan fizikal dan rehabilitasi, membantu kami memaksimumkan prestasi dan pemulihan otot," kata Dr. Nóra Sydó, seorang pakar kardiologi dan perubatan sukan dari Universiti Semmelweis, Budapest, yang mengetuai pasukan latihan angkasawan tersebut.

EMSCULPT NEO merupakan sebahagian daripada protokol persediaan fizikal yang komprehensif yang direka untuk meningkatkan daya tahan, kekuatan, keseimbangan dan pemulihan. "Teknologi ini memberikan kami keputusan yang melangkaui latihan tradisional. Ujian perubatan menunjukkan hipertrofi otot, komposisi badan yang lebih baik dan peningkatan kecergasan kardiopulmonari," tambah Dr. Nóra Sydó, yang juga berkhidmat sebagai doktor pasukan untuk pasukan renang Olimpik Hungary dan beberapa kelab sukan kebangsaan.

Dibangunkan oleh BTL, EMSCULPT NEO merupakanteknologi rangsangan otot yang dipatenkan. Ia merupakan penyelesaian terkemuka yang digunakan oleh ribuan pengamal perubatan merentasi pelbagai kepakaran, bermula daripada estetika dan perubatan fungsional hingga ke pusat perubatan khusus.

"Ini adalah saat yang membanggakan. Misi kami adalah untuk meningkatkan kehidupan pesakit melalui inovasi. Hakikat bahawa teknologi kami telah menyokong manusia dalam perjalanan mereka ke angkasa merupakan bukti tambahan kepada kesan positif peranti kami terhadap masyarakat," ulas Tomas Schwarz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perusahaan BTL.

Walaupun penglibatan dalam latihan angkasawan merupakan pencapaian utama, manfaat peranti ini melangkaui bidang tersebut. "Sama ada seorang angkasawan, juara Olimpik, atau pesakit yang menghadapi kehilangan otot, EMSCULPT NEO boleh menjadi penyelesaian pelengkap yang berkesan, selamat, dan tidak invasif untuk memelihara serta meningkatkan fungsi otot," simpul Dr. Nóra Sydó, menekankan peranan yang mungkin dimainkan oleh teknologi ini dalam kedua-dua sukan elit dan penjagaan pesakit harian.

Maklumat tentang BTL:

Ditubuhkan pada tahun 1993, BTL ialah peneraju global dalam peranti perubatan, menyediakan penyelesaian inovatif dalam bidang dermatologi, pembedahan plastik, spa perubatan, ortopedik, penjagaan sendi dan tulang belakang, rehabilitasi, pergigian, penjagaan primer, OB/GYN (Obstetrik dan Ginekologi) dan lain-lain lagi. Dengan lebih 200 paten dan lebih 600 jurutera dalaman, BTL memanfaatkan teknologi dan sains untuk memajukan rawatan perubatan. Portfolio produk syarikat ini termasuk EMSCULPT NEO®, EMFACE®, EXION®, EXOMIND™, EMSELLA®, dan lain-lain.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2800153/BTL_EMSCULPT_NEO.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2791403/5571246/BTL_Group_Logo.jpg?p=medium600

Butiran Hubungan:
Daniela Rickova
rickovad@btlnet.com

Source: BTL
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Fitness/Wellness