omniture

FUJIFILM Business Innovation Raikan 60 Tahun Warisan dan Kebingkasan di Filipina

FUJIFILM Business Innovation
2025-10-23 21:39 37

MANILA, Filipina, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 15 Oktober 2025, FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp. dengan bangganya meraikan ulang tahunnya yang ke-60 dan menyaksikan enam dekad lamanya memperkasakan perniagaan Filipina menerusi penyelesaian dokumen dan transformasi digital yang canggih.

FUJIFILM Business Innovation sudah lama menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan di seluruh rantau Asia-Pasifik, termasuk melalui FUJIFILM Business Innovation Philippines dan tetap komited untuk mengembangkan usaha ini pada tahun-tahun mendatang.

Sejak penubuhannya pada tahun 1965, FUJIFILM Business Innovation Philippines menjadi daya penggerak dalam membentuk landskap teknologi pejabat negara ini, terus-menerus berkembang daripada penyedia bagi peranti berbilang fungsi yang andal kepada rakan kongsi yang dipercayai dalam pengoptimuman proses perniagaan, perkhidmatan cetakan terurus dan transformasi digital.

Di bawah tema ulang tahun "Inovasi dan Impak," acara penting ini menonjolkan legasi kemajuan, kepercayaan pelanggan dan kebolehsesuaian syarikat ini yang tak lapuk dek zaman dalam persekitaran teknologi yang sentiasa berubah-ubah.

Semasa sambutan ulang tahun ini, En. Kengo Ishii, Presiden baharu bagi FUJIFILM Business Innovation Philippines, mengucapkan rasa terima kasihnya kepada pekerja, rakan kongsi dan pelanggan yang telahpun memainkan peranan penting terhadap perjalanan syarikat ini.

 "Tatkala kami meraikan 60 tahun kami, sekarang ayuhlah kita maju bersama-sama dan bersiap sedia menuju 40 tahun akan datang. Saya tidak sabar untuk FUJIFILM Business Innovation meraikan tahun ke-100nya pada masa depan," kata Pengarah Urusan FUJIFILM Business Innovation Philippines Ishii.

Acara yang sungguh penting ini dihadiri oleh ramai tetamu yang disegani, termasuk Presiden FUJIFILM Business Innovation Corp. Naoki Hama, Ketua Pengarah PEZA YB Tereso Panga dan Datuk Bandar Taguig YB Lanie Cayetano.

Presiden Hama mengenangkan pencapaian FUJIFILM Business Innovation selama 60 tahun.
Presiden Hama mengenangkan pencapaian FUJIFILM Business Innovation selama 60 tahun.

"Semasa kami meraikan ulang tahun yang penting ini, kami juga terdorong untuk memandang ke hadapan dengan rasa bertujuan dan keazaman yang diperbaharui. Tumpuan kepada tindakan kami akan terus menjadi tujuan kumpulan korporat kami: "Menghadiahkan lebih banyak senyuman buat dunia kita." Ia merupakan janji daripada FUJIFILM Business Innovation untuk membangunkan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang memperkasakan perniagaan, memperkayakan kehidupan dan memupuk hubungan yang berpanjangan — di Filipina dan di serata dunia," seperti yang dinyatakan oleh Presiden FUJIFILM Business Innovation Hama dalam pesanannya.

Acara ini turut menghimpunkan rakan kongsi, peniaga dan pekerja sejak dahulu lagi bagi memberi penghormatan kepada sejarah bersama syarikat ini antara kolaborasi dan kejayaan. Ia berfungsi sebagai platform untuk mengesahkan sekali lagi komitmen FUJIFILM terhadap "Masa Depan Lestari," sejajar dengan visi FY25 untuk menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dan penjagaan terhadap alam sekitar.

Para eksekutif FUJIFILM BI dan tetamu minum ucap selamat semasa upacara tong sake.
Para eksekutif FUJIFILM BI dan tetamu minum ucap selamat semasa upacara tong sake.

Tatkala jenama ini memandang ke arah masa depan, FUJIFILM Business Innovation Philippines tetap berpegang teguh kepada janjinya untuk "Menghadiahkan lebih banyak senyuman buat dunia kita."

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju bertaraf global yang komited untuk terus-menerus menyampaikan inovasi kepada perniagaan pelanggan di serata dunia bagi mewujudkan tempat kerja yang inovatif dan membawa kepuasan dengan menerima pakai maklumat dan ilmu pengetahuan dengan efektif melalui transformasi digital (DX). Kami mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami pada tahun 1962 bagi membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang demi memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak pelbagai fungsi digital (MFP). Kami turut menawarkan perkhidmatan penyumberluaran proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Tanggal 1 April 2021, kami menukar nama syarikat kepada FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkum komitmen kami untuk meneruskan perjalanan sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menguasahakan inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific ialah ibu pejabat serantau bagi syarikat global ini, manakala FUJIFILM Business Innovation memberi sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik. https://fujifilm.com/fbglobal 

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp.

FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp. (FUJIFILM BI PH) ialah penyedia yang terkemuka dan rakan kongsi yang dipercayai untuk perkhidmatan dokumen dan komunikasi berkualiti yang mengupayakan orang ramai dan perniagaan berkongsi ilmu merentas kesemua platform dengan lancar. Ditubuhkan pada tahun 1965, FUJIFILM BI PH menggaji kira-kira 200 kakitangan, termasuk sebuah pasukan yang terdiri daripada ahli profesional yang terkemuka dalam industri yang menyokong portfolio teknologi pengurusan dokumen, penyelesaian IT dan perkhidmatan komunikasi pelanggan kami. FUJIFILM BI PH menawarkan ekosistem produk dan penyelesaian yang holistik bagi membolehkan perniagaan mencapai peningkatan produktiviti dan kecekapan. Ini termasuk peranti berbilang fungsi pejabat bertaraf dunia, penyelesaian awan dan mudah alih, penyelesaian pemasaran berbilang saluran dan penyelesaian pengurusan proses perniagaan.

FUJIFILM BI Philippines ialah subsidiari milik penuh FUJIFILM BI Asia Pacific di bawah FUJIFILM Business Innovation Corp. of Japan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen FUJIFILM BI PH terhadap inovasi, perkhidmatan pelanggan dan kemampanan, sila kunjungi https://www.fujifilm.com/fbph/en.

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services