omniture

LEPAS Anjur Ujian Keselamatan Awam Pertama, Takrifkan "Pemanduan Elegan" Melalui Keselamatan

Chery Group
2025-10-23 15:40 17

WUHU, China, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dalam era elektrifikasi pintar yang baharu, bagaimanakah keeleganan harus ditakrifkan? Sebagai jenama tenaga baharu di bawah Chery Group, LEPAS mengukuhkan kedudukannya sebagai "Jenama Pilihan untuk Kehidupan Mobiliti Elegan" dan turut mempelopori kategori baharu iaitu "Pemanduan Elegan." Keselamatan ialah asas bagi Pemanduan Elegan. Tanggal 20 Oktober, semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery 2025, LEPAS menganjurkan ujian keselamatan awam pertamanya di Chery Longshan Test Center bertempat di Wuhu yang dibuka kepada media global dan juga wakil penjual—lalu membuktikan bahawa keeleganan yang hakiki adalah berasaskan keselamatan tanpa kompromi.

LEPAS Hosts Its First Public Safety Test, Defining “Elegant Driving” Through Safety
LEPAS Hosts Its First Public Safety Test, Defining “Elegant Driving” Through Safety

Sistem keselamatan teguh daripada Chery Group mengikut prinsip-prinsip "Semua Orang, Semua Proses, Semua Senario, Semua Arah dan Semua Pasaran" yang meliputi 127 standard pembangunan keselamatan dan mencapai lebih 95% ketepatan simulasi CAE. Dibangunkan untuk memenuhi standard lima-bintang Euro NCAP 2026, LEPAS membawakan reka bentuk hentaman hadapan tiga laluan dan susun atur lantai "8-membujur, 5-sisi". Dengan 75% keluli berkekuatan tinggi dan aluminium serta 10 beg udara, jenama ini memastikan perlindungan penumpang yang komprehensif sekali gus mengoptimumkan prestasi randuk dan olengan untuk keadaan global.

Sebagai model andalan, LEPAS L8 merangkumkan falsafah keselamatan ini. Bersaksikan pengamal media dan pakar, LEPAS L8 berjaya menyelesaikan tiga ujian yang ketat—Ujian Kikisan Bawah, Ujian Halangan Harungan dan Ujian Olengan—seterusnya mendemonstrasikan kekuatan teknikal yang luar biasa. Dalam Ujian Kikisan Bawah, casis kekal utuh dan pek bateri tidak menunjukkan kebocoran, kebakaran atau litar pintas, lantas mengesahkan reka bentuk perlindungannya yang sangat baik. Dalam Ujian Halangan Harungan, kenderaan melintasi air sedalam 600mm tanpa perejahan atau kegagalan, lalu membuktikan keupayaan kalis air yang kuat. Paling mengagumkan, dalam Ujian Olengan pada 60 km/j—melebihi penanda aras standard—badan kenderaan dapat mengekalkan integriti struktur, dibantu oleh 28 bahagian keluli bercap panas 1500 MPa dan sistem penahan penuh dengan 10 beg udara bagi tujuan perlindungan penumpang yang lengkap.

Dibangunkan pada platform pintar Elegant Technology baharu, LEPAS L8 mengintegrasikan sistem tiga-elektrik termaju dan kokpit pintar berpusatkan manusia, lantas memastikan kestabilan, kecekapan dan keselesaan. Ujian keselamatan ini bukan sahaja mengesahkan kekuatan teknologi LEPAS tetapi turut mengesahkan sekali lagi kedudukannya sebagai "Jenama Pilihan untuk Kehidupan Mobiliti Elegan" apabila keselamatan dan keanggunan wujud bersama dalam suasana harmoni yang sempurna.

Source: Chery Group
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation