SANTIAGO, Chile, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Memupuk Dunia Lestari," Sidang Kemuncak Tenusu Dunia 2025 telahpun diadakan mulai 20 hingga 23 Oktober di Santiago, Chile. Anjuran Persekutuan Tenusu Antarabangsa (IDF), sidang kemuncak ini menghimpunkan wakil industri, pakar, cendekiawan dan juga organisasi daripada industri tenusu global untuk meneroka laluan baharu bagi inovasi dan kemampanan.
Di acara ini, reruai Yili—menggabungkan unsur-unsur budaya Cina dengan semangat padang rumput Chilechuan—mempamerkan produk-produk andalan daripada syarikat ini, termasuk susu cair, susu tepung, yogurt dan keju.
Mulai 19 hingga 23 Oktober, wakil-wakil daripada Yili Group terlibat dengan agenda penuh acara ini. Liu Chunxi, Presiden Eksekutif Kanan Yili Group diundang ke mesyuarat Pasukan Petugas IDF mengenai Deklarasi Tenusu Paris bagi Kemampanan; Dr. Yun Zhanyou, Naib Presiden Yili Group dipilih semula dalam Lembaga IDF; Ignatius Szeto, Penolong Presiden Yili Group menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Peranan Pengambilan Produk Tenusu dalam Penuaan yang Sihat."
Wakil Yili dipilih semula dalam Lembaga IDF
Semasa mesyuarat Lembaga Pengarah IDF yang diadakan pada 19 Oktober, Dr. Yun Zhanyou, Naib Presiden Yili Group dipilih semula untuk penggal dua tahun yang baharu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang beliau dalam membentuk dasar tenusu global, mempererat kolaborasi antarabangsa dan memupuk dialog yang lebih rapat antara sektor tenusu China serta industri global.
Dr. Yun menyatakan di mesyuarat ini, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IDF dan semua wakil negara anggota atas kepercayaan mereka. Saya tidak sabar untuk terus bekerjasama seiring bersama rakan-rakan sejawat dalam bidang tenusu global bagi memajukan pembangunan yang berkualiti lebih tinggi dalam industri ini."
Yili diiktiraf menerusi IDF Dairy Innovation Awards
IDF Dairy Innovation Awards merupakan antara anugerah yang paling berpengaruh dan diiktiraf secara meluas dalam industri ini. Tahun ini, Yili menerima lima pencalonan, mendahului rakan-rakan setara globalnya. Di upacara penyampaian anugerah pada 21 Oktober, Yili memperoleh dua anugerah atas inovasi dan amalan kemampanannya yang cemerlang.
Xinhuo Bone Energy Formula Milk Powder daripada Yili menerima anugerah Inovasi dalam Produk Tenusu untuk Pemakanan Manusia. Pembungkusan-Eko Edisi Terhad "For a Bluer Ocean" AMBPOMIAL pula menerima anugerah Inovasi dalam Pembungkusan dan Ketelusan untuk Produk Tenusu.
Laurent Damiens, Pengerusi bagi jawatankuasa pengadilan untuk IDF Dairy Innovation Awards menyampaikan trofi dan sijil kepada Yili. Beliau menyatakan bahawa ini merupakan tahun keempat berturut-turut Yili menerima anugerah ini dan memuji syarikat atas keupayaan inovasinya yang kukuh dan kepimpinan industri bertaraf global.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yili diiktiraf secara konsisten di IDF Dairy Innovation Awards. Pengiktirafan ini mencakupi pelbagai bidang, termasuk inovasi produk, pembungkusan mampan, keselamatan makanan dan pengurusan kualiti, pemakanan pengguna, pemerkasaan wanita, pertanian mampan dan tindakan iklim, serta pemasaran dan juga komunikasi.
Memandang ke hadapan, Yili akan mengeratkan lagi kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi global untuk bersama-sama membina sebuah ekosistem tenusu global yang bingkas dan mampan, seterusnya memajukan visi "Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Bersepadu" ("World Integrally Sharing Health").